Wednesday, September 24, 2008

muhammad n isterinya

Alhamdulillah dah siap satu paper yg tersangatlah perlahannya mama menulis. Semalam mama dan muhammad berbuka di hotel UiTM. Rakan-rakan mama di silterra dulu mengajak mama untuk bersama mereka berbuka. Adik-adik di silterra ni happy go lucky. Sepanjang setahun mama menjalani latihan industri dahulu di bahagian Device Modeling terhibur mama dengan mereka. Keje memang teruk tetapi mereka sentiasa happy. Ketakutan mama untuk masuk kilang dulu pun hilang bila bersama mereka. Terasa muda bila bersama mereka, hehe...

mama bersama untie faizah, syemy, muhammad , ayu dan hani. mama jadi tokey kerepek pisang semalam.

Semalam muhammad tanya kenapa abah suka dan kahwin dengan mama, hehe....mama kata, muhammad pilah tanya abah, mama pun tak pernah tanya. Lepas tu mulalah mama men"ceramah" pada muhammad, mama dan abah dulu kami tidak pernah dating2 tau. Habis tu macam mana mama dan abah bercinta? Kami beremailan mama kata. Abah tu jika dia nak bagi apa2 pada mama, dia akan letak di surau, kemudian mama akan pergi ambil. Jika kami berselisih di universiti pun kami tak adalah senyum ke apa ke, kami jalan je macam tak kenal, hehe...Muhammad sudah pelik. Muhammad nanti pun jika dah suka pada seseorang kenalah jaga adab yang telah islam letak dalam hubungan lelaki perempuan ini. and lastly muhammad kata muhammad nak cari isteri kuruslah mama, kurus sketlah daripada mama. sempat lagi dia memerli mama dia...antara hero bertiga, muhamamd suka sakat/loyar buruk, luqman laser dengan penuh kejujuran, adik muazlah PR paling bagus, pandai mengambil hati orang(bodek?) , kekdg tiba2 datang sayang pipi mama sambil cakap mama ni comeilah :).

Tuesday, September 23, 2008

mendidik anak dulu dan sekarang

mama tertarik pada artikel tulisan saifulislam berkenaan dengan rumahtangga cara dulu dan sekarang. tersentak membaca, memang kena pada diri, begitulah kita ibubapa kebiasaannya bila anak buat perangai baru di beri "perhatian" bila anak baik kita ambil kesempatan sibuk dgn urusan kita. di situlah salah kita memberi perhatian tidak pd waktunya. Bagus saranan abu saif tu agar kita "seek first to understand than to be understood" di dalam mendidik anak2 ini, disarankan kita belajar memahami anak2 kita dan melihat dari perspektif mereka(see from their point of view). maafkan mama n abah ya, hero2 mama.
mama teringat luqman, luqman ni hero yg agak aggresif n semulajadi suaranya kuat(macam suara ramli sarip tu). Dia jika bercakap memang dengarlah satu kelas tu. tu yg tidak dpt mama bygkan dia di sekolah macam mana, suara kuat dan dia suka bercakap!.memang mama n abah selalu juga tegur minta dia slowkan volume dia. terutamanya apabila dia berckp didlm kereta, abah tgh memandu, betul2 mulut dia tak jauh dari telinga abah, hmm kesian selalu kena marah dgn abah pasal volume high ini. Sebetulnya mama dan abah kena redha pd anugerah semulajadi luqman ini, bukan dia saja2 nak cakap kuat. dan satu lagi mama perasan dia kalut( yg ni memang keturun mama, hehe...). bila dah kalut jadinya selalu "loqlaq"(careless) orang utara kata, hehe...hmmm selalunya bila dia loqlaqlah mama n abah selalu marah. Insya-ALLAH selepas ini mama akan cuba bersabar dengan luqman. Semalam luqman kata dia ada homework membaca. Dimintanya mama bacakan hadis 1-10 dari buku tu. kemudian dia terangkan pd mama, hehe(kelakar siap bg example cara dialah). sebelum ini, dia ada ceritakan pd mama hadis 6 menceritakan tentang...., mama terkejut dan tersenyum, aih takkan tadika belajar hadis dah. rupanya memang betul luqman di sekolah ada belajar hadis. kebanyakan hadis2 ini intipati yg disampaikan menceritakan perihal akhlak yang mulia. Pagi tadi masa nak keluar ke tadika, mama pesan pada luqman belajar kat sekolah jangan main, dia jawab tak mau, nak bawa mainan pi sekolah. Dia kata syurga kat bawah tapak kaki dia!!. adusss memandai dia ubah hadis semalam yg mama bacakan yg mengatakan syurga di bawah telapak kaki ibu(maksudnya kena dengar cakap ibu). Bila puasa masa hujung minggu, jika lapar,dia kata: Kami nak makan ayaq liuq(air liur) dan makan angin! sambil dibuat mulut spt mengunyah. beberapa kali mama suspen, ingat mmg dia tengah makan, rupanya dia mengunyah ayaq liuq. Terutamanya ketika dibuatnya mulut mengunyah selepas membuka peti ais, :).

Thursday, September 18, 2008

berbuka puasa

Alhamdulillah sudah 19 hari kita berpuasa. beberapa kali muhammad bertanya, Bila mama nak period? Dia sudah faham tentang haid. Katanya haid adalah berhadas besar, kena mandi wajib. memang perkara2 hadas besar ini telah dipelajari oleh muhammad di sekolah. mama terkejut juga. tinggi juga silibus mrk sekarang. Alhamdulillah muaz dan luqman makin ok berpuasa. sudah tidak kedengaran ugutan luqman. dia nampak cergas dr pagi sehingga nak berbuka. Teringat rabu lepas mama hantar 3 hero ke surau kelas mengaji, singgah dirumah babysitter sekejap, buka shj tingkap kereta luqman menjerit pd makcik nab, " mama kami tak posa, kami nampak dia minum ayaq masak". aduss hero mama ni. Mama paling suka melihat luqman berbuka puasa. dia memang berselera. Sihat walafiat hero mama sorang ini. gerammm...


luqman kelihatan segar walaupun sudah nak berbuka, adik muaz sudah letih

berbuka di hotel uitm 15 sept 08. h/phone mama menjadi mangsa ketika menuggu

To my qurrata ayun

Dikesempatan ini mama ingin memanjatkan syukur pd ALLAH di atas segala nikmat yg tlh diberikanNYA. Mama bersyukur dikurniakan abah dan 3 hero (penyejuk mata/hati). Mama mohon abah maafkan mama di atas segala salah dan silap mama. Moga abah redha pd mama. Moga ALLAH memberkati rumahtangga kita. 7 September lalu , ulangtahun perkahwinan mama n abah yg ke 11. Teringat mama, muhammad lihat gambar mama ms muda(dibawah), dikomennya...hmm muka tak berubah tapi....size badan tu dah berubah. amboi2 hero mama sorang nih...lepas tu mama sj ckp, mama nak pergi honeymoonlah dengan abah, lama dah mama tak jalan2 berdua dengan abah. Muhammad menyampuk, ok boleh, bawa muhammad sama, muhammad nak merasmikan honeymoon mama tu. tah apa apa tah hero mama sorang ni. To mak ngah, happy belated 32th birthday too( 7 september).

mama kat UK 1997 rasanya

mama n abah 7/9/97

bukit merah with mak ndak

mama just want to share some photos during our trip to bukit merah with mak ndak before ramadan. rasanya this is our 3rd trip to bukit merah this year. Kelihatan 3 hero masih belum bosan ke sini.
3 hero dengan mak ndak di Eco park

Muhammad dengan apa ye...lupa nama binatang ini

our family

adik muaz di hadapan rumah tikur putih besar

naik basikal kayuh tangan, kesian muhammad penat mengayuhnya

mama gayat...

mak ndak n muhammad slide

mak ndak n muhammad showering

3 hero showering

aaaa muhammad kuat

muaz n luqman sliding

muhammad mega slide

kami singgah di uitm utk solat semasa pulang. Subhanallah cantiknya langit ketika itu

Sunday, September 14, 2008

Satu anugerah

mama teringat beberapa bulan yg lalu mama ada terbaca kisah anak kecil istimewa ini di dalam majalah anis. berkali2 mama ingin mengingati namanya, mama masih tak ingat, watiq, wa... apa ya.... weekend semalam mama balik rumah tok, mama menyelongkar majalah dirumah tok dan Alhamdulillah mama jumpa majalah anis itu. Nama anak itu ... atiq wazif. mama teringat pada nurul afiqah, apabila mama membaca cerita tentang atiq wazif ini. mak ngah, tunggu ye, nanti mama poskan buku kembara atiq wazif ini. mama dlm proses membelinya. Anak...anugerah yang sangat istimewa. Di bawah mama sertakan coretan yg mama dapat dr web kembara wazif ini...

Mukadimah Kembara Wazif
March 15, 2008 by kembarawazif
Dengan kata awal Bismillah, saya mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk mencoretkan karya Kembara Atiq Wazif – Satu Anugerah. Inisiatif ini terhasil dari kesedaran bahawa pengalaman hidup tidak akan diperolehi sekiranya kita tidak menempuhi belukar yang beronak dan berduri.
Bila menghadapi ujian dikurniakan anak istimewa, ramai yang cuba lari dari masalah dengan ‘menyembunyikan’ anak mereka…. ini menipu diri sendiri! Tidak seharusnya kita malu memberitahu ada anak istimewa. Ramai orang akan membantu dari segala segi yang mereka mampu.
Berdasarkan pengalaman saya sendiri, terlalu banyak bantuan yang saya terima dari masyarakat sekeliling. Bukan sahaja bantuan material bahkan juga doa, kata-kata semangat, rangsangan, tunjuk ajar, nasihat, dan amalan yang serba berguna. Bantuan yang saya terima bukan hanya dari kalangan adik-beradik, jiran tetangga, dan sahabat-handai malahan dari seluruh pelusuk dunia termasuk dari Portugal, Texas, Washington DC, North Carolina, Kryzystan, dan Negeri China. Pertolongan yang saya terima juga datangnya dari pelbagai lapisan masyarakat dan kaum; yang kaya, yang sederhana, dan dari mereka yang berlainan agama dan keturunan.
Dalam menjalani kehidupan membesarkan anak istimewa seperti Wazif juga, saya menghadapi dan menyelesaikan beberapa insiden yang mendebarkan dan mencemaskan. Pengalaman ini terlalu berharga dan bermakna, maka sewajarnyalah ianya dikongsi dengan seberapa ramai pembaca. Kerana kita semua akan jadi ibu, bapa, dan ahli masyarakat yang bertanggungjawab membentuk nilai-nilai murni di sanubari anak bangsa.
Memang semua orang tidak mahu sakit. Semua orang tidak mahu ke hospital kecuali agaknya para doktor dan kakitangan hospital. Mereka ke hospital kerana mereka dapat bayaran. Yang lain pergi ke hospital kena buat bayaran. Sepanjang menelusuri kembara Wazif, saya telah terdedah dengan prosedur dan proses perjalanan sistem hospital di dalam dan luar negara. Pengalaman ini diharap dapat memberikan panduan kepada pembaca, khususnya yang mempunyai anak istimewa, untuk memperolehi manfaat yang maksimum dalam mendapatkan rawatan yang sewajarnya di hospital untuk anak mereka.
Dalam pada itu, sebagai ibu bapa kita wajib tahu dengan mendalam proses dan tahap perkembangan anak-anak kita. Kita perlu tahu setiap milestone perkembangan anak kita supaya kita boleh bertindak jika anak tidak menunjukkan perkembangan sewajarnya. Kita perlu mengenali dan menjiwai karakter setiap anak kita agar dapat membentuk mereka menjadi cemerlang. Berkesempatan membesarkan Wazif memberikan peluang kepada saya dan isteri untuk lebih mempelajari bagaimana membentuk anak-anak menjadi berjaya.
Apakah asas untuk menjadikan anak kita cemerlang? Adakah dengan berbelanja besar menghantar anak kita ke pusat-pusat tuisyen akan menjanjikan anak kita cemerlang? Bangunan yang tinggi memerlukan landasan yang kukuh supaya tidak runtuh dipukul ribut. Apakah landasan yang kita perlu sediakan untuk menjadikan anak kita cemerlang? Bilakah waktunya untuk menyediakan landasan itu? Kita juga mahu anak-anak kita kukuh jatidiri dan mantap peribadi. Banyak kejadian lumrah yang berlaku yang dimuatkan dalam buku ini yang dapat dikongsi bersama untuk dijadikan panduan.
Perjalanan merentasi benua dalam usaha membesarkan anak istimewa dipenuhi dengan detik-detik yang kritikal dan mencabar. Kami menempuh banyak kepayahan dan kesusahan. Namun akhirnya ianya menjadi sesuatu yang menyeronokkan dan membahagiakan. Kami belajar sesuatu yang baru setiap hari. Kami lebih menghargai anak-anak yang lain. Kami juga lebih menghargai anak orang lain.
Anak istimewa mungkin dilihat sebagai satu beban, namun dari pengalaman kami, banyak hikmah yang diperolehi hingga ia benar-benar dirasakan sebagai satu anugerah! Apakah pernah kita terfikir bahawa anak berumur 8 tahun kepalanya masih berbau wangi macam bayi?
Buku ini juga menyorot kisah kehidupan berumah tangga. Saya menemui rahsia untuk merasai saat manis bulan madu dalam kehidupan setiap hari. Dalam berkongsi pahit getir membesarkan Wazif bersama isteri, saya banyak belajar dari kesilapan dan kealpaan. Sesungguhnya cinta dan kasih sayang perlu disemai, dibaja dan dibentuk. Suami dan isteri perlu komited untuk sama-sama menyemai unsur-unsur ini. Bertepuk sebelah tangan tidak memadai. Dan tidak cukup hanya dengan taburan wang ringgit untuk cinta bersemi.
Mengejar kebendaan tak pernah ada penghujungnya. Memenuhi kehendak Allah SWT memberikan kepuasan dan kebahagiaan yang total.
Kini saya akur, harta bukan sahaja dalam bentuk kebendaan atau wang ringgit. Anak-anak, isteri, dan pengalaman hidup juga adalah harta.Mungkin lebih berharga dari harta kebendaan. Yang penting, apakah harta yang kita miliki itu membawa kebahagiaan kepada kita!
Pernahkah kita semua terfikir bahawa menyaksikan seorang anak kecil mula pandai menggaru kepalanya yang gatal adalah lebih menyeronokkan dari menandatangani kontrak perniagaan bernilai jutaan ringgit? Pernahkah kita terfikir, menyaksikan anak kecil yang mula boleh menghisap minuman menggunakan straw adalah lebih membahagiakan dari melihat bola golf masuk ke lubang hasil pukulan ‘hole-in-one’?
Kembara Atiq Wazif – Satu Anugerah juga membongkar rahsia sebenar kehidupan. Paling minimum lima kali sehari, kalimah Allahuakbar yang membawa maksud ‘Allah itu maha besar’ membuka tirai solat kita. Apakah ada hikmah di sebalik ini? Di awal bicara Fatihah, kalimah Bismillah dibaca. Ar-Rahman, Allah itu maha pemurah. Kemudiannya Ar-Rahim, Allah itu maha mengasihani. Maka sebenarnya dalam kita mencari arah tuju dan panduan kehidupan, kita harus sedar bahawa kita dikelilingi oleh rahsia kebesaran, rahsia dikasihi, dan rahsia disayangi.
Justeru apa jua bentuk dugaan dan cabaran, kita harus terima dengan hati yang terbuka. Kita harus sentiasa bersyukur dan menganggap apa jua yang mendatang adalah satu ANUGERAH. Kita harus belajar untuk menghargai dan berbahagia dengan apa saja yang kita ada walau sekecil mana. Bila kita bersyukur dengan apa yang ada, bukannya irihati dengan apa yang orang lain ada, kita akan dapat lebih banyak lagi kenikmatan dan kesenangan.
Selamat membaca.

Sunday, September 7, 2008

dua hero berpuasa

adik muaz yang sabar berpuasa
3 hero berehat di tepi pantai sebelum berbuka

luqman nampak segar tapi kurang sabar dari adiknya


Alhamdulillah hujung minggu semalam dua hero(luqman( 5thn) n muaz(4thn)) mama berjaya melakukan ibadat puasa pertama mereka. Untuk dua hero ini, mama belikan CD upin n ipin untuk mengalakkan mereka belajar berpuasa. Alhamdulillah memang CD ini banyak mempengaruhi mereka dalam belajar berpuasa ini disamping mama memahamkan mereka. Hari sabtu awal pagi mama bangun awal masakkkan lauk untuk mereka. Menu mereka sahur tu, nasi+lauk ayam+sayur+ ais krim+ susu sebotol. Alhamdulillah mereka nampak bersemangat bangun sahur. memang mereka berdua di layan seperti raja. mama suapkan nasi kepada mereka, bagi mereka makan ais krim secawan dan buat susu sebotol pd mereka. Muhammad menyemburuinya. Dia bertanya : awat mama layan depa macam raja? besok mama layan depa macam permaisuri sudah(maknanya tak yah layan). Awal pagi mereka ok. Dua2 orang bersemangat nak ke kelas membaca(Bacalah anakku) dekat dgn rumah. lepas kelas mrk ajak mama singgah beli coklat dikedai runcit sebelah tu utk berbuka(mama dah risau waktu ni). Lepas tu mrk ajak mama singgah ke taman mainan sekejap. Mama mmg melayan mrk mcm raja. lepas main sekejap, mama ajak balik. Sampai di rumah sudah pukul 12. menonton TV sekejap. muaz tertidur sehinggalah pukul 330 ptg. luqman tak mahu tidur, dia minta laptop mama nak main game(dia sekarang suka main chess, belajar dr muhammad). mama pun benarkanlah untuk menghindari luqman dari teringat akan lapar. Alhamdulillah muaz lebih senang dr luqman. muaz diam dan bersabar dan asyik menyebut buka puasa pukul 7. luqman mencabar juga. ada jg insiden2 dia nak buka sgt2 dah. pukul 4 mama ajak abah bawa mereka keluar jalan2 dan berbuka di luar. kami ke Jaya jusco perda. slps shopping sedikit baju raya, bawa mereka bermain sekejap. slps tu kami mencari restoran yg menarik untuk berbuka. pukul 7 kami ke restoran, waktu ni luqman dan muaz sudah lapar. setiap minit berlalu terasa lama. Alhamdulillah mereka berjaya menghabiskan puasa mrk. Moga ALLAH menerima ibadat insan kerdil dua orang ini.

Muaz, kedua2 hari lps sahur mmg dia tak tidur. ikut abah ke surau solat subuh. hari sabtu tu ms mama tgh melipat kain, dia ada bersama:
mama: puasa dari subuh sampai pukul tu...
muaz: juh
mama: puasa tak boleh ma....
muaz: kan
mama: kalau lapar, ti....
muaz: dur
mama: bila puasa tak mau main go..
muaz: mol gomol
mama: nanti pe...
muaz: perut pecah!!!
mama: haha :) (sebenarnya jawapan mama adalah pe...nat)

Wednesday, September 3, 2008

puasa

Alhamdulillah terasa seronok memasuki ramadan ini. Azam mama moga ramadan kali ini mama mampu khatam membaca Al quran dan terjemahannya. Mama selalu teringat di mekah dan madinah dahulu, dlm ms 1/2 jam atau 45 min mama dpt membaca 1 juz. Alhamdulillah ms ke haji tempoh hari mama dpt khatam 4 1/2 kali. Nikmat membaca ayat2 suci ALLAH tidak dpt nak digambarkan. Ya ALLAh mampukanlah mama Mama teringat insiden di mekah dahulu, mama kena ulcer di dalam mulut, ketika itu terasa sedih sgt, setiap saat berdoa pd ALLAH agar disembuhkan segera ulcer itu agar mama dpt membaca Al-Quran dgn lancarnya. mama ke klinik mengambil ubat, doktor menulis nama ubat ini pd satu kertas kecil, katanya Insya-ALLAH ok utk sembuhkan ulcer tetapi di klinik tabung haji tiada bekalan ubat ini. mama pun simpan keratan kecil kertas itu tanpa membaca nama ubat itu. satu hari tu mama terasa sakit sgt2 ulcer tu, abah terus ke farmasi mencarikan ubat utk mama tanpa mengetahui nama ubat yg doktor tuliskan itu. Mama amat terkejut apabila abah balik membawakan ubat(Kenalog in orabase) yg sebiji mcm yg tertulis di kertas oleh doktor itu. Alhamdulillah slps sehari mama guna ubat itu, ulcer mama pulih. ALLAH MAHA PENYAYANG, ALLAH MAHA MENDENGAR.
Tahun ini mama merancang untuk mula mengajar luqman n muaz berpuasa. Target mama hanya ingin mengajak mereka berpuasa di hujung minggu. mama rasa susah juga luqman ini berbanding abang muhammad dahulu. Muhammad dahulu senang sikit nak di ajarnya. 5 tahun dia sudah mula berpuasa wpun tidak cukup 30 hari. Mama nak lihat hujung minggu nanti macam mana. teringat beberapa hari sebelum ini muhammad tanyakan mama, " mama , k.ngah(anak jiran) dia kena penyakit pirate, mama tahu tak penyakit tu macam mana?". Ntah tak pernah dengar pun. pirate tu bunyi macam lanun je, ke pirate cetak rompak. hat tu jelah yg mama tahu, ke dia kena penyakit meniru. pagi tadi mama tanya dia, ija(adik pd k.ngah) puasa tak? Dia puasa, cuma k.ngah tak puasa, dia kena penyakit pirate. kesian kat dia mama. :) He he mama tersengih, la rupanya k.ngah tu kena penyakit period!!! hish muhammad ni silap dengar kot. Lepas tu mulalah dia tanya mama kenapa ALLAH bagi keistimewaan pd org perempuan dgn penyakit period tu sebulan sekali.
satu malam mama tgh terawih, dua hero(luqman n muaz) ada bersama. Semasa sujud terakhir tu mama sujud lama, berdoa pd ALLAH. tiba2 terdengar dua hero datang hampir kepada mama. " mama kita mati ka? dia tak bangun2 lagi ni. kita angkat lah kepala mama" :) aduss mama tak kusyuk dah waktu tu terus bangun dari sujud. " ha mama kita tak mati lagi, dia hidup :)."