Thursday, January 31, 2008

hero2 mama dan sekolah

Hari ni sudah masuk februari 2008. Terasa cepat sungguh masa berlalu sekarang ni. Semester ni walaupun mama hanya menjaga makmal, tapi sibuknya teruk juga. Banyak report lab tertangguh mama nak marking. Biasalah mama paling tak suka bab marking. Anyway mama enjoy menjaga lab.
Hari ni 2x mama balik ambil hero2 mama. mula2 pukul 11 pagi mama keluar ambil luqman dan hantar ke rumah mak lang. kemudia pukul 2 ptg pula pergi ambil muhammad hantar ke sekolah. Walaupun penat, rasanya mama puas hantar sendiri anak2 ke sekolah dan mengambil diorang. Tadi mama sampai awal sikit dekat tadika luqman. mama jenguk dekat tingkap kelas dia. Nampak luqman dah tak sabar nak balik. cikgu ajak menyanyi dia dah mengalas beg nak balik. lepas tu dia jenguk kot tingkap melihatkan mama sampai ke belum. Nampak ja mama dia senyum. Lepas tu mama bagi signal kat dia suruh nyanyi dan baca doa bersama2 cikgu. Agaknya dah tak boleh pay attention, sat2 dia gatal kepalalah, sat2 dia angkat kaki letak atas meja. habis je doa terus dia angkat kerusi letak atas meja dan meluru ke pintu. walhal masa tu kena baca selawat dulu baru boleh balik. terpaksalah dia berpatah balik ke tempat dia dan berselawat dulu :). Si adik pula sejak mama dan abah balik ni jadi manja pula bila ke sekolah. Rasanya masa dengan tok ayah dulu tak dengar pun cerita dia nangis kat sekolah. Sekarang ni almost every day dia nangis. kalau tak nangis pun, dia kata dia sedih. Dia teringat kat mama, abah, luqman dan mamat. Ada ke pula, dia siap plan nak nangis sebelum pi sekolah. Memang manja teacher dia kata. Hingus keluar pun, dia keluarkan tuala kecil dia dan pi kat teacher minta teacher lapkan hingus dia. Dia nak mama pi sekolah dengan dia. Teacher kat sekolah muaz ni baik orangnya. Nampak penyabar dengan kanak2. Mama harap lepas ni dia tak sedih dah pi sekolah. Kat rumah pun memang dia paling manja. nak tidur mesti nak abah temankan dia. Abang yong jd ketua darjah tahun ni. Tiap hari mesti nak awal sikit ke sekolah sebab nak kena ambil buku record dekat bilik guru. ketua kena pakai kopiah. Alhamdulillah sekarang ni dia nampak rajin sikit. Mama pesan jika nak ikut mama ke oversea, kena rajin dan berdikari.
Alhamdulillah minggu ni mama dapat tahu mama dapat offer ke Australia untuk phD mama. Insya-ALLAH mama akan ke melbourne. Mama merancang paling awal mama akan ke sana bulan ogos ni, paling lewat lepas raya ni. Muhammad paling seronok dengar. Tiap hari asyik tanya bila kita nak fly. Abah tak pasti lagi nak ikut ke tak. Tolong doakan abah dapat kerja bagus di melbourne dapatlah kami sekeluarga bermukim dekat melbourne buat beberapa ketika. Worst case abah tinggal di penang seorg or dengan muaz. Mama rasa nak bawa semua anak dengan mama. kesian pisahkan mereka. Tapi semalam adik muaz kata dia nak duduk dengan abah. Takut orang jahat ambil abah dia.

4 comments:

Unknown said...

terhibur makndak baca entry kali ni.sekejap2 senyum sorg2,gelak sorg2,hehe.terigt kt 3 hero.to abg yong,tahniah jd ketua darjah!muaz,jgn manja2 sgt dah,luqman,kena dgq ckp cikgu..mkndak baru blk dr moscow,stay kt umah sedara kwn,kak zarina,dia ada 3 heroin,dptlh gak mkndak lepaskn rindu kt ank2 sedara mkndak bila tgk telatah depa2 ni,elok2 plak tu,dlm kamera mkndak ada lagi gambaq2 kita p trip terenggganu,senyumlh lagi mkndak sorg2 bila tgk balik gambaq2 semua org,esp ank2 sedara mkndak.

Amalina said...

Yelah, terhibur dan terharu baca keletah 3 hero. Semuanya obedient dan kecik2 lagi dah nampak sifat penyayang.
Tahniah kak alhan dapat pi buat PhD kat melbourne. Hopefully boleh concentrate pd study n balik Msia dgn jayanya. Aiyyo selisihla kita, tak dapat nak jumpa 3 hero. Boleh intai2 pi visit Australia:D. Dengar cerita, cantik negara nya.

alhan said...

mehla nanti visit kami kat aus. hehe berangan tak pi lgpun. tulah korg tlg doakan kekuatan akak nak belajar dan menguruskan 3 hero ni. suspen jg bila fikir.
akak dok cr spot mcm kat terengganu tu kat penang tapi tak ada. teringin nak pergi berehat sekeluarga di hujung minggu dok chalet ber'air cond' semulajadi. malam2 sunyi dengar bunyi ombak laut. fuh best dan amannya...kat langkawi adalah kot

Amalina said...

haaa seblm berangkat elokla cuti2 msia. kami hari tu pun pi sabah. saje je pilih tpt jauh pasal tk pernah pi msia timur tu. yg penting ada beach n nice scene. haiii ni yg rindu tnh tumpah darah ibuku ni... hihi kerana melahirkan ku.