tadi tengahari mama keluar lunch dengan untie rin dan ila. kami makan di cafe pusat urus zakat. mama suka minum apple kasturi kat situ sedap. dalam perjalanan untie rin menceritakan perihal anak2 dia, shireen n faris(10 n 8 tahun). Mereka sudah pandai ke kedai yg jauh sendiri. bibik larang pun tak mahu dengar katanya. untie rin seakan ingin memarahi tukang kedai :). balik sekolah anak nak ke kedai, balik mengaji nak ke kedai. Kedai kelihatan mempunyai tarikan yg kuat pd anak2 ini. sebagai ibu pastinya untie rin amat risau. terutama di zaman sekarang ini yang keselamatan di sekeliling sudah tidak dpt di jamin. mama memikirkan apakah kaedahnya yang patut ibu2 lakukan jika anak2 berdegil tidak mendengar nasihat. Keadaan berlaku di luar pantauan ibubapa. ibubapa ke tempat kerja. Jika mama di tempat untie rin, mama hanya mampu menasihat dan terus menasihat dan berdoa pada ALLAH moga melindungi anak2 mama. Moga ALLAH melindungi untie rin dan anak2nya.
ALhamdulillah teringat di rumah abah ada ajarkan doa melindungi diri pada 3 hero. kekdg kedengaran adik muaz membacanya. Mama harapkan hero2 mama mengamalkannya. hero2 mama juga mencabar didlm mendidiknya. terutamanya luqman. dia terlalu berani. Pagi tadi mama jumpa ustazah zah yg bawa van dan mengambil luqman dari sekolah. semester ni mama tak dpt nak lari mengambil luqman slps sekolah pukul 1230 thr. mama ada kelas. jadinya mama minta van ustazah ambilkan luqman. pagi mama hantar luqman. mama kalau boleh biarlah mama yang hantar dan ambil hero2 dr sekolah ke rumah pengasuh. baru hati mama rasa lega. di samping lega keselamatan mrk, dpt jg bersembang wpun sekejap menanyakan aktiviti mrk di sekolah. tadi ustazah cerita ada satu hari tu, luqman kata dia tak mahu balik dgn van ustazah, dia nak balik dgn van cik jat. dia nak beli coklat(van cik jat belum sampai ketika itu). Dia kata" tak pa nanti luqman habaq kat cik jat suruh hantar luqman kat rumah mak(panggilan pd pengasuhnya)". Ustazah pujuk2 minta dia balik, dia bg pula cdgn ajak ustazah bawa dia pergi ke kedai runcit dekat rumah, adusss hero mama seorang ni. abah selalu cakap pd mama tak payahlah bg duit pd luqman. mama bagi sbb attraction pd van cit jat tulah. jika mama tak bagi, luqman akan minta pd kawannya. mama selalu pesan pd luqman sayangilah gigi luqman. luqman beli roti telur tak apa kat cik jat tu, mama tak marah. inilah cabaran mama dgn luqman yang berani ni. abang yong ok dah sbb dia dah besar.
5 comments:
itulah, skrg ni mcm2 kejadian, tok ayah n opah pun selalu pesan berdoa. mak ngah juga doa hero2 dilindungi. teringat kejadian luqman dibawa lari bibik. ish serik.
Risau skrg ni Alhan, mcm2 perkara yg tidak diingini boleh berlaku. Yg lelaki satu hal, perempuan hal lain.
tula. akak pun risau. nak kawal 24 jam tak boleh. mmg tawakkal dan berdoa moga mrk dilindungi. Mana boleh pantau dipantau. lagi satu budak sekarang berani. mrk tidak sedar bahaya disekeliling mrk. dahulu berani pun sekelilingnya masih selamat.
tulah k.ila, anak sy lelaki berani pula yg menyebabkan sy risau.
Alhan,
nak tny...luqman dah pandai ke kenal duit?dia dah pandai beli2..then bila baki tu dia dah tau ke berapa dia kena terima balik?Alya ni sy risau tahun depan dah nak sekolah..duit 10sen, 20sen, 50sen, seringgit...dia tak kenal lagi...value dia masih dia tak paham...mcm mana yer?Muhammad dulu masa darjah satu dah tau ke?nak membeli kat kantin tu yg sy risau nanti...
since luqman suka membeli pd cik jat tu. dia agak kenal juga duit esp sy selalu bg duit 50sen. tapi tak dalah mahir lg. bab kenal duit ni ,Insya-ALLAh kejap sj depa belajar. muhammad dulu pun mcm luqman juga. nway first day ke sekolah even seminggu pertama tu mmg sy pergi ke sekolah waktu rehat utk monitor n ajar dia apa patut beli. lepas2 tu bila depa dah pandai, mulalah nak minta lebih. nak beli itu ini. satu lg suka compare dgn kwn. ada kwn bawa byk dr dia. if noni nak start ajar dr sekarang pun boleh. yg penting nak ajar depa beli benda yg sihat. ni bab yg susah ni.
Post a Comment