antara rahsia/syarat pengamal perubatan islam:
1.Beragama islam
2.Berilmu
3. yakin segala penyakit ada ubatnya dan ALLAH berkuasa berikan kesembuhan[ayat 82,al-isra]
4. hadis nabi SAW yg bermaksud: "hendaklah kamu menggunakan 2 penawar: madu lebah dan Al-QURAN"
5.kena berniat bila merawat
6. ikhlas, jgn ada riak
7.Redha, penyembuhan adalah hak mutlak ALLAH
8.Nafas, kekuatan dlmn perawat
9. aspek rohani: nur akan berperanan apabila berlakunya doa yg ikhlas dr perawat
10. personaliti &perwatakan perawat: akhlak mulia & islam yg mukmin
11. Tawakkal
sesungguhnya byk dr kejadian ALLAH di muka bumi ini adalah penawar kpd penyakit. td ustaz bg cth pokok betik, dari daunnya sehingga akarnya ada gunanya sbg penawar:
daunnya - kencing manis, darah tinggi, kolestrol
bunga - gastrik, keputihan, senggugut
akar - luka dalaman & buasir
kemudian di sesi kedua membincangkan tentang sihir dan makhluk halus. sihir dlm masyarakat melayu, jenis sihir, peralatan pemujaan dan akhirnya sihir adalah dosa besar seperti disebut ALLAH SWT di dalam ayat 6 surah Al-Jin dan juga rasulullah SAW bersabda: Jauhilah 7 perkara yg membinasakan, sahabat bertanya: apakah dia wahai rasulullah, rasulullah menjawab: syirik kepada ALLAH, sihir, membunuh manusia yg diharamkan ALLAH tanpa hak, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari drpd medan pertempuran dan menuduh perempuan baik berzina."
Disebelah ptg diadakan bicara ilmu, 2 panel dari perubatan islam darussyifa dan darussalam dan seorg doktor perubatan moden(Dr Jamnul Azhar). Alhamdulillah menarik sesi petang ini. Antara yg dibincangkan:
1. Dr Jamnul mengatakan sistem perubatan moden sbnrnya asanya adalah perubatan islam. katanya dlm Al-Quran, ayat asar(madu lebah/campuran) sebenarnya ubatan moden jg adalah hasil campuran2 bhn2. Alangkah cantiknya jika doktor2 kita memahami Al-Quran dan Islam. Di akhir rawatan sepatutnya doktor patut menyebut: bahawa kesembuhan adalah dr ALLAH. Berdoa dan makanlah ubat sebaiknya. Doktor kena mendoakan kesembuhan pesakitnya.
kemudian ada pertanyaan dr peserta kenapa perubatan islam menggunakan air mineral/air tak masak. kerana air yg di masak hilang zat2nya dan melalui pengalaman kurang mujarab. telah berlaku perubahan pd molekul air. Diceritakan juga pengakuan pakar sains dr Jepun bahawa air zam2 adalah air yg terbaik. dan ustaz jg menceritakan perihal forum di mana ketua2 pelbagai agama di undang dan dimohon berdoa/jampi pd air yg disediakan. maka air yg di doakan oleh ustaz(dibacakan Al-Fatihah) adalah air yg terbaik melihatkan pd molekul airnya yg berkilauan seperti mahkota. kemudian isu histeria, penyakit schizoprenia, tanda kena sihir, kaitan magnet dgn perubatan & isu gatal.
Byk lagi, serba sedikit itu sjlah yg dpt mama kongsikan di sini. Wallahualam
3 comments:
tahniah to mak ndak wani kerana telah berjaya menjadi doktor. lps ni boleh dpt consultation free of charge dr mak ndak. mama doakan mak ndak dpt menjadi doktor yang bagus dan mengamalkan prinsip2 islam dan meletakkan bahawa penyembuhan adalah hak mutlak ALLAH.
terima kasih mama.iA,doakan makndak..masih jauh lagi perjalanan makndak,ni kira baru lepas 1st stage.bak kata lecturer makndak,exam yang sebenar untuk seorang doktor adalah bila bekerja nanti..menghitung hari nak balik malaysia ni,x sabaq nak jumpa hero bertiga:)
Tahniah Dr. Wani. Kerja kat mana nanti? Nak tompang consultation free gak, eheh.
Post a Comment