selasa semalam mama pergi klinik gigi. mama ingin bersihkan gigi dan cabut gigi geraham bongsu mama yg telah patah. Alhamdulillah geramah bongsu mama berjaya di cabut. Semasa di cabut tidak sakit sebab kesan ubat bius. Tapi selepas kesan ubat bius hilang, masya-ALLAH sakitnya tempat dicabut dan rahang pipi mama. Semalam mama datang kerja dgn kesakitan yg masih berdenyut2. hari ini pun masih lagi terasa. Mama rasa slps sakit bersalin, sakit gigilah yg paling sakit. Ini baru ujian di dunia, Ya ALLAh ampunilah dosa mama. Moga kesakitan cabut gigi mama akan hilang segera. Adik muaz sekarang sudah pandai menggunakan telefon di rumah. Selasa semlm dia ada telefon ke telefon bimbit mama. Tapi mama tidak menjawabnya. Semalam dia mengungkit keengganan mama menjawab panggilan telefon dia. Di katanya: "Awat hari tu adik telefon mama , mama tak jawab? mama sakit gigi ka? tak pa lepas ni adik tak mau dah urut mama bila mama pening". Marahnya dia mama tak layan panggilan dia. malam tadi mama tidur awal slps memakan pain killer. Kedengaran adik bertanyakan abah: "Awat mama tu panggil abah abang? Sebab mama lagi rendah dari abah ka?". lawaklah adik nih. Cerita tentang sakit ni, mama teringat kawan mama, Untie Sya tengah menghadapi ujian agak besar dr ALLAH. Untie sya ini 2 tahun lepas diserang kanser payudara stage 3 dan telah menjalani pembedahan membuang sebelah payudaranya. Alhamdulillah untie sya makin sihat dan mama tidak pernah lihat muka untie sya dalam kesakitan. untie sya sentiasa nampak kuat dan rajin bekerja. Minggu lepas kami diberitahu di dalam mesyuarat fakulti, untie sya bercuti sakit selama sebulan. mama agak terkejut. Rupanya semalam mama dapat tahu untie sya sakit semula. kali ini kanser menyerang bahagian paru2nya. Katanya dah stage 4. mama harap semua orang dapat mendoakan ketabahan dan kesembuhan pada untie sya.
luqman masih di alor setar. dah hampir seminggu lebih dia di sana. Insya-ALLAH esok luqman kembali ke penang. mesti makin bulat hero mama sorang tu. Tok kata dia lalu makan. Muhammad cerewet sikit pasal makan. tu agaknya dia kurus sikit. hujung minggu lepas kami ke taiping ada kenduri anak sepupu tok ayah. Pasangan kepada pengantin lelaki itu adalah orang indonesia, aini swastika. Muhammad kata: "syoklah pengantin lelaki tu isteri dia orang indonesia, dia boleh pi makan angin ke indonesia. Muhammad nak kahwin dengan perempuan inggerislah mama. Cantik dan boleh muhammad pi jalan jauh sket. Muhammad rasa abah tu dulu pi England sebenarnya nak cari perempuan inggeris tapi dia silap terjumpa mama pula". amboi2 memandailah hero sulung mama ni bercita2 nak kahwin omputih pula.