Sunday, February 3, 2008

muaz homesick

hari ni minggu pertama bulan feb. Minggu ni cuti semester di uitm. walaupun student cuti, mama terlibat dgn workshop. Jadinya kalut sikit mama pagi tadi. Weekend semalam berlalu sungguh cepat. Hmmm tak sempat mama nak merehatkan badan mama. Sabtu slps kemas rumah dan gosok baju dan masak, abah ajak keluar ke rumah kawan abah tengok baby dia baru lahir. Lepas tu kami ke rumah nenek tam kat pulau pula. Kebetulan hari tu nenek punya birthday. abg li belikan kek untuk nenek. Yang tak sabarnya bukan nenek, tapi luqman dan muaz. Bila kek dikeluarkan je , diorang cakap" ala kek kecik ja pun" . tapi habis juga hero ber2 tu makan siap nak bunga hiasan tu. Ahad petang kami pergi ziarah anak mak lang najwa. Dia admitted sbb jangkitan kuman dekat paru2. Kesian kat baby adlan yg br 3 bulan. nampak dia bernafas sungguh laju. Malam tadi menangis mak lang telefon mama tanya nak buat mcm mana baby adlan asyik menangis dari maghrib sehinggalah pukul 12 mlm. sedih dengar suara baby adlan. Tak selesa agaknya byk wayar2 di sambung di badan dia.

Pagi tadi bangun tidur muka adik nampak monyok je. ni mesti nak sedih pergi sekolah lagi ni. Dah janji dia kata tak mau sedih dah. cuti 2 hr semalam ceria sj. Dia rajin buat kerja. Di rumah, tak di suruh pun, dia akan buka buku2 sekolah dia dan dia akan buat. Tadi cikgu dia telefon bagitahu hr ni ada kelas iqra. balik lewat sikit. Teacher dia kata ni adik muaz ada kat sebelah teacher. Dia homesick teacher kata. sampai sekolah buat kerja sekejap dia akan dtg kat teacher minta teacher hantarkan dia balik rumah. Teacher kata dia buat semua kerja dan aktiviti cuma dia homesick. Walaupun teacher panggil dia muaz, dia still membahasakan diri dia adik. Memang manjalara sungguh adik muaz sorang ni.

Luqman pula, terbalik dari muaz. Tadi mama dengar kawan dia panggil dia "luqman tomato". Tersenyum mama sebab memang muka luqman bulat mcm tomato. hai budak2 zaman sekarg baru 5 tahun dah pandai mengelar.

5 comments:

Amalina said...

ala comeinya tomato.
Faisal anak pak Lang pun nak ke Australia jugak kan? buat Master.

Unknown said...

hahaha,luqman tomato?betoi2,baru prasan:)ish2,budk2 lani.makndak cuti2 ni,tiap2 hari buka blog ni,rajin2lh update noh mama.

alhan said...

aa faisal akak rasa pergi dlm bulan feb ni rasanya buat MSc. nanti akak try tanya mak lang. Tak sure which part of australia dia pergi.
nanti nak cari muka luqman yg mcm tomato n suruh abg mir postkan, hehe...
luqman ni mmg org suka ngusik dia. g mana2 pun mesti org suka sgt nak ngusik dia. org geram nengok muka tomato berekspresi dia kot

Amalina said...

ala siannya selalu kena usik. Tapi mmg comei. Dah la putih, gebu, bulat, mata pun bulat, bila buat kerut2 gitu lagi comel. Nak gigit2 je mcm tomato, hihi. Ha ah, pos la gambar dia, dah lama tak tgk.

Amalina said...

Waaa ada gambar tok tam. Dah lama tak jumpa, lain kali you all pi kirim salam ye.
Anak Najwa macam mana? Dah sihat ke?