Thursday, July 31, 2008

abg yong

mama teringat semalam semasa mama tengah memasak(kupas bawang), abg yong datang pada mama.
abg yong: awat mata kita menangis bila kupas bawang? adakah kita teringat pd arwah tok kita ke, opah kita ke, mak kita ke????
mama: abg yong g tanya cikgu sainslah kat sekolah. mama tak tahu. bukan kita sedih, ada benda dirembeskan oleh bawang nih yg menyebabkan mata pedih n menangis, hehe...( mama teka je nih, mak ngah tahu kot sbb org dlm bidg kimia)
kat rumah dan juga sekolah abg yong sgt tak suka pada seorg budak perempuan ni, namanya kamilia. kamilia ni suka memanggil abg yong dgn panggilan yg dia tidak suka. antaranya orang cina, orang jepun, botak dan yang terbaru madu tiga(pelik bin ajaib). sehinggakan abg yong minta mama tukarkan tempat mengaji dia sbb tak mahu sekali dgn budak perempuan ni. mama selalu tersengih je bila abg yong balik menceritakan perihal kamilia mengata pd dia ni. mama pesan pd abg yong, lain kali bila kamilia mengata, abg yong ckp Alhamdulillah sjlah. diam tak payah balas. sekali tu abah mencadangkan, lain kali bila kamilia mengata, cakaplah kat dia" awat hang suka kat aku ke!!!" abg yong terus cakap, eeee tak sanggup nak ckp mcm tu, hehe....teringat mama di zaman sekolah dulu mama juga tak lari dari perkara mcm ni. mama dulu mangsa usikan budak2 lelaki nakal di dalam bas sekolah. selalu panggil mama, alahan, arahan, ikan pirana sekolah mat cirit(sekolah mama dulu, Sek keb mohd shariff). Mama tahu mrk suka nak tengok response mama bila mama dipanggil begitu. most of the time mama diam sj n lastly mama tak naik bas dah. jalan kaki sj.
pagi tadi sebelum keluar pergi keje, mama suruh luqman ambil ketayap dan pakai. luqman tak mahu pakai. mama pun pegilah dekat dia dan doa2 n hembus kat kepala dia. masih dgn muka dan mulut chongnya. mama katalah apalah ada dlm badan luqman ni, mama doa pun tak mahu dengar cakap mama. terus adik muaz kat sebelah meyampuk, ada syaitan dalam badan luqman!!. aduss vocabulary hero2 mama ni dashyat juga. macam orang tua.

4 comments:

Amalina said...

amboi abg yong kena usik dgn budak pompuan, tersenyum mak ngah kat sini. baik betul abg yong mengadu kat mama. heheh, mak ngah dulu pun ada nickname mcm2, mamalia lah, kangaroo lah, satu lagi pcik mak ngah yg sebaya suka panggil ina buah kana.
tergelak besar baca adik muaz ckp dlm bdn abg dia ada setan. Hai... hero2 ni nnt lwn ckp dgn adik syaza ni mesti lwk punya. adik syaza pun dah mula ckp mcm2.

bomam said...

salam cik al,
thanks lawat saya punya fotopages..
saya suka baca kisah 3 hero awak..
teringin nak dapat anak lelaki mcm anak awak...

saya dapat bayangkan mamanya yang lembut nak layan kerenah 3 hero...mesti hidup awak selalu ceria...

saya dah upload gambar terbaru kat fotopages tu..bila senang blh la lawat...

alhan said...

hehe boleh ke k.emi tahan dgn kerenah hero2 mcm ni.Saya doakan akak mendpt hero2 n heroin yg soleh n solehah dan menceriakan akak n hubby. aduss sy tiap hr kena berdepan dgn gelagat 3 hero ni. kena pandai manage pening. satu hr tak bergomol tak sah. di mana jua, dlm rumah, dlm kereta etc. dlm pening mmg ceria sebenarnya. esp dialog diorg mmg mcm org tua. tu yg kelakar tu.
okes nanti sy lawat fotopages akak. sy suka tengok gambar pemandangan lawa dan hijau di overc. seminggu ni di msia jerebu.nampak kelabu je, x nampak bukit hijau. sy mesti teringat di UK or di germany yg sy pi dulu. bersih. Jepun pun bersihkan ina.
di mekah/madinah wpun x bersih sgt. tapi dpt ketenangan yg tak dpt di tempat lain.bumi yg barakah.

Unknown said...

ada sorg bdk laki kt skolah rendah dulu suka panggil makndak pinochio!