semalam mama balik keje awal sket.Semalam buka posa dgn spaghetti carbonara. Hehe masak instant je. beli prego carbonara kat C4. Then rebus spaghetti, tambah bawang sket. jdlah masakannya. abah n abg yong makan byk. mama x makan pun sebab kesian pula tengok abah dan muhammad tgh lazat menikmatinya. mama mkn nasi. Semlm relax sket sbb kain tak de nak kena lipat. cuma rutin keje mama tinggal, basuh baju, sidai baju, kemaskan meja lps mkn, mop lantai, siapkan tempat tidur diorg then mama dah settle. awal jglah mama settlekan keje2 umah semlm. Lps tu dlm kul 830pm mama pun checklah beg luqman, tanya dia ada homework tak? seperti biasa dia kata ada. Tapi tak mahu buat. Beg abg yong x yah check dah. dia dah besar, tahu nak settlekan homework n siapkan buku ikut jadual. luqman nilah nak kena check selalu. pensil dah tumpullah, color dah hilanglah etc. Setelah pujuk elok2, mama pun ajaklah dia buat h/work sama2. mcm2 feel, suruh buka air condlah. nak buat sket sj. bila di selak buku keje dia, rupanya dia buat yg dia suka nak buat je, yg dia tak suka dia tinggal. cikgu pun lipatlah mukasurat yg nak kena siapkan tu. muaz n abg yong ikut abah ke surau terawih. luqman x sedar muaz ikut abah. akhirnya dia buat jugalah homework dia dlm malas n byk kerenah tu. nak tahu dia suruh mama buat apa, tlg buatkan"tiang" n "perut buncit" spt contohnya kalau nak tulis huruf "d", mama kena buatkan perut buncit "c" then yukman akan completekan tiang je. kalau huruf R, mama buatkan tiang "" dia akan buat buncit kat atas n garis senget sket kat bwh. punyelah tensen mama melayan dia buat h/work. abg yong dulu x mcm ni pun. Tak dpt mama bygkan kat sekolah dia mcm manalah agaknya.adik pula kalau tengok mama melayan luqman buat h/work, dia pun mencelahlah" adik dah siap dah h/work" (w/pun dia x sekolah lg).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
yukman, yukman...mcm2. tapi kreatif jugak dia, perut buncit n tiang...:D.
tula dia mcm2 feel. pening akak nak soh dia buat homework dia. dianye concentration punyelah sekejap je. x dpt bygkan mcm mana cikgu dia layan dia. anyway dia x dak komplain x mau pi sekolah mcm muhd dulu. pepagi bgn n mandi sendiri n pakai baju tp x mau sikat rambut. klu dia gatal kapala dia soh akak cari kutu kat kepala dia. mana ada pun. pepandai je dia merepek sendiri.
seronok betul dgn anak2 kak alhan ni. riang ria selalu. tapi tak taula mak bapak nye pening kepala:D. Pandai2 belaka. Kagum dan gembira mak ngah.
mmg pening mama n abah depa. rsnye klu cuti lglah pening. yg heran tu, ketiga2 tu jenis ckp byk. la ni posa, lagilah x larat nak layan depa. ckp x berenti2. heran tul, ikut sapa tau...
Post a Comment