Alhamdulillah semalam kami selamat tiba di pulau pinang setelah seminggu bercuti-cuti malaysia.
pagi 24 dis- mama ke fakulti mendaftar sebagai pelajar. separuh hari juga proses mendaftar, kemudian mama berjalan2 di fakulti dan melihat cubicle mama sambil berkenalan dengan rakan2 seperjuangan, ramai dari timur tengah. Mama melihat makmal di bawah, tempat mama melakukan simulasi dan "characterization" semasa penyelidikan MSc dahulu. Memang meninggalkan banyak kenangan. kenangan malam2 mama datang bertemankan abah dan muhammad menyiapkan simulasi, tesis dan memprint. mama akan kembali bekerja di sini di samping fabrikasinya di lab NOR( nano-optoelectronics Research lab). Penyelia mama tiada hari itu. Doakan mama, mama sekarang sama seperti 3 hero dan abah juga, kita pelajar dan moga ALLAH memberkati jalan ini..
Petang 24 dis - kami bertolak ke Gombak. kami di gombak sehingga 28 dis. Kesempatan menziarahi opah dan tok ayah, kami penuhi dengan jalan2 di kotaraya Kuala Lumpur.
25 Dis - paginya tok ayah membawa kami ke kolam renang di selayang. Muhammad suka sangat datang ke sini. Alhamdulillah muhammad sudah pandai berenang, luqman pun nampak sudah ada peningkatan dalam pembelajaran renangnya, cuma adik yang masih2 lagi takut untuk belajar. Petangnya abah mengajak ke Aquaria di KLCC.
3 hero teruja kerana dapat menaiki LRT. Kami ke sana bersama mak lang dan syaza. mama rasa underwaterworld di langkawi lagi menarik dari aquaria ini.
tak besar sangat aquaria ini, nak cerita pun tak dak modal. Rasanya tidak berbaloi untuk harganya.
26 Dis - Alhamdulillah hasrat mama ingin memiliki tafsir Fil-Zhilalil Quran dari Sayyid Qutb dapat mama sempurnakan. Moga mama mendapat manfaat daripadanya. Terima kasih opah kerana menemankan mama ke pustaka mukmin di jalan TAR. Ramai sungguh manusia di sekitar jalan TAR. Jalan TAR memang syurga buat wanita, syurga kain.
27 Dis - pak lang membawa kami ke TESCO di ampang. Katanya terdapat tempat mainan menarik untuk kanak2. Mama mengambil peluang ke Popular berdekatan tempat mainan itu. Hasrat di hati ingin membelikan buku2 aktiviti latihan tahun 4 untuk muhammad. Setelah penat bermain, pak lang membawa kami ke Restoran nasi ayam selebriti Linda On. Sedap nasi ayam dan lauk pauknya.
28 Dis - Kami jalan2 ke Bukit Tinggi. Mama katakan pada muhammad kita akan ke Perancis!!. Sampai saja di sana, kami terus ke taman Jepun di tempat yang paling tinggi. Cantik juga taman jepun dan botanical garden di situ.
mama dan 3 hero di japanese garden
mama sememangnya suka melihat pemandangan semulajadi. Kemudian kami turun ke Colmar. Kita dah sampai di perancis yang panas! Hmm memang cuaca agak panas di sini. kami jalan2 di 'bandar colmar', kemudian melihat2 swan di tasik dan 3 hero bermain sekejap di taman. Kemudian kami turun ke rabbit park. muhammad dan muaz teruja ingin memegang rabbit. namun 3 hero kecewa tidak berpeluang menaiki donkey, ...Bukit tinggi, cantik juga pemandangannya, cuma mungkin kanak2 tidak terhibur sangat kerana cuaca yang panas menyebabkan mereka keletihan dan tiada aktiviti yang menarik sangat untuk kanak2 di sana.
perancis yang panas
29 dis - Kami bertolak ke Swiss Garden Damai Laut. ini kali ketiga kami ke sini. mama dan abah sememangnya suka tempat ini. Walaupun jauh di satu telok di lumut tetapi tempatnya cantik, menenangkan dan 3 hero pun memang suka. swimming poolnya memang cantik. landscapenya , pemandangan hutan, golf resort dan pemandangan pulau pangkor dari situ sangat cantik. abah mengambil package percutian kali ini( harganya Rm1000++) untuk 3 hari 2 malam kami di situ.
pemandangan dari bilik hotel kami
panaromic view di swiss garden resort
sunset taken dari swiss garden
hari kedua kami dibawa ke pusat penetasan penyu. Seronok melihat anak2 penyu berenang sungguh laju, manakala ibu dan bapa penyu perlahan sahaja renangnya. cantik penyu2 di situ.
Adik kata penyu ni macam topi askar(apabila penyu menyembunyikan kepalanya). Kemudian kami ke telok senangin untuk mandi laut. Selepas zohor kami ke pulau pangkor menaiki bot dari swiss garden hotel. Seronok menaiki bot terbuka ini, dapat menikmati pemandangan laut dan luar dengan jelas.
jeti untuk ke pulau pangkor dari swiss garden
inilah bot yang kami naiki ke pulau pangkaor
Setibanya di pangkor, abah menyewa kereta (Rm60) untuk kami jalan2 di pulau ini, melawat kota belanda, batu bersurat, pantai pasir bogak, telok nipah, telok dalam dan pelbagai pantai lagi.
kota belanda
3 hero panjat batu bersurat ni
Cantik sungguh pantai2 di pulau pangkor ini. Air lautnya jernih. Hero2 geram untuk mandi laut di sini pula. Pulau pangkor kecil sahaja, mama rasa tak sampai beberapa jam sudah dapat pusing satu pulau. Cantik pesisir pantainya jika dibandingkan pantai di lumut. mama ingin lagi ke pantai pasir bogak untuk mandi. airnya cantik, pasirnya halus dan putih.
pantai pasir bogak
Teluk dalam
Hari ke tiga, 3 hero mandi lagi di swimming pool hotel. adik berkali2 mengajak kami tinggal lagi di situ. tak payah balik lagi katanya. Alhamdulillah percutian di lumut dan pangkor menyeronokkan 3 hero.
adik yang tak puas2 mandi kolam
Selepas ini, Insya-ALLAH percutian di langkawi pula ya abah, kita ke underwaterworld dan cable car...
mama ingin mengakhiri entri kali ini dengan mengajak kita semua mendoakan saudara2 kita di bumi palestin. Sungguh zalim rejim zionis yahudi ini kepada umat islam palestin. antara pautan cerita tentang palestin boleh di dapati dari sini: