Thursday, July 2, 2009

KFC pertamaku...

mama tak pandai bercerita, namun tiba2 mama teringatkan cerita lama mama. Ketika itu usia mama 15 tahun. Dari tingkatan 1-3 mama bersekolah di sek ren keb agama kedah(SMKAK). Siapa sangka mama dapat memasuki sekolah itu dengan hanya memperolehi 3A2B sahaja di dalam UPSR. Mama bukan pelajar pandai, hanya sederhana. Semasa di tingkatan 3, mama mengikuti kelas tuisyen( mama tidak dapat mengingati nama tempatnya) selepas sesi persekolahan di sebelah paginya. Setiap hari mama sentiasa tidak sabar ingin pulang ke rumah dan menikmati juadah tengahari masakan tok( ayam masak kicap). Tok mengabdikan hidupnya untuk suami dan anak2nya. Setiap hari dialah yg paling awal bangun dan paling akhir tidurnya. Makan minum pakaian anak2 dan suami amat dijaganya. Rasa2 mama, kami amat jarang dibawa makan diluar oleh wan. Memang santapan kami adalah dari masakan tok. Moga ALLAH mengurniakan syurga firdaus buat tok.
Tidak jauh dari tempat tuisyen mama, KFC pertama di kedah baru dibuka. Mama sering teringatkan iklan KFC di TV. Ayamnya kelihatan menyelerakan. Keinginan mama untuk makan KFC timbul. Selepas dari hari pembukaan KFC tersebut mama mula menyimpan duit untuk ke KFC. Kebiasaaannya pulang dari tuisyen, wan akan datang ambil atau kadang2 mama balik sendirian berjalan kaki. Sampailah satu hari yg mama nantikan, mama berjalan seorangan menuju ke KFC. Di luar KFC tersebut mama membaca iklan menu2nya. Mama mencari yang paling murah. Ya, colonel burger! bolehlah walaupun tak dapat makan ayam. Kemudian kepala mama runsing memikirkan bagaimana nak memesan makanan. Pastinya kena "speaking". Mama cuba mengatur ayat di dalam bahasa inggeris. Kemudian mama terus menuju ke kaunter di luar KFC, dan mula speaking " I want one colonel burger, Thank you". Tak lama selepas itu dapatlah mama burger tersebut. Seronoknya mama. terus di simpan burger di dalam beg tuisyen dan berjalan laju balik ke rumah. Di rumah mama terus masuk ke bilik dan menikmati burger KFC!!!


Begitulah kenangan mama pertama kali merasai KFC. Membeli di drive-in kaunter. Tersenyum mama mengingati peristiwa itu. Nasib baik tak ada kereta datang buat pesanan masa tu. Kalau tak lagilah malu mama.

6 comments:

Amalina said...

Alamak aii cutenye kenangan kak alhan... beli kfc kat drive thru ke? kelakar je. canggih jgk ada drive thru dah masa tu.

abu muhammad said...

aa... cik al kan byk cite kelakar. bila lak nak cite bab silat di kaki bukit larut :)

mama syaza said...

haha. kalau baca tak habis, mcm kenangan nostalgia biasa je.. skali baca ayat2 terakhir tu.. lawak bangat..hehe..

Amalina said...

hah! ape ke he bersilat kt kaki bukit larut :D.

Hasfazilah said...

hehehe, yang bab akhir tu yang lawaknya.. alhan alhan..:D

alhan said...

aa tula. jakun akak. tak pernah or jarang sgt2 mkn luar. nak order pun tak reti.
oih cite kat bukit larut tu 18SM (sangat malu). tak bolehla cite. sensored