Thursday, January 29, 2009

perkahwinan mak ndak dan percutian ke K.Terengganu

Hujung minggu lepas berlangsung majlis perkahwinan mak ndak wani dengan pak ndak shazwan. Jumaat malamnya berlangsung majlis pernikahan di masjid bukhari. Kemudian sabtu siangnya berlangsung kenduri di rumah tok. Alhamdulillah ramainya tetamu yang hadir . Habis makanan yang dihidangkan, nasi kenduri dan juga laksam, menjelang petang di tambah lagi dengan laksa pun hampir habis. Alhamdulillah.
Selesai upacara akad nikah di masjid bukhari

Mak ndak wani yang bahagia

The girls, mak ndak, mama, ayong, mak lang dan mak njang

Ahad pagi kami bertolak ke kuala terengganu untuk mengiringi mak ndak ke kenduri menyambut menantu di Jerteh pada hari selasa. Kata abah, jarak alor setar-KT lebih kurang macam AS-KL, tetapi disebabkan jalannya yang melewati banjaran titiwangsa dan jalan kampung, perjalanan mengambil masa hampir 7 jam. Walaubagaimanapun pemandangan yang cantik menghijau di dalam perjalanan sedikit sebanyak menghilangkan keletihan dan menyegarkan mata dan fikiran. Kami tiba di KT sudah pukul 815 malam, terus menuju ke Rumah Rehat Desa Bakti. Cantik juga rumah rehat ini. Malam tu kami keluar menikmati makan malam di Restoran gelas besar. Sedap sangat2 jus buahannya. Mama menempah 3 jag besar. Habis di nikmati kami. Keesokan pagi kami menuju ke pantai teluk ketapang bermain air di pesisir pantai. Ombak kuat dan mengganas. Takut mama melihatnya ditambah pula dua tiga hari mendengar berita tragedi lemas di pantai di TV. Kemudian kami menuju ke Pulau wan man, melihat monumen tamadun islam dan berjalan2 di taman itu dan melihat masjid kristal. Panas dan terik cuaca di KT. Petangnya kami ke pantai batu buruk dan pasar payang. Malamnya kami bermalam di homestay di bukit kluang pula.

Rumah rehat di Teluk Ketapang

Jus Tembikai susu, sedapnyeeee

2 hero bersama pak ucu menanti ombak membasahi kaki

3 hero bersama sepupus

Tarikan kanak2 di taman tamadun islam, pulau wan man

abah dan adik di depan replika dome of rock, Al quds

Pagi selasa sempat lagi kami ke pantai bukit kluang. Cantik juga pantai ini , ada gua. 3 hero dan sepupu2nya mengambil peluang membasah kaki dan bermain di tepi pantai lagi. Ombak di sini juga kuat dan bahaya. Tepat jam 12 kami berangkat ke Kampung Denger utk kenduri menyambut menantu. Ringkas sahaja kenduri di sini, namun sedap masakannya. Tahniah mak ndak, moga bahagia melayari bahtera rumahtangga. Moga diberkati.

Trek pejalan kaki di tepi gua dan pantai di bukit kluang

main air lagi di pantai bukit kluang

majlis menyambut menantu di kampung denger

muhammad kusyuk menikmati hidangan

Singgah di pulau banding makan ais krim

9 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

alhamdulillah majlis mak ndak ngn pak ndak berjalan dgn lancar..seronok betui p jalan2 ngn semua :)..konvoi ramai2, makan sama2, main ngn anak2 sedara semua..percutian yg meninggalkan seribu satu kenangan buat pak njang ngn mak njang..maklum la sepanjang 4-5 hari bersama meriah sungguh..best sgtt..lps nie iA ada kelapangan kita p cuti2 msia lg ye :)..

Ariff Budiman said...

Salam. Memang menyeronokkan bila dapat berkumpul bersama keluarga. Saya tumpang gembira bila membaca kisah ini.Saya dan isteri banyak kali juga ke terengganu. Syok bila minum air gelas besar.Warna Nostalgia

abu muhammad said...

harapnya hero2 abg amir tak menyusahkan aini dgn faiz hari tu. risau juga sebab aini tengah ngandung tu...
quote kak farhana "pemandangan yg menghijau mengurangkan keletihan" - betul utk org yg dok belakang, utk drebar doesn't make any different

radzi said...

bestnye..sempat berjalan lagi tu.. mmg syok jalan ramai2 ni.
chanteknyee wani!..skit lagi muka mcm siti nurhaliza (kelebihan make up)hehe..anyway tahniah...(mak lang sima)

Hasfazilah said...

tahniah utk adik wani. Moga2 jodoh berkekalan hingga ke akhirat kelak. Alhan, cantik kan pantai Trengganu.. perjalanan memang panjang tetapi tidak jemu mata memandang bagi kita yg jarang2 ke sana. Sudah 2 kali ke sana, terasa ingin ke sana lagi.. hehehe.

alhan said...

aini,
terima kasih kerana sabar melayan 3 hero akak. Depa suka sgt kat mak njang depa. baby girl kot dalam tu, hehe...
ariff,
Alhamdulillah seronok berjalan2 ramai2. memang sedap sungguh jus buah gelas besar.sapa pi terengganu, must singgah this place.
abang,
hehe.. tu yg best tak memandu, dapat cuci mata. la ingatkan pemandu lagi best nampak luas ja pemandangan kat depan tu.
mak lang shima radzi,
kami teringin jg nak ikut mak lang bercuti ke langkawi mac nanti. tengoklah mcm mana ye. makcik2 kat kenduri kata mak ndak wani macam penyanyi waheeda
K.ilah,
subhanallah memang cantik di terengganu.sy baru 2x ke sana. teringin nak ke pulau kapas pula. kata pakcik, pulau gemia lagi cantik(jiran pulau kapas)

Unknown said...

salam..
thnx semua,utk doa dan wish.sgt2 hargai..walaupun kejap ja dpt jln2 dgn semua,tp,teramat seronok utk makndak n pakndak.esp utk pakndak,dpt kenai2 famili belah kita.terigt hero2 berebut2 naik keta paknjang,nk kenai2 dgn pakndak.baguih sggh hero2 ni.
jemputlh mai ganu lagi,iA dlm next week makndak n pakndak pindah masuk umah pertama kami:)

p/s:kak shima,tersenyum wani baca komen akak.kak pahana,iras waheeda?biaq betoi,haha..

Unknown said...

abg amir ngn kak pahana,
xpa, mak njang ngn pak njang ok je melayan hero2 tue..sebenaqnya terhibur dgn telatah diorg walaupun kdg2 tue letih jugak sbb byk sgt cite, ada ja benda yg nk disampaikan:)..so far, lum tau baby boy or girl, iA sabtu nie mak njang ada appointment ngn dr..mayb dh nampak kot by this time, wallahu'alam..apa2 pun doakan yg terbaik utk kami ye:)..
kak wani,
wahh, dah nk masuk umah pertama..moga2 umah pertama tue menjadi baiti jannati:)..nanti kalau nk mai kl, habaq la ye..jemput mai umah kami:)..