Alhamdulillah hujung minggu ini benar2 mendamaikan. Sabtu pagi selepas mama selesai dengan tugasan rumah, mama benar2 ingin keluar dari penang untuk mencari sedikit ketenangan. Tekanan dan bebanan phd benar2 menganggu fikiran mama. Mama lantas mengutarakan pada abah akan hasrat mama ingin keluar sekejap dari penang, ke taiping cadangan mama. Alhamdulillah abah setuju. Mama terus ke internet mencari penginapan yang sesuai di taiping.
All in all, only one word can decribe what mama feel, Alhamdulillah di atas kesempatan ini. Insya-ALLAH kami ingin lagi berkunjung ke sini dan menginap di kamalodge.
Rakan mama mencadangkan kamalodge, sebuah chalet di tengah2 ketenangan yang sangat mendamaikan di jalan bukit larut. Tidak jauh dari taman tasik, zoo taipng dan jua bukit larut. Kamalodge ini hanya mempunyai beberapa unit sahaja penginapannya, jadinya tidak crowded, tenang dan sunyi. Kami menginap di suite 7-4. mini banglo, dengan satu ruang tamu di tingkat bawah dan bilik di tingkat atas. cukup luas dan amat comel. suite ini mengadap swimmming pool yang sangat cantik dan pemandangan hijau dan bukit larut yang sangat mendamaikan. Harganya jua amat berpatutan(328 termasuk 2 tilam extra), untuk kakitangan kerajaan 20% discount diberikan. Tiba saja kami di kamalodge, 3 hero terus ingin terjun ke swimming pool. Petang itu kami menuju ke taman tasik, kami mengambil peluang berjalan2 di tepi tasik dan menaiki itik kayuhan sambil menikmati pemandangan tasik yang indah. dari sini kelihatan bukit larut yang berkabus, subhanallah sungguh mendamaikan( abang yong kayuh itik, mama seronok menikmati pemandangan). Malamnya kami menikmati makan malam di bomba. Alhamdulillah sungguh menyelerakan, ice cream abc special bersama yong tau fu, satay dan nasi ayam. Ahad pagi setelah sekali lagi 3 hero berendam di kolam renang, kami menuju pula ke zoo taiping.
All in all, only one word can decribe what mama feel, Alhamdulillah di atas kesempatan ini. Insya-ALLAH kami ingin lagi berkunjung ke sini dan menginap di kamalodge.
4 comments:
cantiknya...uwaaaa, lagi labuat hatiku rindu nak balik Malaysia. Di Sudan kering kontang...padang pasir saja.
alhan, dulu ketika bercuti-cuti ke taiping (kami naik keretapi), dan sewa kereta di sana, sambil pusing-pusing, ternampak kamalodge ni, plan nya jika bercuti ke sana lagi, ingin mencuba juga tempat ini. Nampak menarik juga tu alhan.
tak pe azma, sabaq tak lama lagi,Insya-ALLAH. betullah nature mmg memberikan ketenangan.
ALhamdulillah ada juga tempat untuk merehatkan minda dan fizikal.taiping dekat, anytime boleh pi lagi, tak perlu rushing n planning teruk sgt.pi akak mmg best, kami plan next nak jogging, nak daki bukit larut, yg pentingnya nak menikmati nature ciptaan ALLAH. tenang
eeii.. bestnye. last year masa ema team building, camping kat camp site tepi chalet ni la.. mmg santek sgt.. best2.. bebila nak try lah.. hehe..
Post a Comment