Friday, May 23, 2008

Jangkahayat mainan 3 heroku...

Sabtu 17 May, pi jogging kat Mengkuang Dam, opah call bagitau sepupu tokyah kahwin hari tu. On the way balik jogging, dapat tau kak Mardiah (isteri abg Li - sepupu opah?) dah bersalin, so kami janji nak ziarah hari ahad. Tengaharinya kami pun bergegas balik ke Changkat Jering, pi kenduri sepupu tokyah - Pak Long Ka'ie, anak arwah tok cik Win; saja tulis ni supaya abg amir tak lupa nasab adik-beradik :). Sepupu tokyah ni muda sikit je dari tokyah, kematian isteri lama dah. Mulanya ingatkan nak pi beli buku cerita kat Muhammad di Queensbay Mall, lama dah dia dok minta. So terpaksa la tangguh keesokkan harinya. Balik dari Changkat Jering petang, singgah Sunway Carnival (shopping complex lagi...) kak alhan nak beli CD, anak2 dah lapar, semua mengamuk sebab mama tak mau makan kat Sunway Carnival. Abg amir pun dah letih tak tau nak makan mana lagi, singgah je la KFC - patutnya kena boikot KFC ni, company US tapi abg amir pun kerja company US gak???
Hari ahad pagi, kak alhan pi ofis, kami tunggu kat rumah. Tak sabar nak pi Queensbay Mall, pi makan kat sana then pi kedai buku. Dalam dok lepak kat rumah, tiba-tiba abg Li call, ajak lunch kat rumah dia. Abg amir dah lupa, semalam punya janji nak ziarah abg Li. Mujur abg Li call peringat. Kami bawa hamper sikit untuk baby, lama dah tak jengok abg Li. Abg Li ni memang friendly betul orang dia, macam tok tam. Lepas lunch, kami pun bertolak ke Queensbay, janji punya lama kat Muhammad. Abg amir tak suka nak janji apa2 pada anak2, takut tak tertunai, kesian kat depa. Memang lama sungguh muhammad nak beli buku cerita, dari sebelum kami pi kelantan lagi.
Sampai kat Queensbay,adik Muaz asyik suruh abg amir dukung dia, alasan biasa dia, 'tak larat'. Masuk dalam kedai buku, dalam dok cari2 buku, adik Muaz complain sakit perut. Bengang jugak la abg amir, Queensbay tu punya la besar, jenuh nak cari tandas. Nak tak nak, kena bawa juga dia - no way nak suruh dia tahan kat dalam kedai tu. Buatnya dia lepas jugak, hai... Mujur tandas tak jauh dari kedai buku. Selesai hajat dia, adik Muaz siap menari2 (actually gedik2 je) kat dalam tandas.
Lama jugaklah kami dok dalam kedai buku, nak pilih buku yang sesuai, tapi muhammad tak berkenan buku cerita yg ada, last-last angkut 'activity book' katun transformers. Luqman satu buku, adik satu buku. Lepas tu depa minta satu buku yg ada assembly kit kereta lumba, mahal jugak, rm25, OKlah sekali-sekala. Balik rumah abg amir jugak yg kena pasang kereta mainan tu, rupanya kompleks juga nak pasang, siap ada motor berbateri kena pasang - yg nak bagi kereta berjalan.
yang lawaknya, hari ahad kereta mainan tu berwajah kereta lah. hari isnin (esoknya), jadi alat 'gunting rambut', tak ada lagi rupa kereta lumba. Kreatif jugak depa ni, agaknya masa dok main tu, kereta tu pecah, tinggal motor dia je. So depa ambik motor tu buat main-main gunting rambut, dok gosok kat rambut depa sebab motor tu bila on, bunyi macam trimmer rambut. Sudahnya, rambut Muhammad, Luqman dan adik Muaz terpintal2. Malamnya, depa 'gunting' rambut abg amir, syok jugak, rasa sedap je depa dok main2 'alat gunting' tu kat kepala.
Biasanya macam tu lah mainan depa, jangkahayatnya cuma satu hari. esoknya mesti hancur mainan tu... semalam, akhirnya 'alat gunting rambut' tu, yg asalnya kereta mainan, hancur berkecai terus. tak taulah boleh assemble balik atau tak.... innaliLlah

Wednesday, May 14, 2008

adik yang suka ulang tanya

hairan mama dengan perangai adik muaz la ni. Dia suka sangat mengulang soalan yang dia tanya. contohnya(soalan popular dia suka tanya abah, hampir tiap hari sampai abah naik bosan): "askar yg baik tu peluru dia byk lagi dak?"(lebih kurang camtulah, mama x ingat sangat). Dia akan ulang soalan tu byk kali. kalau abah dia jawab aa. dia mesti tak puas hati. dia akan kata: "abah cakaplah ya". Adik ni jika dia bertanya dia nak kita jawab dengan complete sehingga dia puas hati. muhammad pula jika ditanya byk kali oleh muaz mesti dia tensen dan suruh adik dia diam.
Luqman hampir tiap hari tanya mama berapa hari lagi dia nak sunat. tak sabar2 dia nak bersunat. Insya-ALLAH 26 Mei ni luqman akan bersunat di alor setar. memang dia tak nampak langsung takut. Bersemangat nak bersunat. siap cakap kat mama. Bila doktor nak sunat, dia nak jerit kuat2. Adik muaz tak mau lagi. dia takut. mama takut. hehe nanti abah bawakan luqman ke klinik utk sunat tu.
Pagi tadi mama keluar belikan kuih utk breakfast. 3 hero ikut sekali. hingaq dibuatnya bila sampai kat makcik kuih. luqman:" nak kuih 5! dan nasi lemak satu x mau boh pedas", adik pula :"nak kuih sosej x mau boh pedas 2 sj" dan muhammad:" nak kuih sosej dan nasi lemak". Tersenyum makcik kuih dgn gelagat luqman dan muaz dok jerit kat tingkap kete menginform order depa. Luqman mmg kuat mkn. sampai rumah kuih dan nasi lemak dia boh dlm beg sekolah. then dia mai kat meja mkn minta nasi lemak mama pula.
Minggu ni mama bawa muhammad ke opis dr pagi sehingga pukul 1130. Then balik rumah, dia mandi dan siap ke sekolah. Dia nak buat latihan dekat opis mama. biasalah dia buat sat lepas tu mulalah boring. Tadi dia minta nak tengok list manusia kaya kat dunia ni. mama pun searchlah kat google. dia kata nak tengok muka warren buffet(richest man in 2008). Mama pun citelah sket hal warren buffet(WB) ni kat dia. WB suka menderma. lagi byk dia derma lagi dia kaya. terus muhammad nak derma RM1. dia kata dia nak kaya juga. Dia ingat magic dia bg RM 1 dia akan dpt RM100. hmmm pening pula mama nak explain konsep bersedekah kat dia.

Sunday, May 11, 2008

Selamat Hari ibu


Selamat hari ibu mama ucapkan pd diri mama, tok, opah, dan semua ibu2. Muaz buatkan kad utk mama. comel je. Muhammad tanya mama, hari anak bila pula mama? semua orang ada hari, ibu, bapa dan cikgu dia kata :). Sabtu semalam kami tak ke mana pun. Petang tu ke klinik ambil ubat muhammad. Hidung dia tersumbat lagi sampai demam sikit. doktor bg preventive advices. Mama pun kdg2 pening memikirkan kesihatan muhammad. nak kata mama tak jaga kebersihan rumah, hampir setiap hari mama mop lantai. Heran dari mana mai habuk wpun x dak org buat semak. muhammad alahan. Mama tak pasti pd apa sgt. keadaan rumah mama cuba jaga dah. mknn kat rumah pun sama. Doc yg jumpa semalam tak bg guna air cond. Cuma kat luar dari jagaan mama tak dapatlah mama nak kawal. moga muhammad bertambah matang utk menjaga kesihatan badan dia.
Ahad pagi mama kena jaga exam. Mama bawa muhammad. Mama jd ketua pengawas. Ada seorang pensyarah ni, namanya khairul, tapi dia memperkenalkan diri dia uncle kelvin kat muhammad. muhammad heran terus tanya mama, uncle tu org apa. mama ckplah melayu, nama omputih dia kelvin. tetiba muhammad kata kalau mcm tu, nama omputih muhammad michaellah mama! luqman leonardo, amir Albert! sabar jelah abg yong sorang ni.

Ada segelintir calon exam pelajar dewasa. muhammad hairan awat dah tua belajar lagi. sambil jaga exam mama melayan muhammad buat latihan pendidikan agama islam. Muhammad tanya: "malaikat rakib dan atib ada pd setiap kitakan mama? maknanya berjuta2lah malaikat 2 org nikan sbb manusia ramai. kena multiply 2lahkan. " mathematically mcm tulah. mama tak tahu nak explain mcm mana sebenarnya. okes, doakan kejayaan dan keberkatan ilmu buat muhammad, luqman dan muaz yang akan menduduki exam this week.

Monday, May 5, 2008

Percutian ke kelantan

21-25 April lepas mama menghadiri phD research methodology course. bagus course ni. 2 hero, mama pos ke alor setar. muhammad tinggal dgn abah. Cuti hari buruh abah terpaksa kerja sebab jumaat keesokkannya abah nak ambil cuti. Penat mama cuti hari buruh mengemas rumah, mesin rumput dan pack brg2 utk ke kelantan jumaat tu. Setelah penat tengahari tu mama ajak 3 hero keluar mkn. kami ke gerai mak su mkn nasi ayam. Lepas tu mama bawa 3 hero ke c4. Mama nak beli bahan2 nak buat kek coklat.ramai sungguh orang hari tu. nak tolak troli pun susah. last2 mama ambil bakul sj. cuma 3 hero kena jaga baik2 di tgh ramai org tu, risau mama dibuatnya. Alhamdulillah muhammad agak garang. dia mmg tak lepas tgn ke2 org adik dia. mama dah pegang bakul dan brg. ada sekali tu mama minta 3 hero tunggu kat satu sudut. mama nak ambil satu brg kat rak tak jauh dr situ juga, terus muaz menyampuk" jangan tinggal anak mama, bahaya". tak jadi mama tinggalkan. kek coklat yg mama buat sedap sgt, resepi dr kawan mak lang najwa. luqman dan muaz suka sgt makan.
Jumaat pagi, pukul 7 kami bertolak ke kelantan. banyak juga abah stop di perjalanan, ambil gambar dan ke tandas. kami stop kat pulau banding dan kat banjaran titiwangsa.

di R&R, puncak Titiwangsa

kami sampai di PCB resort dekat pukul 1 thr. Resort ni kelihatan agak lama. dibuka tahun 1971.

depan chalet kami

Alhamdulillah chalet kami agak baru, mengadap pantai dan agak besar. Sampai je 3 hero terus mencari kolam mandi. Seperti biasa 3 hero komplain kolam kecik tak lawa, tapi nak juga mandi. pantai PCB depan chalet kami ada batu2 benteng hakisan diletakkan. Oleh itu kami tak mandi di situ. Ptg tu lepas abah merehatkan diri, hero2 ajak abah ke kolam mandi.

kolam mandi PCB resort
seperti biasa muhammad dan luqmanlah paling teruja mandi kolam. adik mandi kat tepi2 sj. Lepas mandi hero2 ajak abah beli layang2 kat luar chalet tu. Cuaca cantik petang tu dan agak berangin. Muhammad paling terror main layang2. tinggi layang2 dia naik. muaz dan luqman tak berapa pandai nak control sgt. Muaz panggil "wayang2" :).

Malam tu mama ajak abah pergi makan nasi kerabu yati ayam percik dekat jln long yunus. Fuh memang sedap sangat2. Namun, 3 hero tak pandai makan nasi kerabu, abis daun2 di tolak ke tepi. muhammad meratah ayam percik dgn lahapnya.
yati ayam percik - a must singgah place for nasi kerabu

Sabtu kami bersiap awal nak berjalan2 di bandar kota baharu. Mula2 kami ke muzium adat istiadat diraja.

Lepas tu kami ke muzium perang tempat favorite abah dan 2 hero(muaz dan luqman). kat sini luqman dan muaz paling teruja sebab hero ber2 ni mmg minat dgn cerita perang. kedengaran jelas suara luqman mengulas jenis2 senapang, bomlah etc etc pd muaz dan abgnya. Lepas tu kami ke masjid muhammadi.
masjid Muhammadi

muhammad dan abah masuk solat sunat. Then, kami ke muzium kraftangan. Tensen mama ,tak boleh lama, 3 hero asyik nak beli itu ini.nak keychain bolalah etc etc. Depa ni pantang nampak kedai. Lepas tu kami ke pantai Irama di bachok. cantik pantai ni. lepas makan makanan laut

juara makan ketam

digoreng tepung(ketam dia paling sedap sgt22, fresh) , hero2 dah tak sabar nak terjun laut. Muhammad,luqman dan abah mandi di laut. adik muaz takut dgn laut. Dia main pasir dgn mama sambil menceritakan dia takut ikan jaws gigit dia. abah dukung dia pun dia masih takut.

pantai irama, bachok

Malam tu kami berjalan kaki ke restoran cinta selera dekat dengan chalet.oklah makanana dekat situ. Ahad pagi mama dah siap packing nak balik(terbayang menimbun dobi menanti mama). Pukul 10 kami check out dan terus ke pasar siti khadijah. Mama beli keropok sikit dan beli kain batik sutera. Muhammad tensen tiada barang shopping utk lelaki di pasar khadijah tu. Lepas shopping kami ke yati ayam percik sekali lagi utk lunch. Pukul 1 kami bertolak pulang ke penang. On the way spt biasa abah akan singgah ambil gambar lagi. kami stop dekat gunung reng. muhammad ajak masuk gua kat situ.kami tak masuk pun.

gua gunung reng

kami ambil gambar je kat depan pintu gua tu. lepas tu kami singgah dekat banjaran titiwangsa sekali lagi. memang cantik view di dalam perjalanan ke kelantan. cuma mama tak tahan jalan kona2 tu.

Kolam Air panas baling

19 april lepas abah bawa kami semua ke kolam air panas baling. dah lama abah teringin nk ke kolam ni. kami bertolak dah pukul 3 ptg masa tu. Dalam 1 jam 1/2 baru sampai di ulu lenggong. Agak ke dalam juga kolam air panas di ulu lenggong ni. mama suka jalan ke baling ni sbb suasana countrysidenya. cantik dan menenangkan. Sampai je terus 3 hero tak sabar2 nak terjun ke kolam dah. luas juga kawasan kolam air panas tu. ada lebih kurang 5 kolam. masa kami sampai ada 2 kolam shj yg dibuka. lagi satu tu mmg nampak dgn jelas asap panas air tu. lepas salin pakaian, hero2 terus berlari ke kolam.
luqman dan muhammad paling tak sabar, terus terjun ke dlm kolam. sabar jelah abis terpercik air kolam bila depa terjun. masuk je dlm kolam terus luqman minta pakaikan baju dia kata takut badan dia hangit. muhammad pula tak tahan panas esp pd kemaluannya. adik sj yg berani tak berani nak masukkan kaki ke dalam kolam. sedap merendam kaki di dalam kolam air panas tu.
di kawasan tu juga ada sungai kecil. hero2 dah tak tahan panas ajak mama ke sungai pula. Air kat sungai tu sejuk. cetek shj sungai tu.
cantik juga kawasan kolam air panas tu. well maintain. ada surau, ada food court kat luar, ada taman mainan, ada sungai, ada chalet dan ada kolam air panaslah. nak pergi lagi, Insya-ALLAH jika berkelapangan.