Thursday, January 29, 2009

sekolah mama

Rabu semalam 3 hero menjemput mama untuk makan tengahari bersama. 3 hero tidak bersekolah dan bersama abah yang juga bercuti. Sampai saja ke bilik mama, mereka berkata wah bestnya "sekolah" mama, ada kantin, :). Mereka teruja melihat makanan di "kantin" mama dan rakan. Rupa2nya luqman sempat mengambil 2 magge in cup dan dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Muhammad teruja mencuba air dari bekas air automatik milik untie ifa. Adik muaz pula bertanya, mana cikgu mama yang garang tu, hehe... mama selalu cakap pagi2, cepatlah adik mama nak ke sekolah juga, nanti cikgu mama marah. Alhamdulillah sepanjang pengajian mama ini, mama diberikan bilik di uitm perda ini. Terima kasih kepada pengarah UiTMPP, PM Zaki kerana bermurah hati memberikan bilik ini. mama suka bilik ini. mama bersyukur, dapat juga mama meletakkan barang2 mama yang banyak tu dan menelaah di sini. Di bilik ini, mama diletakkan bersama dua rakan yang juga sedang melanjutkan pelajaran. Rutin mama sekarang, di samping mama membuat kajian literasi, mama mengikuti 2 kelas di usm untuk memahamkan dan mengukuhkan fundamental mama mengenai electronic materials&photonics dan fabrication. Hampir setiap hari ada kelas di usm. Habis kelas mama bergegas pulang ke uitm perda membaca. Doakan mama dapat siapkan report kajian literasi dan juga menjalankan preliminary simulation nanostructure yang akan mama fabrikasikan sebelum april ini. Insya-ALLAH doakan juga april ini, mama dan muhammad dapat mengikuti tok ayah dan opah ke tanah suci mekah dan madinah untuk menunaikan umrah. mama rindukan mekah dan madinah....Ya ALLAH berkatilah pejalanan menuntut ilmuku ini dan permudahkanlah aku memahami apa yang aku baca dan izinkanlah aku ke tanah suci mekah dan madinah yang penuh barakah.
di sinilah mama menelaah..

"kantin" mama bestlah kata 3 hero

cubicle di "sekolah" mama

inilah store barangan mama

2 comments:

Amalina said...

Moga2 kak alhan dpt pi umrah dgn mama n abah, bolehla tgk2 kan mama abah sekali :D. Ingatkan abg amir pi sekali, kena tinggal la pulak manjalara tu, kak alhan pi dgn muhammad je ye.

alhan said...

aa Insya-ALLAH. akak memang teringin nak pegi umrah dah sejak balik haji jan 2008. kebetulan abah n mama nak pergi, akak boleh ikut. abah mahram akak. abg mir tiada cuti panjang, tak pa dia izinkan akak pergi dulu kali ini. Muhammad akak bawa sebab akak berjanji nak bawa dia tempoh hari bila tak jadi ke Australia. akak kata pada dia "mama akan bawa muhammad ke tempat yang paling best di muka bumi ini , Insya-ALLAh, mekah dan madinah.