mama baru balik dari ambil luqman dari tadika sebentar tadi. mama sampai di tadika 5 minit awal sebelum luqman keluar. Tersenyum luqman nampak mama. Hari ni luqman nampak aktif semacam sj. Dia tak duduk diam. Sekejap dia angkat kerusi letak atas kepala dia dan jalan2 , kemudian kerusi tu jatuh ke lantai. Nasib baik tak kena kawan2 dia. Kemudian dia pegi dekat kawan dia dan ambil ketayap kawan dia dan baling. hmmm berkerut mama bagi signal kat luqman jangan buat macam tu kat kawan. Ustazah tengah mengajar kawan luqman iqra masa tu. Luqman dah selesai tasmi'. Then tiba2 mama nampak luqman tgh mengenyit mata sebelah. Alamak luqman kenyit kat sapa pula ni. mama terus ke satu sudut nak intai luqman kenyit pada siapa. La dia kenyit pd ustazah. nasib baik ustazah tgh tekun mengajar kawan dia masa tu. Luqman dah hilang konsentrasi belajar agaknya. dah mood nak balik rasanya. Lepas bc doa dan salam dgn ustazah, luqman meluru keluar. sekarang ni luqman dah tahu ada satu van kat luar tu jual mknn ringan. terus dia minta mama belikan mknn utk dia. mama kata hr ni mama tak mau beli sbb denda luqman naughty kat kelas tadi. Dia pun akur dan sedih. Terus menangis kat dalam kereta. Dalam kereta promise tak mahu naughty lagi. Dalam hati mama kesian pula denda luqman comel ni...
Wednesday, February 13, 2008
luqman naughty hari ni
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
blog berwajah baru,em,nmpk lebih ceria:)ai,ni teruja dgn hijau cameron highland ker k pahana?
dpt ilham dr gambaq mengkuang dam tu. sj nak edit2 sket. nak belajaq menceriakan blog sket.
terasa nk jady baby ke..terasa nk baby baru? hihihi
rindu nya kt hero2 ni. aih~
Post a Comment