Tuesday, July 15, 2008

hujung minggu

12 Julai semalam mama organize career talk: how to secure and win in an interview untuk pelajar tahun akhir diploma dan degree dari fakulti kejuruteraan elektrik dari pukul 9-12 t/hr. Alhamdulillah walaupun notis agak singkat di pamerkan kehadiran pelajar amat mengalakkan. dan mama bersyukur dari maklumbalas yang diberikan pelajar mereka inginkan agar program ini dibuat untuk j/waktu yg agak lama dan mereka ingin penjelasan lanjut tentang career marketing system. Terima kasih kepada uncle yusuf kerana sudi berkongsi ilmu ttg proses pencarian kerja ini. Mama bawa bersama hero berdua kerana hari cuti. abah pun turut bersama di dalam program ini. Yang pastinya luqmanlah participant yg paling active pd hr itu. Setiap soalan penceramah dia yg jawabkan, cthnya penceramah tanya: are you clear or not? dgn suaranya yg kuat dijeritnya CLEAR!!!. lepas tu kejap2 dia menjawab YES!!!. Sebelum berakhir program ini mama menjemput en asri utk memberikan cenderahati kepada penceramah. Dengan kuatnya luqman tepuk tangan sambil mengucapkan TAHNIAH!!! dengan kuatnya. Moga hero2 mama juga nebdapat manfaat dari program ini, hehe...
Petang sabtu tu mama ke hotel equotorial jumpa kawan mama, untie na. Lama sungguh mama tak jumpa untie na ni. rasanya dah hampir 10 tahun slps abis belajar dulu.seronok bersembang dgn untie na. yg tak syoknya hero 3 orang tak boleh dok diam dan tak abis2 nak pergi kolam.

mama dan untie na

Ahad lepas subuh kami keluar berjogging ke mengkuang dam. Minggu lepas kami berjogging muhammad n luqman insist nak pakai kasut tok ayah mrk beli yg ada roda tu. mama ckp tak payahlah sbb kasut tu x sesuai utk jogging dan berat. at last kerana degil mrk pakai jg dan hari tu turn out to be mama jog lagi laju dr depa berdua, hehe...
depa asyik tarik tgn baju mama tak bg mama jalan laju. ahad semalam mrk pakai selipar sj and its turn out to be depa lg laju dr mama. mama di tinggalkan dibelakang jalan sorg2 :(.
mengkuang dam selepas subuh
hero bertiga membaling roti pada ikan di tasik mengkuang
ikan-ikan menikmati roti yang dibaling

petang ahad luqman main bola di halaman mini rumah

pokok mama tanam di halaman mini depan rumah

6 comments:

Amalina said...

sape uncle yusuf tu k alhan?

amboi luqman... mak ngah harap luqman terus berani gitu dlm kelas bila sekolah nnt.

seronok rumah ada laman. kecik pun jadila. rumah kami dok skrg ni ada lama gak, ground floor. dok teringat nak menanam jugak, tapi prof amal kata skrg bukan musim menanam lagi, tk byk jenis pokok boleh tanam. masuk fall nnt baru best menanam dia kata. dua2 prof ina berkebun sayur. svisor pertama tu lagila, buat sawah bendang lagi, keje kat U, keje utk negeri, hebat betul dia. idola ina,:D.

abu muhammad said...

Uncle yusoff tu kawan amir, dia byk experience bab interview ni sebab jadi manager kat agilent. So la ni dia ada side business, buat consultation on career. suruh la UM panggil dia.

Amalina said...

ooo, nnt boleh ina panggil dia buat career talk utk student ina:D. Camne byran dia?

wamalina said...

Alhan, glad we met.. plus dpt jumpa 3 handsome heroes secara live. Buku dah selamat diserahkan pd Lin.. ada hikmahnya Lin beli buku Travelog Haji, dpt jumpa both beloved friends.. :-) Alhan, bila2 turun Shah Alam, dtglah rumah & Lin (if u happen to read this), thanks a lot dtg rumah last weekend.. sampai skrg dok teringat kat Hanz yg pandai cakap.. Btw, adik ipar Alhan sama nama la dgn saya.. :-)

Unknown said...

wah,dh lawa dh laman mini dpn umah mama:)tahniah,hehe..
blog3hero ni dah jadi favourite mkndak tiap kali buka internet.tika makndak penat study,makndak buka blog ni,n biasanya kepenatan tu hilang bila baca gelagat2 hero2,bila makndak boring pun,blog nilh yang banyak mengisi masa lapang makndak.yang pasti memang selalu tersenyum,kadang2 gelak or tersengih or geleng kepala sorang2 kat sini,hehe.to mama,thanx kerna rajin mengupdate blog,makndak rasa seronok mengikuti perkembangan 3hero n mama jugak dari jauh..
lagi 3 hari makndak nak tinggalkan bumi Nizhny Novgorod(hero2 panggil novgorod ja kn?:)
jumpa di malaysia!~:)

alhan said...

akak hr tu tak tanya en yusuf tu byrnnya berapa. akak semak dgn pengurusan sini bayaran diberikan RM100/hour. cuma utk yg kepakaran lagi tinggi mungkin boleh mahal lagi. luqman terlebih berani, kekdg risau mcm mana di sek rendah nanti. satu lg suara dia mmg kuat(suara ramli sarip).
Okes nanti sy start phD akan selalu turun Kl/shah alam. Insya-ALLAH nanti sy ke rumah na. sorry na hr tu tak sempat nak bw na ke rumah. nanti bebila mai penang jemputlah kerumah saya.
pokok daun kunyit yg subur naik tu ditanam oleh tok ayah. akak suka pokok tu, tak yah siram pun dia hidup. la ni naik mcm sekuntum bunga ros kat pokok tu. bagus prof ina tu. seronok berbudi pd tanah.Insya-ALLAh mama akan cuba update cite2 hero2 mama ni buat kenangan mama. okes. jumpa mak ndak tak beberapa hr lagi.sure man ndak sedih nak tinggalkan novgorod, 6 thn bermukim di sana