21-25 April lepas mama menghadiri phD research methodology course. bagus course ni. 2 hero, mama pos ke alor setar. muhammad tinggal dgn abah. Cuti hari buruh abah terpaksa kerja sebab jumaat keesokkannya abah nak ambil cuti. Penat mama cuti hari buruh mengemas rumah, mesin rumput dan pack brg2 utk ke kelantan jumaat tu. Setelah penat tengahari tu mama ajak 3 hero keluar mkn. kami ke gerai mak su mkn nasi ayam. Lepas tu mama bawa 3 hero ke c4. Mama nak beli bahan2 nak buat kek coklat.ramai sungguh orang hari tu. nak tolak troli pun susah. last2 mama ambil bakul sj. cuma 3 hero kena jaga baik2 di tgh ramai org tu, risau mama dibuatnya. Alhamdulillah muhammad agak garang. dia mmg tak lepas tgn ke2 org adik dia. mama dah pegang bakul dan brg. ada sekali tu mama minta 3 hero tunggu kat satu sudut. mama nak ambil satu brg kat rak tak jauh dr situ juga, terus muaz menyampuk" jangan tinggal anak mama, bahaya". tak jadi mama tinggalkan. kek coklat yg mama buat sedap sgt, resepi dr kawan mak lang najwa. luqman dan muaz suka sgt makan.
Jumaat pagi, pukul 7 kami bertolak ke kelantan. banyak juga abah stop di perjalanan, ambil gambar dan ke tandas. kami stop kat pulau banding dan kat banjaran titiwangsa.
di R&R, puncak Titiwangsa
kami sampai di PCB resort dekat pukul 1 thr. Resort ni kelihatan agak lama. dibuka tahun 1971.
depan chalet kami
Alhamdulillah chalet kami agak baru, mengadap pantai dan agak besar. Sampai je 3 hero terus mencari kolam mandi. Seperti biasa 3 hero komplain kolam kecik tak lawa, tapi nak juga mandi. pantai PCB depan chalet kami ada batu2 benteng hakisan diletakkan. Oleh itu kami tak mandi di situ. Ptg tu lepas abah merehatkan diri, hero2 ajak abah ke kolam mandi.
kolam mandi PCB resort
seperti biasa muhammad dan luqmanlah paling teruja mandi kolam. adik mandi kat tepi2 sj. Lepas mandi hero2 ajak abah beli layang2 kat luar chalet tu. Cuaca cantik petang tu dan agak berangin. Muhammad paling terror main layang2. tinggi layang2 dia naik. muaz dan luqman tak berapa pandai nak control sgt. Muaz panggil "wayang2" :).
Malam tu mama ajak abah pergi makan nasi kerabu yati ayam percik dekat jln long yunus. Fuh memang sedap sangat2. Namun, 3 hero tak pandai makan nasi kerabu, abis daun2 di tolak ke tepi. muhammad meratah ayam percik dgn lahapnya.
yati ayam percik - a must singgah place for nasi kerabu
Sabtu kami bersiap awal nak berjalan2 di bandar kota baharu. Mula2 kami ke muzium adat istiadat diraja.
Lepas tu kami ke muzium perang tempat favorite abah dan 2 hero(muaz dan luqman). kat sini luqman dan muaz paling teruja sebab hero ber2 ni mmg minat dgn cerita perang. kedengaran jelas suara luqman mengulas jenis2 senapang, bomlah etc etc pd muaz dan abgnya. Lepas tu kami ke masjid muhammadi.
masjid Muhammadi muhammad dan abah masuk solat sunat. Then, kami ke muzium kraftangan. Tensen mama ,tak boleh lama, 3 hero asyik nak beli itu ini.nak keychain bolalah etc etc. Depa ni pantang nampak kedai. Lepas tu kami ke pantai Irama di bachok. cantik pantai ni. lepas makan makanan laut
juara makan ketam
digoreng tepung(ketam dia paling sedap sgt22, fresh) , hero2 dah tak sabar nak terjun laut. Muhammad,luqman dan abah mandi di laut. adik muaz takut dgn laut. Dia main pasir dgn mama sambil menceritakan dia takut ikan jaws gigit dia. abah dukung dia pun dia masih takut.
pantai irama, bachok
Malam tu kami berjalan kaki ke restoran cinta selera dekat dengan chalet.oklah makanana dekat situ. Ahad pagi mama dah siap packing nak balik(terbayang menimbun dobi menanti mama). Pukul 10 kami check out dan terus ke pasar siti khadijah. Mama beli keropok sikit dan beli kain batik sutera. Muhammad tensen tiada barang shopping utk lelaki di pasar khadijah tu. Lepas shopping kami ke yati ayam percik sekali lagi utk lunch. Pukul 1 kami bertolak pulang ke penang. On the way spt biasa abah akan singgah ambil gambar lagi. kami stop dekat gunung reng. muhammad ajak masuk gua kat situ.kami tak masuk pun.
gua gunung reng
kami ambil gambar je kat depan pintu gua tu. lepas tu kami singgah dekat banjaran titiwangsa sekali lagi. memang cantik view di dalam perjalanan ke kelantan. cuma mama tak tahan jalan kona2 tu.
4 comments:
'jangan tinggai anak,bahaya'?hehe,tergelak makndak.pandai muaz noh.muhammad memang ada tokoh jadi abang yong:)
Pantai irama tu makndak pun penah p,tp,x mandi pun,tapi memang situ better than PCB.
itulah, pandai je kecik tu warn mama dia. abg yong mmg baguihla.
seronok pi jln2. kami pun dah lama tak holiday. ingat nak pi somewhere weekend ni, tgklah camne.
muaz mmg dia ckp mcm org tua. nway 3 hero sume mcm tu. depa speaking mcm org tua. tu yg tak tahan tu. mmg best jln2. esp bab makanlah.
nanti mak ngah post tau gambar jln2kat jepun tu. mesti lawa sgt
mak Ngah baru tgk video tu, pandai abg Yong main layang2. Gambar 3 org bersidai kat pagar tu, nampak adik Muaz makin hensem la.
Post a Comment