Monday, September 17, 2007

seminggu tinggalkan hero

Mlm td mama sampai airport penang pukul 1030pm. 3 hero mama dah tidur dlm kereta. Luqman dlm sedar tak sedar tanya mana mainan mama kata mama belikan tu. Tak sabar2 dia. Sampai rumah, spt biasa hobi mama terus mencapai penyapu, sapu rumah dan mopkan lantai. Biasalah seminggu mama tinggalkan rumah. Memang mama dah set mind dah sbl sampai kena expect rumah mcm tongkang pecah, hehe.... tu kira tinggal abah n abg yong sj kat rumah. kalau abah + 3 hero, tak taulah jd apa rumah tu. Pagi td bgn sahur, mama terus sambung kemas brg lg. Pagi td punye class pun mama terpaksa cancelkan. Mama tak seronok masuk class x ready. Jumaat ni mama akan gantikan. Pagi tadi mama ckp kat adik lepas ni mama nak naik k/trbg lagi, nak ke Mekah pula. Adik terus tanya" mama nak tinggalkan adik kat sapa pula?" ala sedihnye.... macam tahu-tahu je dia akan kena tinggal.
Hmm next week 25 sept mama ke shah alam pula. kena bentangkan proposal phD kat faculty, sort of 1st interview for biasiswa staf.
munich story pula, conference tu best. Terasa kerdil je diri mama ni. Dasyhat sungguh research org luar. Hopefully mama akan berada dgn group ni nanti masa phD, Insya-ALLAH. Di samping conference sempat jg mama jalan2 kat munich. Lama dah mama kuburkan hobi(jalan2) ni sejak sibuk dgn kerja.
Hari ke2, Mama pergi Salzburg, Austria. ikut sound of music tour film tu. Subhanallah cantik sgt salzburg. Hari lain pula, mama pergi melawat top of germany, Zugspitze. ada snow!!!. boleh nampak 4 negara dr atas puncak tu(Italy, Austria, Swiss, bayern).

mama on top of germany!!

Hari lain pula, mama pergi Fussen, lawat Neuswantein castle(famous castle yg disneyland tiru, byk dlm fairy tale). mama tabik pd org tua2 disana. suka berjalan kaki. Sihat sungguh mereka ini. Di m'sia ni tak boleh la nak jalan2, udara tak bersih. Hari lain pula, mama jalan2 sekitar city of munchen. Cantiklah germany ni. Nway, mama x boleh lama2, rindu sgt pd abah n hero2. Rasanye mama tak sangup nak pergi oversea untuk phD tanpa 4 hero ni. Doakan yek , semua dapat ikut mama nanti,Insya-ALLAH.
hmmm very hectic time waiting for mama after this, interview, teaching, marking, raya, haji preparation, haji, then phD!!!

4 comments:

Unknown said...

wah,bestnya mama jln2!x aci ni,makndak yg dekat ni pun xnah sampai austria n neuswantein castle tu!send gmbq2 ke emel nah mama,x dpt p,tgk gmbq p jdlh:)

Amalina said...

Waah bestnye dpt pi melancong free/ separa. okla tu. ish jeles tul. Posla gambar2.

Lin Selection Cupcakes said...

Hi alhan..selalu jugak kita singgah sini baca cerita 3 hero awak.. nnt ada masa kita share cerita 3 hero saya pulak yer.. nampaknay thn nih awak nak pi haji..alhamdulilah.. doakan kami(me+hubby) ikut awak cepat2.. kami dah register.. thn depan bagi peluang my parent pi dulu.. then the next year kami harap dpt pi.. dtglah puchong jln2 raya nih ye..

Unknown said...

aih,awat familiar sgt tau sweater biru tu???:)amboiiiiii!