Sunday, April 26, 2009

Aku sahut panggilanMU

Alhamdulillah semalam mama selamat tiba di pulau pinang. Mama terus ke stadium kepala batas menyaksikan luqman bermain bola peringkat negeri. Alhamdulillah walaupun kali ini pasukan luqman tidak berjaya ke peringkat akhir, namun luqman terpilih sebagai penjaring terbanyak. Insya-ALLAH luqman akan mewakili PASTI diperingkat negeri pulau pinang untuk perlawanan peringkat seterusnya. Katanya bulan mei atau jun nanti ada pertandingannya di Selangor. Luqman comel sudah gelap sekarang dek berpanasan main bola. pagi tadi mama sapukan lotion untuk gebukan semula hero mama tu, hehe...
mama ingin berkongsi cerita pengalaman umrah mama...
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Mama amat bersyukur di atas jemputan yang sangat istimewa dari ALLAH kali ini. ALLAH MAHA MENDENGAR, ALLAH MAHA PENYAYANG., ALLAH MAHA BERKUASA atas segala2nya. Rintihan kerinduan yang mama panjatkan di penghujung malam akhirnya ALLAH makbulkan. Mama sangat sangat sangat bersyukur di atas jemputan ini. Terima kasih, Ya ALLAH. Aku sahut panggilan-MU YA ALLAH...
'Labbaika Allahu malabbaik, labbaika la syarikala kala baik, Innal hamda walni'mata laka walmulk la syarikalakalak'
Aku sahut panggilanMu ya Allah!Aku sahut panggilanMu, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah Aku sahut panggilanMu!Segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu ya Allah!Tiada sekutu bagiMu.

15 APril 2009 -mama beserta, muhammad, tok ayah dan opah menaiki penerbangan pakistan Airlines(PIA) menuju ke madinah dan mekah. Kami transit di islamabad untuk seketika dan kemudian menuju ke Jeddah. Alhamdulillah penerbangan ok, walaupun di awal perancangan apabila tok ayah menyatakan kami akan menaiki PIA, hati mama dan opah gundah juga, banyak cerita tak sedap didengari. Doa mama agar kami selamat tiba di 2 kota suci itu. Kami tiba di jeddah sekitar jam 12 malam. Kemudian kami menaiki coaster menuju ke madinah. Alhamdulillah sekitar 7 pagi kami tiba di kota suci madinah. Masuk sahaja ke bandar madinah, mata liar mencari kubah masjid nabawi. tidak sabar rasanya hati ingin menziarahi makam kekasih ALLAH , muhammad SAW dan sahabat2 baginda di situ. Tidak sabar ingin sujud di raudhah. Hati mama selalu sayu bila mengingatkan akan jemputan ALLAH ini. Alhamdulillah. Kami menginap di Riyadh Muhajirin hotel. hotel ini berada dekat dengan perkuburan Baqi. Di sinilah jasad isteri2 rasululullah SAW di semadikan, kecuali siti khadijah dan ramai lagi sahabat baginda SAW. Setelah mengangkat barang dan memasuki bilik hotel, kami berehat seketika sebelum bersiap meuju ke masjid untuk solat zohor. Cuaca agak terik. Melalui dataran masjid, mata seperti tidak boleh dibuka. pantulan cahaya dari marmar putih menyebabkan mata tidak dapat dibuka. Inilah ujian kami menuju ke masjid. Kami tidak pula membawa kacamata hitam. Jadi bersabarlah untuk seketika sebelum dapat memasuki masjid.

Bandar madinah, kelihatan kubah masjid nabawi


Nabi bersabda," Sembahyang di masjidku ini lebih utama daripada sembahyang seribu kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram".

Hari pertama selepas solat zohor di masjid, mama dan opah cuba untuk memasuki raudhah, ramai betul jemaah. Opah takut melihatkan orang yang ramai, opah ajak mama balik dahulu. Bagi jemaah wanita, untuk memasuki raudhah ada waktu tertentu. kebiasaannya slps zohor, selepas subuh dan selepas isya. untuk ke raudhah jemaah wanita dikumpulkan mengikut group negara, indonesia+malaysia, pakistan+india, turki, etc etc. mama perhatikan dari masa pergi haji dahlu pun ,group indonesia+msia selalunya mendapat giliran terakhir memasuki raudhah. ini mungkin kerana tahap kesabaran kita lebih tinggi, Alhamdulillah. Memang untuk memasuki raudhah menuntut kesabaran yang sangat tinggi. purata menunggu lebih kurang 1- 2 jam atau lebih. Balik ke hotel kami diberitakan bahawa keesokkannya kami perlu berangkat ke mekah kerana masalah penginapan. Akhirnya malam itu juga selepas isya, mama menuju semula ke masjid bersama beberapa rakan untuk menuju ke raudah. opah keletihan, opah tidak ikut serta. Di dalam hati teringat akan hadis dari rasul SAW riwayat imam bukhari " Adalah diantara rumahku dan mimbarku terdapat satu taman daripada taman-taman syurga" . Alhamdulillah hampir 1 jam menunggu mama dan rakan berjaya memasuki raudhah. Alhamdulillah mama dapat solat 2 rakaat di raudah dan berdoa. kemudian sebelum melintas keluar dari kawasan itu ALLAH rezekikan lagi satu ruang untuk mama solat. mama terus sujud lagi solat dan berdoa lagi. ALhamdulillah terima kasih ALLAH di atas kesempatan ini. Sayu meninggalkan raudhah. Alhamdulillah muhammad dan tok ayahnya jua berkesempatan beberapa kali solat di raudhah. Jemaah lelaki raudah terbuka 24 jam untuk mereka. Tepat jam 12 malam kami tiba di hotel. jam 3 pagi sudah bangun untuk ke masjid. subuh jam 439 am.


16April - pagi mama dan muhammad mengikuti rombongan menziarahi tempat2 bersejarah di madinah. Alhamdulillah muhammad nampak bersemangat membaca buku sejarah madinah yang mama bawakan(karangan Abdul basit rasanya). Destinasi pertama masjid Quba, masjid yang dibina atas dasar taqwa seperti di sebut di dalam ayat 108-109 surah AtTaubah. Muhammad bertanyakan mama, muhammad dapat 2 umrah dahkan mama sebab solat 2x(tahiyattulmasjid dan dhuha) di masjid Quba. Tersenyum mama. kita serahkan pada ALLAH.


Muhammad di depan masjid Quba

Sabda Nabi : Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)

Di depan perkuburan syuhada dekat jabal uhud

Kemudian kami ke ladang kurma,melawat jabal uhud, jabal rhumah dan perkuburan para tentera islam yang syahid, saidina hamzah RA, masjid qiblatain dan beberapa tempat lagi. Mama tenang melihat muhammad kusyuk membaca buku sejarah madinah sambil bertanyakan mama dan mutawwif akan cerita2 di sebalik tempat2 yang di ziarahi. Moga muhammad dapat menghayati pengorbanan Rasul SAW tercinta dan sahabat2 baginda untuk Islam. Besar sungguh nikmat Islam ini. Alhamdulillah. Kami bergegas ke masjid untuk solat jumaat selesai ziarah. Alhamdulillah mama dan opah dapat memasuki masjid. sementara menunggu azan untuk solat jumaat, mama membaca AlQuran. kemudian ada sister(dari egypt) di sebelah mama mohon izin inginkan air zam2 dari botol mama. mama izinkan. kemudian dia mengucapkan syukran pada mama. dan sister tersebut berkata lebih kurang bunyinya" Iqra jamil" . mama rasa dia memuji bacaan mama. mama menjawab di dalam bahasa Inggeris, waaupun bacaan mama cantik, namun mama sedih kerana mama tidak dapat memahami sepenuhnya ayat2 Al-Quran ini. Mama bertambah terharu apabila sister tersebut terus menadah tangan di depan mama mendoakan untuk mama. Mama harap doanya agar satu hari nanti mama dapat memahami ayat ALLAH sepenuhnya. Seterusnya sister tersebut membantu mama translatekan satu persatu ayat dari AL-Qurannya. Ketika khutbah pun sister ini membantu mama memahamkan khutbah yg disampaikan di dalam bahasa arab. Alhamdulillah di atas kesempatan mengenali sister ini buat seketika. Selepas solat jumaat kami berangkat ke mekah. Muhammad teruja memakai ihram buat pertama kali. Kami singgah di masjid bir ali untuk solat sunat ihram dan berniat umrah di situ. Tepat jam 9 malam kami tiba di kota suci mekah. Alhamdulillah hotel kami, Safoa Taamyiz tidak jauh dari masjidilharam. Selepas mengangkat barang kami bergegas ke masjid untuk menyempurnakan umrah. mama risau melihatkan muhammad yang kejap2 mengaru kepala. takut tertanggal rambut kena dam. muhammad ketika itu tengah menghidapi campak. banyak campak tgh keluar. badannya tidak selasa dan terasa gatal. Muhammad tanyakan pada mama kenapa orang menangis melihatkan kaabah. Memang begitu muhammad, kita bila memahami akan hakikat hamba yang merasa hina dan banyaknya dosa akan pasti mengalirkan airmata tatkala melihatkan kaabah. Hati jua sayu mengenangkan jemputan ini.


Muhammad menatap kaabah

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :
“pada ka’abah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari, iaitu 60 untuk tawaf, 40 untuk solat sunat dan 20 untuk melihat ka’abah”

muhammad selesai umrah, berjalan turun menuruni bukit marwah

muhammad tengah berdoa di depan kaabah

Di rumah sepupu abah, haji shafie

Kedatangan mama kali ini, mama berhajat untuk memperbanyakkan tawaf sunat di samping mama mengerjakan umrah. mama dambakan redha ALLAH. Ibadat ini sungguh istimewa. Hanya dapat dilakukan di mekah. Alhamdulillah walaupun cuaca terik di mekah(katanya 45 C), mama dapat menyempurnakan tawaf sunat. Kebiasaannya setiap hari sebelum zohor mama cuba ke masjid awal, terus melakukan tawaf sunat, kemudian balik makan t/hari , selepas asar mama tawaf sunat lagi, dan selepas isya jika sempat lagi dan sebelum subuh. Tiap kali ke masjid pasti di hati memanjatkan doa pada ALLAH agar diberi kesihatan badan, fikiran, kekuatan kaki untuk beribadat padanya. Tatkala bertawaf di tengah matahari terik, doa dipanjatkan agar panas ini tidak menjadi penghalang untuk mama mencari redha ALLAH ini. Memang peluh mengalir membasahi leher dan badan. Moga peluh2 ini nanti menjadi saksi akan apa yg mama lakukan hanya kerana MU , Ya ALLAH. Begitulah rutin mama setiap hari sepanjang di mekah. Alhamdulillah tok ayah dan opah jua sihat di mekah dan madinah dan dapat memperbanyakkan ibadat di masjid nabawi dan masjidil haram. Alhamdulillah mama berkesempatan memasuki hijir ismail untuk solat sunat dan berdoa di situ dengan tenangnya. Mama jua berkesempatan mendekati dan menyentuh hajarulaswad. Namun mama rasa kesempatan itu banyak pengajaran yang ingin ALLAH sampaikan pada mama. Hari tu selepas tawaf sunat selepas solat asar mama ingin sekali menghampiri hajarulaswad. mama membiarkan diri ditolak sehingga hampir ke batu syurga itu. Hati berasa takut dan gentar. ketika ditolak tersebut diperlihatkan ALLAH pada mama, seorang hambaNYA terjatuh dan dipijak. ketika itu hati mama rasa nak keluar dari tolakan itu. Ngeri melihatnya. Namun mama sudah tidak boleh keluar lagi. di depan mama ketika itu 2 orang perempuan tertarik tudung kepalanya sehingga menampakkan keseluruhan kepalanya/auratnya. mama rasa sedih lagi. Di dalam hati mama berkata, Jika rasulullah SAW melihat umatnya ketika ini, pasti baginda SAW sedih....Sesungguhnya pengalaman ini banyak memberi pengajaran pada mama. Berdosakah mama membiarkan diri di dalam bahaya sebentar tadi....Moga ALLAH mengampuni mama. mama dambakan redhaNYA dalam apa jua yg mama lakukan.

di depan jabal thur

muhammad melepaskan gian naik unta di jabal rahmah, Arafah

Hari ketiga di mekah kami menziarahi tempat bersejarah di mekah. Kami melawat arafah, muzdalifah, mina, jabal nur(terdapatnya gua hira), jabal thur(tempat persembunyian rasulullah saw semasa penghijrahan ke madinah), dan akhirnya kami ke masjid Jiranah untuk solat sunat ihram, berniat di situ dan kemudian balik menyempurnakan umrah. Rata2 jemaah menyatakan penat dan begitu terasa pedih dan sakitnya kaki ketika saie. ada yg mengatakan terasa jauhnya saie 7x dari bukit safa ke bukit marwah. Ya mama mengakuinya. Muhammad kata, "Rasa macam nak reput kaki saie". Cepat2 mama memarahinya, mulut kena di jaga di tanah suci. Mencabar juga ingin memahamkan muhammad akan ibadat umrah ini. banyak nak kena diceritakan padanya. apa pengajaran apa hikmah di sebalik perintah ALLAH ini. Justeru itu mama doakan dan menyeru pada semua jika sudah mencukupi syarat 5 wajib(Islam, baligh, berakal,merdeka, berkuasa/mampu) haji dan umrah itu, bersegeralah menyahut panggilan ALLAH ini. Ibadah ini begitu menuntut tuntutan fizikal dan rohani kita. Mama rasa kebanyakan kita syarat ke5 itu yang menangguhkan kita. Fahamilah makna mampu itu. Bersegeralah tatkala tuntutan fizikal masih sihat, bersegeralah menimba ilmu tentang ibadah ini agar kita melakukannya dengan ilmu, memahami hakikat ibadahnya, memahami pengajarannya. Ibadat haji dan umrah ini sungguh istimewa.

surah ali-'Imran ayat 97, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dan umrah dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.
Banyak ganjarannya dari ibadat ini...

Rasulullah SAW dengan sabdanya: "Tidak ada ganjaran bagi ibadat haji yang mabrur kecuali syurga".

Ada hadits shahih yang diriwayatkan oleh Tirmidzi yang berbunyi :

"Barang siapa yang akhirat menjadi harapannya, Allah akan menjadikan rasa cukup didalam hatinya serta mempersatukan (mempermudah –pentj.) urusannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan patuh dan hina. Tetapi siapa yang dunia menjadi harapannya, Allah akan menjadikan kefakiran berada didepan matanya serta mencerai beraikan urusannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali sekadar apa yang telah ditetapkan baginya".



hari terakhir kami di mekah, ramai sungguh jemaah tengah tawaf

23 April- Kami melakukan tawaf wada dan meninggalkan mekah Al Mukarramah ketika matahari terik di atas kepala. Sayu melakukan tawaf wada 7 pusingan, mata seakan tidak mahu lepas dari melihat kaabah. Airmata kesyukuran, kesedihan memang tidak dapat tertahan lagi. mama katakan pada muhammad di kesempatan tawaf wada ini, mohonlah pada ALLAH, ampunkan segala dosa, makbulkan segala doa, jemput lagi ke sini, Mohon jika ini jemputan terakhir, mohon dianugerahi syurga.

24 April - Kami berada di Karachi. Transit hampir satu hari. Suspen mama ketika tiba di airport hotel. Di pakistan kena berhati2 kerana ramai orang suka minta tips, hatta pekerja hotel. Mama tanyakan di mana dining hall pun kena bagi tips. last2 mama tutup pintu bilik hotel duduk diam2. Lepas zohor, mama, opah dan tok ayah berjalan2 ke bandar karachi. Kami di bawa melawat hill park, father of pakistan, Big Mosque dan tempat shopping. Akhir sekali di bawa ke Best beriyani in karachi. HMMM mest sedap sangat beriyaninya.

ramainya jemaah berjalan pulang dari masjidil haram

Kami di Hill park, karachi

25 April-Tiba di Malaysia, Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

4 comments:

Hasfazilah said...

Alhamdulillah, seronoknya Alhan dapat bertamu ke sana

Amalina said...

Suka baca catatan kak alhan ni. mak ngah cemburula dgn mohammad. InsyaAllah mak ngah juga teringin nak pergi.

alhan said...

Alhamdulillah. saya pun tak sangka cepat ALLAH jemput semula saya ke sana selepas haji akhir 2007. Memang begitu akak. sesiapa yg ke sana pasti hati akan selalu teringat2 lagi nak ke sana. Berkat Doa Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim a.s kepada tanah suci mekah dan madinah itu. Sebab tu rindu tu datang. Pergilah mana2 pun tempat tercantik kat bumi ALLAH ini, tapi rindu tu tiada spt mana rindu pd Mekah dan madinah.
Ina,
Insya-ALLAH akak sentiasa berdoa agar ALLAH segera menjemput hamba2 dia yang ingin sangat ke sana.

Abi said...

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.-

Suatu catatan dalam sejarah kehidupan nanda Ahlan beserta keluarga - dapat bersama anak, Ibu dan Bapak berkunjung ke Baitullah Al Haram - dan kerinduan ini akan terus menerus berada dalam kalbu kita, yang memberikan motivasi kepada kita untuk pergi lagi berulang-ulang. Semoga Allah mendengar bisikan hati kita dan memberikan "undanganNYA"
Salam kami sekeluarga untuk nanda sekeluarga.