aduss masa berlalu terlalu cepat. dah lebih 1/2 tahun. minggu ini semster jul-nov 08 bermula. hmm kelas mama semester ini tak berapa cantik. bila mama fikir2 cantik jg sebenarnya. isnin awal pg pukul 8-10 mama ada kelas. nampak dlm jadual semua hari ada kelas/makmal. dah tu byk pula kelas yg mulanya petang dan habis pukul 7. Alhamdulillah wpun nampak kasarnya tidak menarik tapi menarik. pelajar mama hanya 9 org semuanya. satu kelas tu hanya 3 org shj dan satu lg subjek pula hanya 6 org pelajarnya. mama nampak kesannya nanti bila tiba masa marking, Insya-ALLAH ringan sikit bebannya. Apa2 pun mama enjoy mengajar. minggu ini mama teramatlah sibuknya. Dengan tugasan membuat soalan peperiksaan 3 set, nak mengajarnya, nak siapkan spec pemberian barang penyelidikan, nak siapkan paper utk conference. Ya ALLAH rs spt tak mampu nak siapkan semuanya. Moga ALLAH membantu.
Sudah 2 minggu luqman dan muaz belajar mengaji dgn ustaz. Alhamdulillah hero berdua nampak gembira. Mama sangat berterima kasih pd "mak" dan "ayah" (babysitter 2 hero) yang sanggup bersusah payah menghantar dan mengambil 2 hero mengaji pd sebelah ptg. Sekarang ini disamping ke surau mengaji dgn ustaz, hero berdua mengaji dgn abah selepas subuh. Mama perhatikan bagus jg abah mengajar di waktu subuh ini. nampak ada konsentrasi lebih sikit dr dua hero walaupun luqman selalu sebek je bila kena tegur kuat dgn abah. jika di waktu malam hero2 ini seperti teruja utk bergomol-gomolan. jadi kebiasaannya konsentrasi mereka agak kurang dan mama dan abah pun mulalah nak naik marahnya. satu lagi mama perhatikan hero berdua ni suka sgt menyanyi terutamanya si luqman. oleh itu bila sj mereka menyanyi abah denda suruh membaca iqra :) hehe..di rumah pengasuh mereka memang suka sgt menyanyi, angah, anak remaja mak suka menyanyi. sebab tu mereka suka menyanyi agaknya kerana di rumah mmg tak pernah mama buka radio. lagi satu abah pun mama rasa suka menyayi/mendengar radio juga mama rasa...hmm oleh itu kemana tumpahnya kuah kalau tidak...hmm hanya mama yang kurang suka pd bunyi bunyian ...
4 comments:
cewaah, abah denda hero menyanyi ke... mak ngah belajar dgn heavy metal dari keset abah hero le, zaman sekolah dulu, hihi. mmg kuah akan tumpah juga, hihi. tapi bagusla dari kecik mama n abah hero didik yg baik2.
to mama hero, moga dipermudahkan urusan. selamat mula mengajar.
tula zaman dedulu abah hero peminat heavy metal ye.mesti abah hero sembunyikan kaset2 tu dr opahkan. la ni dah tak ada kaset2 tu. mmg kuah tu tumpah jg ke nasinya. tima kasih mak ngah ina. tgh mengumpul kekuatan nak mengajar n handle kerja2 lain.
nyanyi tu ok.cewah.pro nampak. syaza pun kuat nyanyi jgk.tiba2 kuar lagu pop,lagu indon.terkejut jgk.mama dia n tokyah pun suka nyanyi- nursery rhime bg kat tokyah, old mcdonald, twinkle2 little star.. tp selit2 lagu nasyid skit..mula2 nyanyi dah besar skit bley paham la kot makna nasyid tu..harapan..
baguihla boleh ajar lagu nasyid jugak. akak tak tau lagu nasyid, dok nyanyi lagu budak2 je...
Post a Comment