Thursday, September 3, 2009

puasa 1430H

selamat berpuasa kepada semua dan semoga diberi kesegaran, kekuatan untuk beribadah kepadaNYA, semata2 untukNYA di bulan mulia ini. Moga lailatulqadar dapat kita perolehi, Insya-ALLAH.

Tahun ni luqman dan muaz tidak banyak kerenah menyempunakan puasa mereka. Alhamdulillah jarang kedengaran rungutan lapar dari mereka. Luqman belum lagi meninggalkan puasa, muaz hari pertama puasa sempat bertahan sehingga pukul 430 petang dan setakat hari ni hanya 2 hari tidak berpuasa. Mama tidak memaksa mereka terutamanya adik muaz yg kecik kenet tu.
Tahun ni Alhamdulillah mama berkesempatan berjemaah terawih di masjid/surau. hero2 mama sudah besar. Kami berlima ke surau bersama. adik muaz selalunya akan solat isya, terawih ikut moodnya. selalu kelihatan kelibat adik muaz sampai ke surau rolling kat tiang jap, bersandar di dinding, kejap rolling kat lantai kejap duduk.yg pastinya dia mesti ke pintu yg membahagi jemaah wanita dan lelaki untuk check mama dia dok kat saf mana. semalam tersenyum mama melihat gelagat adik nak azan. 2 3 kali sebelum muazzin tiba adik ke depan nak mengazan kejap. Tatkala muazzin dtg, mengazan, adik teruja nak azan bersama2. Doa mama tiap hari agr ALLAH berikan keringanan pd tubuh mama dan juga hero2 mama untuk beribadah padaNYA, berikan kekusyukan, berikan kesegaran dan moga ALLAH menerima puasa dan solat anak2 kecil mama. dan moga puasa menjadikan mereka insan yg lebih baik. Jenuh juga nak pahamkan mrk erti puasa yg sebenarnya.
marilah kita memburu Lailatulqadar. Tatkala menyebut lailatulqadar, hati rasa sayu, mama sangat mendambakannya. moga ALLAH mengizinkan mama dapat merasainya.

6 comments:

mama syaza said...

mmg sangat kagum tgk luqman n muaz puasa. terutama muaz la. tambah boleh tahan godaan syaza dok makan n minum botol selamba depan depa. muaz pulak, mkn byk masa berbuka. susah nak tgk muaz mkn byk mcm tu kalu bkn bln puasa. rilekss je muaz menghabiskan menu2 dia. luqman, bak kata k alhan, tepat jam 7 dah gelisah nak berbuka. cepatlah.. cepatlah.. padahal b4 kol 7 mcm takde mende pun.mcm2. ajak duduk sabah laa sbb berbuka awal..hehe.. anyway good practice la hero2 ni.

Amalina said...

syabbas hero2. tahniah. budak2 skrg ni mmg awal betul pendedahan. rasa cam mak ngah dulu lambat tul start puasa betul2... ye ke? lupa plk... tapi yelah, hero muaz tu dahla halus, alhamdulillah tinggi juga kesabaran dia. salam Ramadhan dan Syawal (pun tak lama dah lagi). Moga kita terus dpt lakukan ibadat byk2 dlm bln pose ni. Bulan biasa dah takde terawih...

alhan said...

Alhamdulillah. memang puasa bukan lagi wajib buat mereka. cuma latihan awal. moga puasa mendidik mereka menjadi hamba ALLAH yang lebih baik. Aa muaz berselera makan dibulan puasa. sahur dan berbuka mesti makan nasi kemudian nak makan biskut raya. Alhamdulillah biskut raya ada yg dah habis, hehe...tak palah seronok tengok depa makan. moga kita semua terus istiqamah di dalam melakukan ibadat kepadaNYA di bulan2 lain jua. Ya ALLAH, Ampunkanlah kami ampunkanlah kami ampunkanlah kami. kembalikan kami kepada fitrah.

mama syaza said...

biskut raya ada yg dah habis?? tercabar mak lang ni..hehe. kitorang kat umah pun dah bukak 2 jenis kuih. tp baru tinggal separuh. hehe.. syaza yg tak puasa pun suka mkn biskut raya.hehe.
anyway, selamat hari raya.. maaf zahir batin. halal makan minum. kot2 la tak sempat jumpa raya nnt.
utk hero2, mak lang beli t-shirt utk beday abg yong. tp kene beli utk semua kot.hehe. nnt jgn lupa amik tau..

Hasfazilah said...

kuat juga muaz berpuasa. Alhamdulillah... semoga mendapat ampunan drNya di bulan yg mulia ini. Maaf Zahir Batin.

alhan said...

biskut raya akak letak atas meja makan. jadinya lepas berbuka dan masa bersahur mesti depa nak makan biskut esp adik muaz tu. Alhamdulillah sebab tiada yang tak posa, makanya adik muaz pun bersemangat nak puasa juga. godaan kurang. Terima kasih k.ilah