Saturday, September 29, 2007

askar yang peluru banyak

muhd ajak abah dia pergi cari ikan. dia teringin nak beli ikan. jap lg kot abah dia bawa ke kedai cari ikan. mama cam x setuju je, bukan senang nak jaga ikan. nak kena cuci air dia etc etc. umah kecik ni pun mama dah x terlarat nak handle. baru kul 10 pagi. mama dah settle masak. masak simple je. buat sambal tumis udang n udang goreng je. lps tu buat kuah kacang nka mkn dgn nasi impit. adik dah tertidur. semlm sabtu dia x tidur siang pun. hr ni awal lak dia tidur siang.
semalam kami melawat anak sepupu mama, abg azhar tu. anak dia cedera kat mata kena close range peluru pistol mainan, kawan dia main2 acu n tertembak. teruk juga. dah 9 hr kat wad. kena tepat kat biji mata hitam. berlaku pendarahan dlm mata. tula mainan kanak2 ni kena perati tahap keselamatannya. nasib baik mainan senapang kat rumah jenis yg keluarkan bunyi je. la ni adik la paling suka main senapang. dia selalu minta mama panggil dia " askar yg peluru banyak". dia siap inform kat mama, kalau ada org jahat panggil "askar yg peluru byk" . so mama pun berlakonlah konon2 ada org jahat. lps dia tembak org jahat kena cakap " tima kasih askar peluru byk" :). semalam abg yong check hafazan mama. mama ni dah byk lupa surah2 yg di hafal. semalam surah Al-Fajr. abg yong pepagi lepas subuh abah suruh dia hafal surah2 dlm juz amma tu. byk juga dia dah boleh hafal. malu mama kat dia. td pg dia kata nak check Al Balad pula kat mama. mama x ready lagi. selalu isya n terawih dia ikut abah ke surau. selalunya bila dia balik mesti mama dah habis terawih kat rumah, ada sekali tu dia cakap, mama ni mesti baca fatihah je solat terawih. luqman pula semlm mama temankan dia perabis homework dia. dia tanya pd mama awat dia susah nak ingat. Lps tu tetiba dia sebut "Ka Ka Ka" dan dia cam ambil tulisan tu kat buku dia n sapu kat kepala. dia kata so that dia tak lupa dah. dia nak masukkan dlm otak dia, hehe...4 thn baru nak belajar baca. mama kekdg terfikir teringin nak antar dia ke tempat yg sesuai dgn feel dia. dia jenis x boleh concentrate lama. kena dicampur main2 n aktiviti lain.

2 comments:

Amalina said...

Askar yang peluru banyak pulak... so clever lah dis 3 heroes. Sapu buku kat kepala la. Abg yong, mak ngah salutela.

abu muhammad said...

depa tengok satu movie ni dgn amir, 'full metal jacket'. So ada satu character askar mat saleh tu, bawak mesingun, peluru melilit penuh atas badan dia. muaz berangan yg ni la. ada satu lagi character askar, pakai spec, orang putih, 'tak mati'; sebab ada yg sorang lagi, mati, so depa tak mau la.