Bandar madinah, kelihatan kubah masjid nabawi
Nabi bersabda," Sembahyang di masjidku ini lebih utama daripada sembahyang seribu kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram".
Muhammad di depan masjid Quba
Sabda Nabi : Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)
Di depan perkuburan syuhada dekat jabal uhud
Kemudian kami ke ladang kurma,melawat jabal uhud, jabal rhumah dan perkuburan para tentera islam yang syahid, saidina hamzah RA, masjid qiblatain dan beberapa tempat lagi. Mama tenang melihat muhammad kusyuk membaca buku sejarah madinah sambil bertanyakan mama dan mutawwif akan cerita2 di sebalik tempat2 yang di ziarahi. Moga muhammad dapat menghayati pengorbanan Rasul SAW tercinta dan sahabat2 baginda untuk Islam. Besar sungguh nikmat Islam ini. Alhamdulillah. Kami bergegas ke masjid untuk solat jumaat selesai ziarah. Alhamdulillah mama dan opah dapat memasuki masjid. sementara menunggu azan untuk solat jumaat, mama membaca AlQuran. kemudian ada sister(dari egypt) di sebelah mama mohon izin inginkan air zam2 dari botol mama. mama izinkan. kemudian dia mengucapkan syukran pada mama. dan sister tersebut berkata lebih kurang bunyinya" Iqra jamil" . mama rasa dia memuji bacaan mama. mama menjawab di dalam bahasa Inggeris, waaupun bacaan mama cantik, namun mama sedih kerana mama tidak dapat memahami sepenuhnya ayat2 Al-Quran ini. Mama bertambah terharu apabila sister tersebut terus menadah tangan di depan mama mendoakan untuk mama. Mama harap doanya agar satu hari nanti mama dapat memahami ayat ALLAH sepenuhnya. Seterusnya sister tersebut membantu mama translatekan satu persatu ayat dari AL-Qurannya. Ketika khutbah pun sister ini membantu mama memahamkan khutbah yg disampaikan di dalam bahasa arab. Alhamdulillah di atas kesempatan mengenali sister ini buat seketika. Selepas solat jumaat kami berangkat ke mekah. Muhammad teruja memakai ihram buat pertama kali. Kami singgah di masjid bir ali untuk solat sunat ihram dan berniat umrah di situ. Tepat jam 9 malam kami tiba di kota suci mekah. Alhamdulillah hotel kami, Safoa Taamyiz tidak jauh dari masjidilharam. Selepas mengangkat barang kami bergegas ke masjid untuk menyempurnakan umrah. mama risau melihatkan muhammad yang kejap2 mengaru kepala. takut tertanggal rambut kena dam. muhammad ketika itu tengah menghidapi campak. banyak campak tgh keluar. badannya tidak selasa dan terasa gatal. Muhammad tanyakan pada mama kenapa orang menangis melihatkan kaabah. Memang begitu muhammad, kita bila memahami akan hakikat hamba yang merasa hina dan banyaknya dosa akan pasti mengalirkan airmata tatkala melihatkan kaabah. Hati jua sayu mengenangkan jemputan ini.
Muhammad menatap kaabah
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :
“pada ka’abah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari, iaitu 60 untuk tawaf, 40 untuk solat sunat dan 20 untuk melihat ka’abah”
muhammad selesai umrah, berjalan turun menuruni bukit marwah
muhammad tengah berdoa di depan kaabah
Di rumah sepupu abah, haji shafie
Kedatangan mama kali ini, mama berhajat untuk memperbanyakkan tawaf sunat di samping mama mengerjakan umrah. mama dambakan redha ALLAH. Ibadat ini sungguh istimewa. Hanya dapat dilakukan di mekah. Alhamdulillah walaupun cuaca terik di mekah(katanya 45 C), mama dapat menyempurnakan tawaf sunat. Kebiasaannya setiap hari sebelum zohor mama cuba ke masjid awal, terus melakukan tawaf sunat, kemudian balik makan t/hari , selepas asar mama tawaf sunat lagi, dan selepas isya jika sempat lagi dan sebelum subuh. Tiap kali ke masjid pasti di hati memanjatkan doa pada ALLAH agar diberi kesihatan badan, fikiran, kekuatan kaki untuk beribadat padanya. Tatkala bertawaf di tengah matahari terik, doa dipanjatkan agar panas ini tidak menjadi penghalang untuk mama mencari redha ALLAH ini. Memang peluh mengalir membasahi leher dan badan. Moga peluh2 ini nanti menjadi saksi akan apa yg mama lakukan hanya kerana MU , Ya ALLAH. Begitulah rutin mama setiap hari sepanjang di mekah. Alhamdulillah tok ayah dan opah jua sihat di mekah dan madinah dan dapat memperbanyakkan ibadat di masjid nabawi dan masjidil haram. Alhamdulillah mama berkesempatan memasuki hijir ismail untuk solat sunat dan berdoa di situ dengan tenangnya. Mama jua berkesempatan mendekati dan menyentuh hajarulaswad. Namun mama rasa kesempatan itu banyak pengajaran yang ingin ALLAH sampaikan pada mama. Hari tu selepas tawaf sunat selepas solat asar mama ingin sekali menghampiri hajarulaswad. mama membiarkan diri ditolak sehingga hampir ke batu syurga itu. Hati berasa takut dan gentar. ketika ditolak tersebut diperlihatkan ALLAH pada mama, seorang hambaNYA terjatuh dan dipijak. ketika itu hati mama rasa nak keluar dari tolakan itu. Ngeri melihatnya. Namun mama sudah tidak boleh keluar lagi. di depan mama ketika itu 2 orang perempuan tertarik tudung kepalanya sehingga menampakkan keseluruhan kepalanya/auratnya. mama rasa sedih lagi. Di dalam hati mama berkata, Jika rasulullah SAW melihat umatnya ketika ini, pasti baginda SAW sedih....Sesungguhnya pengalaman ini banyak memberi pengajaran pada mama. Berdosakah mama membiarkan diri di dalam bahaya sebentar tadi....Moga ALLAH mengampuni mama. mama dambakan redhaNYA dalam apa jua yg mama lakukan.
di depan jabal thur
muhammad melepaskan gian naik unta di jabal rahmah, Arafah
Hari ketiga di mekah kami menziarahi tempat bersejarah di mekah. Kami melawat arafah, muzdalifah, mina, jabal nur(terdapatnya gua hira), jabal thur(tempat persembunyian rasulullah saw semasa penghijrahan ke madinah), dan akhirnya kami ke masjid Jiranah untuk solat sunat ihram, berniat di situ dan kemudian balik menyempurnakan umrah. Rata2 jemaah menyatakan penat dan begitu terasa pedih dan sakitnya kaki ketika saie. ada yg mengatakan terasa jauhnya saie 7x dari bukit safa ke bukit marwah. Ya mama mengakuinya. Muhammad kata, "Rasa macam nak reput kaki saie". Cepat2 mama memarahinya, mulut kena di jaga di tanah suci. Mencabar juga ingin memahamkan muhammad akan ibadat umrah ini. banyak nak kena diceritakan padanya. apa pengajaran apa hikmah di sebalik perintah ALLAH ini. Justeru itu mama doakan dan menyeru pada semua jika sudah mencukupi syarat 5 wajib(Islam, baligh, berakal,merdeka, berkuasa/mampu) haji dan umrah itu, bersegeralah menyahut panggilan ALLAH ini. Ibadah ini begitu menuntut tuntutan fizikal dan rohani kita. Mama rasa kebanyakan kita syarat ke5 itu yang menangguhkan kita. Fahamilah makna mampu itu. Bersegeralah tatkala tuntutan fizikal masih sihat, bersegeralah menimba ilmu tentang ibadah ini agar kita melakukannya dengan ilmu, memahami hakikat ibadahnya, memahami pengajarannya. Ibadat haji dan umrah ini sungguh istimewa.
hari terakhir kami di mekah, ramai sungguh jemaah tengah tawaf
23 April- Kami melakukan tawaf wada dan meninggalkan mekah Al Mukarramah ketika matahari terik di atas kepala. Sayu melakukan tawaf wada 7 pusingan, mata seakan tidak mahu lepas dari melihat kaabah. Airmata kesyukuran, kesedihan memang tidak dapat tertahan lagi. mama katakan pada muhammad di kesempatan tawaf wada ini, mohonlah pada ALLAH, ampunkan segala dosa, makbulkan segala doa, jemput lagi ke sini, Mohon jika ini jemputan terakhir, mohon dianugerahi syurga.
ramainya jemaah berjalan pulang dari masjidil haram
Kami di Hill park, karachi
25 April-Tiba di Malaysia, Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
4 comments:
Alhamdulillah, seronoknya Alhan dapat bertamu ke sana
Suka baca catatan kak alhan ni. mak ngah cemburula dgn mohammad. InsyaAllah mak ngah juga teringin nak pergi.
Alhamdulillah. saya pun tak sangka cepat ALLAH jemput semula saya ke sana selepas haji akhir 2007. Memang begitu akak. sesiapa yg ke sana pasti hati akan selalu teringat2 lagi nak ke sana. Berkat Doa Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim a.s kepada tanah suci mekah dan madinah itu. Sebab tu rindu tu datang. Pergilah mana2 pun tempat tercantik kat bumi ALLAH ini, tapi rindu tu tiada spt mana rindu pd Mekah dan madinah.
Ina,
Insya-ALLAH akak sentiasa berdoa agar ALLAH segera menjemput hamba2 dia yang ingin sangat ke sana.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.-
Suatu catatan dalam sejarah kehidupan nanda Ahlan beserta keluarga - dapat bersama anak, Ibu dan Bapak berkunjung ke Baitullah Al Haram - dan kerinduan ini akan terus menerus berada dalam kalbu kita, yang memberikan motivasi kepada kita untuk pergi lagi berulang-ulang. Semoga Allah mendengar bisikan hati kita dan memberikan "undanganNYA"
Salam kami sekeluarga untuk nanda sekeluarga.
Post a Comment