Monday, July 28, 2008

perkahwinan

Jumaat semalam kami sekeluarga bergegas pulang ke alor setar selepas solat jumaat. Pak njang faiz akan mengakhiri zaman bujangnya selepas solat asar. Abg yong cakap tinggal 3 org lagi bujang lapok(mak ndak, pak teh n pak usu). Alhamdulillah dgn sekali lafaz selamatlah pak njang n mak njang aini memasuki dunia baru mereka sbg suami isteri. di doakan moga mereka berbahagia dan diberkati rumah tangganya. ni skrip abg yong dlm kad kahwin yg diberikan pd pengantin: "tahniah pd pak njang dan maknjang kerana telah selamat berkahwin. Berdoalah pada Tuhan untuk mendapat anak yang baik, soleh dan solehah." lepas tu dia lukis gambar perempuan n lelaki pegang tgn, hehe...abg yong ni jiwang juga orang nya. dia sgt meminati cerita melayu, cerita cinta, hantu,. hairan bin ajaib. abah dia mmg selalu kutuk cerita melayu, mama dia pula tak suka nonton TV. dia ikut sape yek..

Dalam perjalanan balik slps nikah dan makan di rumah pengantin perempuan, adik muaz di dalam kereta bertanya:

muaz: bila adik besaq mcm pak njang adik boleh kahwin juga kan?
mama : boleh
muaz: kalau camtu adik nak kahwin dgn isteri pak njang.
mama: mana boleh. pak njang dah kahwin dgn dia
muaz: adik tak kira, adik nak kahwin jg dgn isteri pak njang sbb dia lawa.

sabtu kenduri di rumah mak njang aini. cuaca mendung dari pagi. Alhamdulillah ketibaaan rombongan kami hujan belum turun, cuma tgh mkn hujan turun dgn lebatnya. hujan rahmat. Alhamdulillah hero2 mama ok. cuma biasalah bila masuk dlm rumah pengantin, sibuk nak bergusti. sekrg mama rasa relax, hero2 mama dah besar. semua dah pandai bw diri, semua dah diuruskan sendiri, mandi, pakai n berak. mama tak susah dah. kesian mama tengok mak lang najwa dan ayong wahida dgn anak2 kecil yg bila keletihan mulalah meragam. moga mereka bersabar dlm fasa2 anak2 membesar dgn pelbagai kerenah ini.
Ahad kenduri di rumah tok pula. Alhamdulillah cuaca elok. mendung tetapi tidak hujan. Ramai juga jemputan yg hadir. mama pun kepenatan kejap di luar kejap di dalam. hero2 mama mula2 tu bersemangat nak bawa bakul nak berikan cenderahati gula2 kepada tetamu. aduss pening mama, abis berterabur kotak gula2 yg di kendung adik muaz. hero2 ni jg yg tlgmembungkuskan gula2 sambil pau gula2 ni utk mrk. hr jumaat tu mama lihat kembong poket seluar luqman, rupanya dia pau gula2 simpan dlm kedua2 poket seluar dia. semalam dia bwkan gula2 yang lebih ke tadika dia. dia cerita dia kata: "jual2 coklat, sapa nak beli" . mama tanyalah berapa dia dapat, dia kata dapat sampah. kwn2 dia x bayaq. depa ambil free, hehe....

lastly tahniah to pak njang n terima kasih pd kakak2(me, najwa, k.chaq n wani) yg x kreatif langsung, hehe .. for the beutiful pelamin n bilik pengantin. a very simple one n yet beutiful...

okes, next is mak nadak wani this coming december, Insya-ALLAH...

pak njang masih bujang

pak njang kusyuk mendengar khutbah nikah

mak njang tersenyum bahagia di luar masjid

bergambar ramai2 di rumah mak njang

tok n wan mengapit pengantin

mama, abah n hero ber3 bersama pengantin

kakak2 n pengantin

mama n anak2 sedara

ayong n puteri2nya

pengantin tua

bilik pengantin nukilan k.chaq n mak ndak

hero sulung mama yang suka perasan hensem

6 comments:

Lin Selection Cupcakes said...

Tahniah untuk pengantin dan keluarga...kita rajin singgah sini nak usha alhan layan 3 hero..saya punya hero2 belom besaq lagi...kalau nak berkenalan leh gi sini http://azlinda3776.fotopages.com/

Unknown said...

kita adikberadik mmg x kreatif,hehe.xpalh,oklh tu,simple yet beautiful pd kacamata kita..
ya,terimakasih makndak ucapkan pada hero bertiga tlg mkndak buh cokelat dlm kotak n tlg bagi kt tetamu.wpun depa2 ni semangat sat ja,x sampai setengah jam,dah lari..

Amalina said...

cantik pe setting u all buat. simple n so nice. org kata tak mengada2, hihi.
dah sebaya hero bertiga, pakai tshirt serupa je semua.

alhan said...

okes, lin nanti sy linkkan kat blog sy. sennag nak visit. sy mmg suka visit blog.
hehe biasalah depa smangat kejap ja. tula heran betul dlm 4 org prmpn ni sorg pun x kreatif.kaku je ideanya. at least belah abg mir, opah kreatif. mak ngah pun kreatif jg kot.
sj akak bg depa pakai baju serupa ms kenduri/bila ramai org, senang nak cari hero2 ni. depa bukan boleh dok diam brg sesaat. raya nanti pun akak nak cuba cr baju samalah. hero ni cepat besar. seluar2 semua dah singkat. pening akak. abah depa je yg jrg perasan bab ni.

MOHAMMAD said...

wah2..bestnya.. ruginya x balik.. dhla abg ja satu2nya, abg yi.. xpala,ujung taun ni kak wani,insyaALLAH yi ada.

Amalina said...

oh tidaak, mak ngah juga tidak kreatif langsung.