Monday, July 27, 2009

Bercuti ke langkawi- Part 1

Alhamdulillah hujung minggu semalam hajat mama ingin membawa 3 hero mama bercuti ke pulau langkawi tertunai. Lama dah mama memendam hajat ini dek kesibukan kerja2 phd mama. maafkan mama.
Kami ke langkawi menaiki bot dari kuala kedah jam 8 pagi. Ini pengalaman pertama buat adik muaz dan abang luqman. Muhammad kali kedua(yg pertama 7 tahun yg lepas). Harga tiket bot sekarang, dewasa Rm23, kanak2 5 tahun ke atas( Rm17). Perjalanan mengambil masa 1 jam 15 minit. Sampai di langkawi kami terus mengambil kereta sewa (kancil, Rm 80 dari pukul 930pagi ke 5 ptg esoknya) dan menuju ke Underwaterworld. Terima kasih banyak2 pada abg chik(sepupu mama) yang bekerja di underwaterworld. Kami mendapat harga tiket istimewa, hanya RM37 utk kami sekeluarga. Underwaterworld langkawi nyata lebih menarik berbanding aquaria di KLCC. Cuma kami tak dapat menikmati pertunjukan anjing laut yang ditutup sementara untuk renovation. Paling comel melihat gelagat penguin.

Selepas itu kami menuju ke Langkawi Boutique Resort untuk mendaftar masuk ke biik hotel. Hotel ini kelihatan agak lama, namun OKlah utk harganya, RM178(family room, 2 queen bed, luas biliknya, ada swimming pool and breakfast for 5 of us). Hotel ini terletak kira2 5 minit berjalan kaki ke underwaterworld. Terdapat banyak hotel2 dari 1 bintang ke 5 bintang di kawasan pantai cenang. Gerai2 makan juga banyak terdpat di sini, dari masakan melayu, arab, thai, barat dan sebagainya. Suasana malam di kawasan ini agak meriah dan happening.



Selepas makan tengahari, kami menuju ke cable car yang terletak di gunung mat cincang. Menariknya pemandangan kehijauan gunung ganang, sawah padi dan kebiruan pantai sepanjang perjalanan ke sana. Alhamdulillah kami tidak menunggu lama untuk menaiki kereta kabel. abah telah membeli tiket dari pakcik fuad penyewa kereta dgn harga Rm15 dewasa, utk kanak2 Rm5. Seronok naik kereta kabel.Yang pastinya mama gayat sgt2. asyik pejam mata saja, takut melihat ke depan, maupun ke belakang, ke bawah lagilah menyeramkan. Subhanallah cantik sungguh pemandangan gunung ganang di sini. Dari kereta kabel, kelihatan gunung ganang, hutan rimba dan juga air terjun telaga tujuh. Terdapat 2 perhentian. Kami berhenti di hentian pertama utk menghilangkan rasa gayat. Di hentian tekahir kami menuruni anak tangga menuju ke jambatan gantung. Sejuk dan berangin di jambatan ini. Terasa jambatan ini bergoyang. hmm gayat lagi. Namun puas hati melihat pemandangan cantik lagi indah dari sini.

Selepas itu kami berjalan2 di kawasan geopark menuju ke petting zoo, melihat dan memberi makan rusa dan arnab. Destinasi kami seterusnya ke air terjun telaga tujuh. Tak terbilang mama berapa anak tangga kami ragas, hampir2 nak surrender. Yang pastinya kesengalan betis meragas anak tangga telaga tujuh ini terasa sehingga ke hari ni. Kepenatan meragas terubat apabila dapat menikmati kesejukan air terjun telaga tujuh. segarnyaaaa.....3 hero mengambil kesempatan mandi di sini.

Malamnya kami menikmati udang masak sweet sour, ketam masak cili, sayur campur, sup ekor dan telur bistik di restoran lubuk buaya. Keesokkan pagi 3 hero bersama abah mandi di kolam hotel. Tidak sah ke langkawi jika tidak menyinggah di pantainya, kami menuju ke pantai pasir tengkorak. Cantik melihat pasir putih dan batu-batuan di pantai ini, unik. Kami seterusnya menuju melihat keunikan pantai pasir hitam dan makam mahsuri. Mama puas dapat bercuti walaupun seketika ke Langkawi. Puas menikmati alam indah ciptaan ALLAH.

7 comments:

Hasfazilah said...

sampai akhirnya ke langkawi ^_^ cantikkan di atas gunung ma' cinchang tu...

radzi said...

seronokss.. sedap tak rest lubuk buaya tu n murah kan.hehe.. byk jgk aktiviti yg di cover yek.hebat. kitorang aritu tak byk sgt sbb tunggu maksu amik pic lama sgt.haha.

telaga 7 tu naik sampe atas ke kat air terjun je?

bestnye2..

(mak lang sima)

alhan said...

memang cantik sgt akak. saya memang suka tengok pemandangan semulajadi. tenang.
aaa byk jg sempat cover wpun 2 hr sj. tu yg penat. mula plan nak ke air terjun sj. namun kami teruskan sampai atas telaga 7. ntah berapa ratus anak tangga yg kami ragas. namun kesengalan terbayar dgn kenyamanan n kesegaran air terjun di atas tu. muhammad dah nangis nak surrender naik tangga tu. luqman maintain macho. muaz selamat didukung abahnya. mama depa mmg ditinggalkan di belakang.

Amalina said...

waaa luqman mmg sportsman, mantap dia. kak alhan punboleh thn jugak meragas, hihihi.

radzi said...

haha.. bayangkan ema tgh 5 bln naik setinggi tu. wakakaak.. mmg rasa nak terberanak..ekeke..
tp sampe atas, eni je la carik mata telaga nye. mcm tak obvious sgt lah. so kitorang celup2 kaki je la. sbb tak standby baju nak rendam pun. next time2.hehe

m@ster87 said...

lngkawi mmg tmpt yg menarik utk d lawati...
boleh d kata kn d langkawi mcm2 ada..
gunung ganang yg tggi..
bukit bukau yg hijau..air nya indah serta...
pelbagai tmpt2 merik yg ada d langkawi..
x rugi klu kita kesana...daripada buang duit keluar negara lbh baik kita melangcong kt tmpt kita...
tmpt yg d isytihar di mata dunia,langkawi ada satu ny tmpt pelangcongan...
yg terbaik d dunia...
pelbagai kawasan menarik yg ada disana utk d terokai oleh kita...
pulau2 ny yg indah..tasik ny yg misteri...serta pantai ny begitu cantik untuk d nikmati...
jd tggu apa lg jom lah kita kelangkawi bersama keluarga dan rakan2 kesana...
jd kn lah langkawi tmpt pilihan kita semua..
kerana disan menjanjikn kepuasan dan ketenangan kepada kita..
itu lah pengalaman sy semasa berada d langkawi bersama keluarga tersayang,,,

langkawi-best.blogspot.my said...

bila lagi nak datang ke langkawi.kami senantiasa mengalu-alukan kedatangan anda.Jika teringin nak beli produk langkawi sila http://langkawi-best.blogspot.com