Tuesday, September 4, 2007

Mak ndak dah balik Novgorod

Penat rasanya 2 minggu kebelakangan ni. 23-25 ogos bebaru ni ke Terengganu. Saja bawa anak-anak mama berjalan masa cuti sekolah. Cantik sungguh pantai di Terengganu. Puas hati rasanya bercuti ke Terengganu ni walaupun perjalanannya sungguh memenatkan. Abg yong siap cakap nak propose kat cikgu sekolah dia buat lawatan ke Pulau Kapas!!! Kebetulan chalet yang kami menginap, mengadap betul2 pulau kapas. Disebabkan penuh kami stay kat chalet paling murah, tak ada air-cond, tak ada TV. Hehe sampai2 je kat chalet tu, 1st word dari tiga hero mama ni, 'Hotel Koman', lps tu malam2 pun 3 hero mengungkit lagi kata hotel koman tak dak TV. Anyway ok jg chalet tu, windy dan nyaman je. tak perlu air cond pun. kesian pd abah tak dapat turut serta sebab nak simpan cuti nak ke Mekah Disember nanti, Insya-ALLAH.

Weekend merdeka semalam pula bertambah lagi kepenatan mama. Jumaat merdeka tu abah ajak pergi shopping baju raya hero2 ni. Lepas jumaat tu, kami pun keluarlah ke Sunway Carnival Mall. Memang dah expect dah ramai sangat orang. Biasalah shopping dengan 3 hero ni bukannye boleh duduk diam. orang nak beli baju raya , nak baju tidoqlah., nak toys. Anyway, dapat jugalah beli baju raya kat hero2 ni dalam kekalutan tu. Mama tengok muka bapa2 sepesen je stressnye. Yelah dalam sesak ramai orang, anak2 pula buat perangai. mana boleh sabaq. Abah adik pun sama. Terus pening kepala balik dari shopping tu.

Sabtu pagi pula mama bangun awal siapkan barang nak balik alor setar pula. Mak ndaklah nak spend lagi masa dengan anak2 sedara dia ni. Tak puas2 lagi gi bercuti bersama kat Terengganu tu. Tiga hero mama selalu cakap " mak ndak ni tak de keje lain,asyik nak amik gambaq org je, org tgh makan pun nak ambik". Begitulah mak ndak korang yg sungguh nostalgic tu, hehe..
Ahad pagi kami terus ke Taiping pula. Mak cik izah bertunang. Dapatlah jumpa tok ayah, pah, mak usu, mak lang n syaza yang semakin macho. Sekejap je kat Taiping, pukul 3 ptg kami bertolak balik ke penang.

Isninlah hari mama paling tak suka. Mama ada class advance electronics dari kul 8-11pg. Abis je class, mama terus balik rumah. Tutorial class ptg tu mama cancel since nak pergi hantar mak ndak ke airport. Abg yong sedih je tak dapat hantar mak ndak ke airport. mak ndak pun hantar abg yong sampai ke class hari tu. Pukul 330pm kami keluar dari rumah terus ke airport. Seperti biasa, sampai sj di airport, luqman n adik muaz dah ajak ke kedai. nak beli toys n coklat. Mama belikan coklat je. Dah habis tu, dia pi minta kat tok pula minta belikan. habislah gigi anak mama nanti. Kul 545pm mak ndak dah nak masuk. Mak ndak nangis, biasalah sedih nak berpisah dgn tok, wan n anak2 sedara yg di kasihi. Next year, Insya-ALLAH mak ndak balik for good n jadi doktor!!!!

Setiap minggu , rabu n khamis mama tak ada class. bolehlah curi masa menaip sket. Tadi mama call Shah Alam katanya permohonan mama ke munich mungkin besok boleh tahu. Hmmm tak tahulah dapat ke tak. Dah 2 bulan submit. Conferencenya next week dah. rasa cam tak logik je UiTM ni.

Semalam juga dapat regret letter dari Khazanah Nasional. Mama tak dapat ke next stage interview biasiswa phd tu. Yang ni mama tak sedih sgt sbb mmg mama dah expect. Dan rasanya mama tak layaklah. Tak pelah doakan mama dpt biasiswa staf dr UiTM utk further pHD.

4 comments:

Unknown said...

makndak rindu 3 hero!!!

Unknown said...

aik,kluaq nama wan plak,nanti2lh mak ndak tukaq,nanti mama kim salam rindu,peluk cium kt 3 hero tu nah

MOHAMMAD said...

pak teh rindu.nk balik gak.

Amalina said...

Waaah adik kak alhan belajar medic in Russian language ke. Respectlah.
Pandai je hero2 tu komen chalet koman:D. Mak Ngah baca sambil imagine rupa sorang2...hihi.