Sunday, September 7, 2008

dua hero berpuasa

adik muaz yang sabar berpuasa
3 hero berehat di tepi pantai sebelum berbuka

luqman nampak segar tapi kurang sabar dari adiknya


Alhamdulillah hujung minggu semalam dua hero(luqman( 5thn) n muaz(4thn)) mama berjaya melakukan ibadat puasa pertama mereka. Untuk dua hero ini, mama belikan CD upin n ipin untuk mengalakkan mereka belajar berpuasa. Alhamdulillah memang CD ini banyak mempengaruhi mereka dalam belajar berpuasa ini disamping mama memahamkan mereka. Hari sabtu awal pagi mama bangun awal masakkkan lauk untuk mereka. Menu mereka sahur tu, nasi+lauk ayam+sayur+ ais krim+ susu sebotol. Alhamdulillah mereka nampak bersemangat bangun sahur. memang mereka berdua di layan seperti raja. mama suapkan nasi kepada mereka, bagi mereka makan ais krim secawan dan buat susu sebotol pd mereka. Muhammad menyemburuinya. Dia bertanya : awat mama layan depa macam raja? besok mama layan depa macam permaisuri sudah(maknanya tak yah layan). Awal pagi mereka ok. Dua2 orang bersemangat nak ke kelas membaca(Bacalah anakku) dekat dgn rumah. lepas kelas mrk ajak mama singgah beli coklat dikedai runcit sebelah tu utk berbuka(mama dah risau waktu ni). Lepas tu mrk ajak mama singgah ke taman mainan sekejap. Mama mmg melayan mrk mcm raja. lepas main sekejap, mama ajak balik. Sampai di rumah sudah pukul 12. menonton TV sekejap. muaz tertidur sehinggalah pukul 330 ptg. luqman tak mahu tidur, dia minta laptop mama nak main game(dia sekarang suka main chess, belajar dr muhammad). mama pun benarkanlah untuk menghindari luqman dari teringat akan lapar. Alhamdulillah muaz lebih senang dr luqman. muaz diam dan bersabar dan asyik menyebut buka puasa pukul 7. luqman mencabar juga. ada jg insiden2 dia nak buka sgt2 dah. pukul 4 mama ajak abah bawa mereka keluar jalan2 dan berbuka di luar. kami ke Jaya jusco perda. slps shopping sedikit baju raya, bawa mereka bermain sekejap. slps tu kami mencari restoran yg menarik untuk berbuka. pukul 7 kami ke restoran, waktu ni luqman dan muaz sudah lapar. setiap minit berlalu terasa lama. Alhamdulillah mereka berjaya menghabiskan puasa mrk. Moga ALLAH menerima ibadat insan kerdil dua orang ini.

Muaz, kedua2 hari lps sahur mmg dia tak tidur. ikut abah ke surau solat subuh. hari sabtu tu ms mama tgh melipat kain, dia ada bersama:
mama: puasa dari subuh sampai pukul tu...
muaz: juh
mama: puasa tak boleh ma....
muaz: kan
mama: kalau lapar, ti....
muaz: dur
mama: bila puasa tak mau main go..
muaz: mol gomol
mama: nanti pe...
muaz: perut pecah!!!
mama: haha :) (sebenarnya jawapan mama adalah pe...nat)

10 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah. berjaya juga hero berdua tu posa. Anak k.ilah yg 6 thn tu alhamdulillah, dah 4 hari berposa penuh. k.ilah tawarkan insentif, kalau dapat berposa penuh sehari, k.ilah bagi RM1. Untuk anak2 sedara dulu sewaktu melatih diorang, berkesan dengan cara ni. Tapi bila dah besar2 takde le insentif lagi kan.

alhan said...

Alhamdulillah. memang permulaan dalam proses mengajar kena mencari idea bagaimana pendekatannya( spt bg insentif etc etc). slps itu mrk akan betul2 memahaminya. muaz yg 4 thn tu mmg mulanya ingat tak payah di ajar lagi. tetapi kebetulan abg dia luqman berpuasa saya ajak sekali. Alhamdulillah nampak dia lagi tabah. Muhammad dulu, masa 5 thn mula belajar. 6 thn Alhamdulillah dah penuh puasa sebulannya. CD upin tu mmg byk pengaruhi mrk. sampai nak sahur n buka puasa mcm upin jg, makan ayam goreng :).

ctnoni said...

Bagusla muaz dan luqman dah berjaya puasa...di mana awak cari CD Ipin dan Upin tu?
Alya weekend lepas masih tak berjaya puasa...sy memasak lambat sikit...tu pun dia dah membebel kat sy.."mama ni knp masak lambat?kakak dah lapar ni...kakak nak makan apa?"sudahnya sy terpaksa memasak awal mcm hari tak puasa...pukul 12 dah start masak...supaya mereka berdua dpt makan..utk sy dan suami berbuka, kami panaskan saja lauk tu...

alhan said...

sy beli masa pergi solat hajat dan ceramah ustaz harun din bebaru ni di kubang semang. rasanya ada di pasar malam atau kat luar masjid slps solat jumaat(orang jual CD2 islamic) atau kat kedai CD(tak pasti). sekarang ni hari jumaat, sabtu n ahad di TV9(pukul 7 mlm) ada cerita upin n ipin version 2. bagus upin n ipin ni, animasi katun yg menceritakan akhlak yg baik.

mama syaza said...

wah.. tahniah2..hebat la hero2 ni. suspek la (apek version of respect).kagum lah mak lang baca.
bley jd sumber inspirasi utk adik syaza nanti..not now.. now kalu, buka puasa je dia pandai.tiime azan maghrib je.. syaza yg laju..MAKAN!!..

Al haqeerah said...

Salam kak Alhan

MasyaAllah.. nice nye hero akak..
Muaz dan Luqman..alhamdulillah dah bjaye pose penuh.

nape tak letak gambo 2 hero tu kak? :)

hmm..nampak sangat kan macamana kartun ni dapat mempengaruhi jiwa dan minda kanak2.. tapi sekarang ni yang banyak.. kartun2 yang x membangun ruhani.. mg lebih banyak lagi kartun macam upin dan ipin..
betul, betul , betul... :)

Unknown said...

tahniah luqman n muaz!satu permulaan yg baguih

Amalina said...

Alhamdulillah, 2 hero yg kecik juga dah boleh berpuasa, walaupun risau pecah perut, hihihi.
Wah luqman pun dah mula main chess, bagus, eksesais minda.

Missa said...

Nampak letih jer muka adik muaz tu...tenang jer nampak muka dia...bagusnye anak2 Cik Al dah boleh puasa...Aisya tengah training lagi...harapnye dapat la jugak dia berpuasa penuh...

alhan said...

ummul barakah,
tulah akak harapkan lagi byk CD2 animasi katun yg membawakan mesej yg bagus dan mempamerkan akhlak yg baik. cabaran pengaruh luar tu aduss besar.
missa,
saya ajar mrk berpuasa masa hujung minggu shj. Tak pa pelan2 missa ajar anak missa. tula adik muaz tu mmg sabar, sy pun tak sangka. dia letih, dia tidur. cuma bila dah ptg nak buka posa, baru dia menyebut lapar. luqman spt biasa, nakal sgt. dia nampak aktif ja. tapi bila dia lapar dia mula ugut2 nak buka. kita kena merancang prog(bawa jalan2 ka, ajak main komputer ke, tengok Cd ke) utk mrk agar mrk tidak memikirkan hal lapar itu.