Monday, October 8, 2012

abang ngah dan abang cik


Abang ngah luqman makin "sihat". Lalu betul abang ngah ni makan. Abang ngah man ni suka makan ayam. Jenuh tiap hari mama pesan, makanlah ikan pula ya abang ngah. Dia angguk dan senyum, petang bila mama tanya makan apa kat sekolah hari ni, mesti tersengih kata nasi ayam kat kantin tu sedap mama. Abah kata abang man tak gumuks, namun tough, betul ke abah, nampak macam nak comel ja. Nasib baiklah abang man ni gila bola. dapat juga lemaknya dibakari walaupun ada juga yang menempel di badannya. abang man ni garang sikit. maryam tak suka kat abang man. namun maryam suka bila abang man dukung dia naik belakang abang man atau bila abang man jadi lembu. Empuk agaknya kuda or lembu ini. Abang man ni rajin walaupun selalu kata mama ni asyik suruh abang man ja. hihi...mama suka suruh abang man sebab abang man rajin sangat. abang man pantas dalam semua hal. makan pantas, mandi pantas, bersiap pantas. bila solat jangan pantas ya abang man, solat baik2 ya nak masuk syurga yang paling bestkan, kena solat paling best untuk ALLAH.
ini dua orang abang yang suka menyakat maryam
abang cik, makin slim ja. abang cik makan sikit. sekarang abang cik tengah sakit mata, matanya berair. abang cik memang ada alahan pada sesetengah makanan kerana sinusnya. tula abang cik, mama selalu pesan, makan ikan dan makanan yang sihat. abang cik kena jauhi telur, susu dan ayam. huhu...sesungguhnya ketiga-tiga makanan itu favorita abang cik. sabar ya abang cik demi kesihatan. antara ketiga hero mama, abang cik pandai melukis. buku sketch mama beli pun nampak di gunakannya sebaiknya. agak mama, tangan abang cik "halus" seperti abah kot, tangan mama hmmm   "keras" kalau pegang pensil atau berus lukisan. walaupun lukisan adik cantik, mama sedih pula sejak dua menjak ni. satu hari ,abang cik tanya mama, mama tengok sat tulisan adik(masih membahasakan dirinya adik). teruk sangat ka mama?...hmmmm ok ja mama tengok, cuma tinggi rendah tu kena di baiki. kenapa abang cik?...Rupa-rupanya abang cik selalu kena marah dan rotan disebabkan tulisannya yang tidak cantik pada pandangan gurunya.  katanya dalam kelas dia, ada 2 orang memang selalu kena rotan, adik dan izrayan.  nasib baik 3 kali ja kelas matematik tu mama dalam seminggu :(. ada tak cikgu puji adik?, ada juga mama bila adik dapat jawab soalan semua betul, tapi cikgu mesti perli tulisan adik juga. ala la kesiannya abang cik. sedih mama. mama hanya mampu bagi semangat agar abang cik dapat perbaiki tulisan abang cik. abang cik doa banyak2 ya moga ALLAH lembutkan hati cikgu matematik adik. Moga dia mengajar dengan penuh kasih sayang. Mama doakan jua tulisan adik akan makin cantik, Insya-ALLAH. bersabarlah ya abang cik.

abang yong di mrsm



Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
Al-Qamar:17


Abang yong sudah 8 bulan di MRSM. Ada juga saudara atau kenalan bertanya sudah berapa juzuk di hafaznya. Dulu mama sering jua bertanya perkembangan hafazannya, namun kini, mama cuma bertanya, abang yong solat jemaah tak, solat tak 2 rakaat sebelum pergi tahadir? abang yong sihat( abg yong kena scabbies,:( , sampai hari ini masih ada lagi) ?. pada mama, tiap hari anak mama membaca dan berdamping dengan ayat2 ALLAH ini,  sudah sangat baik dan besar nikmatnya. Terima kasih ALLAH di atas kesempatan itu. Pelharalah anakku ini. abang yong, cubalah fahami ayat2 ALLAH ini ya dan amalkannya.You are the walking Quran, said imam suhaib webb. first exam tempoh hari abang yong dapat C untuk bahasa arab. Dia seakan berputus asa kerana susah untuk memahami bahasa arab yang di ajar ustaznya yang bertutur sepenuhnya di dalam bahasa itu. namun mama terusan bagi semangat untuk dia mencintai bahasa Al-Quran ini. Alhamdulillah exam kedua dia dapat A.

Ada satu perkara mama agak risau dan kadang mama rasa pelik bila fikir2. satu sudut anak2 huffaz ini buat benda yang ALLAH suka(baca dan hafaz AlQuran), kemudian mereka buat benda yang ALLAH murka(mencuri). kenapa boleh jadi begini ya???  abang yong kecurian duit bebaru ni. lockernya di pecah masuk. bersabarlah ya abang yong. Ini musibah dan ingatan dari ALLAH.

maryam dan abang yang sangat di sayanginya
Mama tahu kehidupan abang yong di MRSM sangat hectic, pagi kena bangun awal sekitar 430, lewat pergi tahadir kena rotan, tak dapat atau lancar tasmi kena lagi....kemudian meneruskan pengajian akademik sehinggalah tengahari rehat sebentar, lepas zohor, murajaah(pengulangan apa yg di hafaz), kemudian belajar lagi. Petang selepas asar baru boleh berehat sebentar dan turun ke padang main, malam menghafaz sekejap kemudian ke prep siapkan tugasan sekolah. Abang yong 'average" dalam hafazannya. Alhamdulillah satu hari 1 muka cuba dihafaznya. Akademik abang yong jua average. Peperiksaan pertama dahulu, jenuh mama memujuk apabila abang yong seperti berputus asa dengan keputusan akademiknya yang tidak memberansangkan. Alhamdulillah peperiksaan kedua ini nampak peningkatan positif. Teruskan ya abang yong, jangan berputus asa, mintalah padaNYA. Suka duka di asrama itu rempah kehidupan, jadilah hamba ALLAH yang baik di bumiNYA ini. Yang pastinya tiap hari mesti mama mendapat pangilan darinya :). kadang2 tiada apa2 pesanan atau cerita menarik, agak mama dia tak boleh hidup satu hari tak cakap dengan mamanya kot, hihi..antara yang lucunya, abang yong tanya mama, bila dia nak baligh ni mama. bulu kaki, ketiak pun tak keluar2 lagi ni, hihi....manalah mama tahu, tulah manja sangat macam mana nak baligh??

Monday, April 16, 2012

Ku temui damai di sana...


Tanggal 2 April mama dan abah bersama tok yah dan opah, berangkat menuju ke madinatul munawwarah menaiki penerbangan MAS. Kami mengikuti rombongan ustaz subri md arshad di bawah Razihan Holidays Travel agensi. Alhamdulillah penerbangan kami bergerak jam 2 petang dari KLIA dan mendarat di bumi madinah jam 630 malam(magrhrib baru berkumandang ketika kami touch down). Allahuakbar, mama sangat bersyukur dengan jemputan ALLAH ini. Menaiki bas ke hotel penginapan, ustaz menyampaikan tazkirah yang sangat menyentuh hati. Betapa diri yang penuh dosa ini masih lagi diberi kesempatan olehNYA untuk bertandang mencari keampunan, mencari cinta dan redhaNYA. Sebaik tampak menara masjid, hati berasa sangat sayu. Kami berada di madinah selama 4 hari.

Hari kedua di sana, mama di izinkan memasuki raudah dan menziarahi makam Rasulullah SAW bersama opah. Kami menunggu sebaik selesai subuh( 450 pagi subuh), dekat pukul 830 kami dapat memasukinya. Alhamdulillah berkesempatan solat dhuha dan hajat di dalamnya. Bagi jemaah wanita, untuk memasuki raudah memerlukan sedikit mujahadah. Bersabarlah kita untuk beberapa jam sebelum mendapat kesempatan itu. Alhamdulillah di dalam penungguan itu, ada tazkirah oleh ustazah yang bertugas. Sangat membekas di hati. Rasulullah SAW berada di alam barzakh. Wallahualam keadaan bagaimana kita tidak tahu. Yang di sarankan kita apabila berada di madinah adalah untuk bersolat di masjidnya dan berbanyakkan selawat dan zikir di samping menziarahi tempat2 bersejarah. Janganlah kita perbuat perbuatan2 yang tidak Islam ajari seperti berdoa mengadap makam rasulullah SAW, menyapu pintu dan tiang raudah dan sebagainya. Berdoalah mengadap kiblat, solatlah dengan kusyuknya di mana2 di dalam masjid, membaca al quran, berzikir dan sebagainya. Satu lagi jika ke madinah, janganlah kita melepaskan peluang ziarah luar. Berziarahlah kita ke masjid Quba dengan berwuduk dan bersolat di dalamnya, pahalanya seperti satu umrah,di sinilah di mana dahulu, kekasih ALLAH SAW sering mendatanginya setiap hari sabtu. Kemudian berziarahlah kita ke jabal uhud dengan penuh keinsafan. Kami juga di bawa ke kilang mencetak Al-Quran dan masjid2 berdekatan. Hari ke3, mama berkesempatan menziarahi perkuburan Baqi bersama abah. Mama hanya di luar, abah dapat memasukinya. Mama ingin sarankan pada rakan2 dan saudara beli dan bacalah buku tulisan abu anas madani@ Dr Abdul Basit, Madinatul Munawwarah sejarah dan kelebihan dan Sejarah Mekah. Kedua buku ini sangat bagus. Di dalam kedua buku2 ini terdapat hadis2 yang sahih dan gambar2 yang sangat cantik. Ziarah menjadi lebih bermakna bilamana kita berilmu tentangnya, insya-ALLAH. Alhamdulillah Muhammad sangat berminat dengan buku ini. Malam tadi Muhammad bertanya mama tentang saad bin muaz. Berkali2 membaca tidak akan bosan, Insya-ALLAH. Terbitan pertama dulu mama beli ketika haji 2007, namun kini sudah ada terbitan baru dengan gambar lebih cantik.

Hari ke 4 kami bersiap untuk bergerak ke mekah menunaikan umrah. Kami singgah berniat umrah dan berihram dengannya di Miqat Bir Ali@Zulhulaifah. ALLAHUAKBAR, kami datang YA ALLAH, Kami datang kepadamu...Ucapan Labbaikallahummalabbaik benar2 menusuk di kalbu. Mama memandang langit, Nampak seperti gelap dan ingin hujan di sebelah sana. Ya benar, tidak lama kemudian, hujan renyai2 di ikuti hujan lebat menemani kami di dalam perjalanan menuju baitullah. ALLAHUAKBAR...satu perjalanan yang penuh rahmat menujuNYA.


Kami tiba di mekah sudah jauh malam. Sebaik selesai urusan hotel Alsaraya Iman, kami terus menuju ke masjidil haram untuk menyempurnakan umrah di malam yang penuh keberkatan. ALLAHUAKBAR menatap kaabah airmata tidak dapat ditahan lagi. Langkah di atur perlahan melakukan tawaf. Lidah tidak putus mensyukuri nikmatNYA, mentauhidNYA, memohon ampunan dariNYA, memohon petunjuk hidayahNYA, memohon doa2 padaNYA. Aturlah langkah kalian perlahan2 ketika tawaf dan saie. Usah di ingat ingin cepat habis atau apa. Usahlah ditakuti dan digelisahi akan crowd. Tenangkan fikiran, berjalanlah untukNYA. Di atas sana malaikatnya juga sedang bertawaf. Gunakanlah kesempatan itu untuk sebanyak2nya berzikir, memohon keampunan, rahmat kasihNYA, doa2 dan redhaNYA. Di situ banyak tempat2 mustajab doa. Alhamdulillah kira2 pukul 4 pagi mama dan abah selesai umrah. Syukur kepadanya di ketika usia mama bakal menghampiri 36 tahun ini, ALLAH masih merezekikan kesihatan yang baik untuk mama memberikan yang terbaik buatNYA. Pergilah kalian semua ketika mana ALLAH masih mengurniakan kesihatan yang baik, nikmat ini sangat besar. Usahlah ditangguhi lagi. Jangan di sebut nanti dan nanti, tapi sebutlah Insya-ALLAH aku akan datang menyambut panggilanMU.

Hari2 seterusnya di Mekah, mama ke masjid di awal pagi, bertawaf sunat selepas subuh dan seterusnya menunggu Dhuha di dataran. Sesungguhnya sangat tenang waktu dhuha di dataran. Selepas dhuha mama mengambil kesempatan menatap kaabah sepuasnya dan Alhamdulillah ketika ini jua masa yang sesuai untuk bertamu ke dalam hijir ismail dan solat sebentar di dalamnya dan berdoa. Memang sebaik masuk waktu dhuha jemaah sudah makin berkurang dari dataran. Alhamdulillah mama jua sempat mengikuti ziarah luar ke manasik haji seperti Mina, Arafah ,muzdalifah, jabal nur dan thur dan ke jiranah berniat umrah. Ziarah kedua kami menuju ke ladang unta dan hudaibiyah berniat umrah di sana. Kata Abu anas madani, tidak menjadi amalan Rasulullah SAW berulang mengerjakan umrah selepas baginda SAW menunaikan umrah hajinya dahulu. Sebaliknya baginda banyak bertawaf sunat di dalam masjidil haram. Ya benar ibadah tawaf sangat istimewa. Di bumi ini, hanya di mekah kita dapat melaksanakan ibadat yang istimewa ini. Langkah2 terakhir tawaf selalunya mama akhiri dengan... Rabbana Taqabbal Minna ‘Innaka ‘Anta As-Sami`u Al-`Alīm....Ya Tuhan kami, terimalah amalan2 kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar...(Al-Baqarah:127). Cuaca di bulan april ini agak panas. Waktu zohor adalah kemuncak panas. Pulang sebentar selepas zohor benar2 menguji ketahanan badan, berjalan kaki di kepanasan memuncak di dalam kesesakan jemaah dan cuaca berdebu. Kebiasaannya Asar sehingga Isya, mama beriktikaf di masjid sahaja. Selepas asar, waktu agak panjang, mama bertawaf sunat dan seterusnya dapat mama memasuki kawasan jemaah wanita di dataran yang membelakangi maqam Ibrahim untuk solat maghrib dan isya. Kali ini mama lihat petugas2 masjid benar2 cuba menghalang jemaah wanita solat di celah2 jemaah lelaki atau di hadapan lelaki. Dekat2 waktu solat, mereka di halau agar pergi ke tempat solat yang dikhususkan untuk wanita. Ya pergilah ketempat yang dikhaskan untuk wanita. Walaupun kita tidak dapat solat di dataran, namun di mana jua, selepas solat ambillah kesempatan untuk menatapi kaabah. Mama jua jika berada di tempat lain, mama cuba untuk di saf hadapan, agar bisa tampak kaabah walaupun di celah2 almari Al-Quran, Kejap2 berhenti membaca Al-Quran, mama memandang kaabah di celah2 itu, Lailahaillallah.

Alhamdulillah kami jua berkesempatan menziarahi saudara2 yang bermukim di mekah. Kami ke rumah arwah haji shafie dan tok lang. Terima kasih di atas layanan baik semua. Kesempatan ke rumah tok lang kami sempat bersembang dengan tok lang dan anaknya. Tersentuh hati mama mendengar cerita mereka tentang perkuburan maala. Dari penceritaan mereka, perkuburan ini, seperti bilik2. Mayat2 yang telah reput, tulangnya di ketepikan dan di isi dengan mayat baru. Namun jasad yang tidak hancur di biarkan. Anak tok lang menceritakan jasad tokwannya, haji saad yang terpelihara sehingga hari ini. Hj saad ini seorang hafizullah, dia menghafaz dan memelihara ayat2 suci ALLAH. ALLAHUAKBAR, istimewanya orang yang menghafaz Al-Quran. Ketika di madinah jua, mama menitis airmata tatkala mendengar tazirah berkenaan hafiz ALLAH ini. Mama mendoakan agar mama jua satu hari nanti mampu membaca sebaiknya, menghafaz dan memahami ayat2 suci ALLAH ini. Doa mama pada anak2 mama, agar mereka dekat dengan AL-Quran, anakanda... mama tidak meminta dipakaikan mahkota di padang masyar nanti, mama cuma ingin kalian istimewa di sisi ALLAH... Maghrib kebiasaannnya di imami oleh imam abd rahman sudaisi atau maher maqli. Syahdu mendengar getaran dan esakan mereka. Mama cuba memahami ayat2 yang dibaca.Ya ALLAH mampukanllah diriku yang kerdil ini memahami ayat2 indah dariMu....

Benar dan sangat benar damai kutemui di sana....Tawaf wada di temani air mata sehinggalah tapak terakhir di penjuru hajarul aswad. Sujud terakhir di belakang maqam Ibrahim mengakhiri tamu mama ke tanah suci mekah kali ini..Jemputlah daku lagi ke sini...Ya ALLAH.


Thursday, February 9, 2012

Alhamdulillah


Lama sungguh mama tidak menulis. Di pagi jumaat yang penuh keberkatan ini, mama ingin menulis sedikit. Setinggi-tinggi kesyukuran mama panjatkan pada ALLAH di atas segala nikmat yang telah ALLAH kurniakan pada mama. Moga ALLAH ampuni kita atas kelalaian kita dalam mensyukuri nikmat2 yang diberiNYA, lalai dalam mengingatiNYA dan lalai dalam memperelokkan ibadat kita padaNYA. ALLAHUAKBAR, besar sungguh nikmat iman dan islam yang kita perolehi.

Feb 2011, Alhamdulillah mama telah selamat melahirkan seorang mujahidah, maryam namanya. Feb 2012 ini, akan genaplah setahun umur maryam. Maryam sangat comel, aktif dan cerdik. Malam tadi dah bertambah langkah di aturnya. Umur 3 bulan, Maryam sudah meniarap, 6 bulan sudah merangkak, kelihatannya setahun maryam sudah mahu bertatih dan berjalan.
Alhamdulillah di atas anugerah yang sangat besar ini. Abang yong, abang ngah dan abang cik sangat sayangkan maryam. Antara 3 abang, maryam paling manja dengan abang yongnya. Pantang nampak abang yong berbaring, maryam akan mendekati dan menyandar di tepi abang kesayangannya itu. abang ngah dan abang cik suka sangat menyakat maryam, tu yang maryam geram dan marah dengan mereka. Namun abang cik pandai buatkan maryam ketawa selalu dan abang ngah rajin tengokkan maryam yang tak dok diam barang seminit.


Penghujung 2011, Alhamdulillah abang yong dikurniakan ALLAH 5A di dalam UPSRnya. Mama terharu dan tidap dapat menahan air mata mengenangkan perjalanan hidup abang yong ini. Bila diimbas kembali....abang yong hanya pelajar yang biasa-biasa sahaja. Bersekolah di sekolah kampung. Tidak pernah memperolehi 5A sebelum ini. Sangat suka pada sukan dan permainan sehinggakan mama pernah merajuk hati kerana tindak tanduknya yang leka dengan mainan dan hiburan. Namun dalam rajuk mama, mama selalu mengingatkannya buatlah apa yang ALLAH suka, bukan yang nafsu kita suka. Di saat2 akhir abang yong seperti tersedar, tampak dirinya dekat dengan ALLAH, bangun dipenghujung malam memohon padaNYA. Usaha di gandakan. Jauh di sudut hati mama terdetik, adakah ALLAH akan terima usahanya di saat akhir ini. ALLAHUAKBAR, ALLAH terima dan dengar. Alhamdulillah kini, abang yong meneruskan kehidupan barunya di MRSM Kepala Batas, Program Ulul Albab. Semalam hati mama sangat merindui abang yong. Mama tahu perjuangan abang yong di ulul albab sangat berat. mama tahu anak mama, anak manja. Mama serah anak mama ini pada ALLAH. Peliharalah anakku, bimbinglah anakku dekat denganMU. Abang yong, jadikanlah Al Quran pendampingmu. Bacalah, hafazlah, fahamlah dan amalkanlah. Moga ALLAH berkati kita semua. Moga kita senantiasa mensyukuri, mengingati dan memperelokkan ibadat kita padaNYA. Ampuni kami Ya ALLAH..