Thursday, July 9, 2009

solat sunat witir

mama tengah buntu bagaimana ingin menulis extended abstract yang bagus. 1st draft dihantar pada penyelia, byk perlu dibetulkan. hmmm mama tulis bloglah.
mama nak cerita pasal adik muaz hari ni. beberapa minggu lepas ditanya mama, ada tak solat 1 rakaat saja. Ada mama kata, solat witir boleh ditunaikan 1 sahaja. witir dilakukan di antara selepas isya dan sebelum subuh. Ringkasnya mama kata pada adik, lepas adik solat isya , adik tutuplah dengan solat sunat witir sebelum adik tidur. Sejak dari hari tu, adik suka sangat menyebut witir. lepas ja solat isya dia bersemangat ingin solat witir(agaknya sbb ringkas , 1 rakaat). di ajaknya luqman sekali untuk solat witir. luqman pun la ni rajin juga solat witir selepas isya. walaupun kini adik belum memahami betul2 akan tuntutan dan kelebihan menunaikan solat witir ini, moga satu hari nanti adik mengamalkannya dengan ilmu, Insya-ALLAH.

Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." HR Abud Dawud dan Tirmizi.

3 comments:

Ariff Budiman said...

Salam. Semoga mereka terus istiqamah dengan solat witir. Tahniah kepada ibu yang mendidik mereka

Amalina said...

Sori kak alhan, tak dapek nk nyumbang abstract tu. Conference kt uitm last yr tu ina tak submit pun ext. abstract dia.
Kirim salam pada 3 hero. Mak Ngah suka baca kisah 3 hero.

alhan said...

Insya-ALLAH. MOga mrk memahami akan tingginya tuntutan solat witir ini. Moga mrk dapat melazimi ibadah ini.
tak pa ina, sv dah comments, hehe byk ayat kena potong and tambah. Alhamdulillah dua2 sv byk membantu.