Sunday, August 8, 2010

Anugerah dan ujian

Lama sungguh mama tidak menulis. pantas masa berlalu. Banyak perkara telah berlaku. Jun mama sibuk dengan PTK, 3 hero mid term exams, dan keje2 phd. Kesian 3 hero tidak kemana2 cuti sekolah 2 minggu, hanya berkesempatan pulang menziarahi tok di alor setar dan opah di KL. Alhamdulillah julai ALLAH izinkan mama dan abah membawa 3 hero berjalan2 ke Jakarta, puncak dan Bandung. Alhamdulillah 4 hari ke sana, 3 hero seronok dan mama jua seronok, seketika dapat merehatkan minda.
di kawah domas, Tangkuban perahu, kawah gunung berapi masih aktif
Animal show yang menghiburkan di Taman Tema di Jakarta
Pulang dari percutian, mama mendapat perkhabaran yang sangat mengejutkan mama. Saat mula mendapat berita ini, mama agak kesedihan dan ketakutan. Macam2 bermain di fikiran mama, semua kerisauan berkisar tentang phd mama yang belum selesai sepenuhnya, masih dipertengahan perjalanan. namun jauh di sudut hati mama, merasakan ini benar2 anugerah dan ujian dariNYA. DIA ingin memberikannya pada mama sekarang. Bukan nanti2 yang mama rancangkan. Akhirnya mama dapat menerima kenyataan yang mama kini bukan berseorangan. ada insan sedang membesar di dalam rahim mama yang perlu mama pelihara sebaiknya. Mama pohon pada semua mendoakan mama agar sihat, kuat dan bertenaga untuk menempuh hari2 mendatang terutamanya Ramadan yang bakal tiba dua tiga hari lagi. Sedih juga pabila terkenangkan dahulu, mama cergas ke sana sini, membaca AL-Quran siang dan malam,bisa bangun di awal pagi sujud dan merintih padaNYA. namun kini tubuh mama terasa sangat lemah. Lain benar mengandung di usia 20an dan 30an ini. Di usia kini mama terasa sangat lemah. Terima kasih pada abah dan 3 hero yang banyak membantu menguruskan rumah tatkala kini mama lemah. Maafkan mama dan doakan mama.

adik bersama orang utan di Mini Zoo, Taman Safari, Puncak Bogor

Pagi ini adik bangun awal dan ke sekolah awal. Adik mewakili tadikanya di dalam pertandingan membaca khutbah. ALhamdulillah sebentar tadi mama mendapat perkhabaran dari guru adik menyatakan adik mendapat tempat pertama, Insya-ALLAH akan ke peringkat seterusnya. Insya-ALLAH bakal imam kenit :). Mama selalu menyatakan akan hasrat mama ingin melihat adik menjadi imam, macam imam muda tu, hehe....pagi semalam adik solat dhuha di sebelah mama. Bersama2 mama memohon ALLAH mudahkan dan memberikan kejayaan pada adik. Alhamdulillah ALLAH makbulkan doa mama dan adik. Insya-ALLAH mama akan terus mendoakan adik dan abang2. akhir kata mama pohon pada semua, doakan mama sihat untuk beribadat padaNYA dengan sempurna....

4 comments:

Hasfazilah said...

Tahniah Alhan. Alhamdulillah. Biarpun diberi ketika ini, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Banyakkan berdoa untuk diberi kekuatan kerana kekuatan itu datangnya dari Allah. (akak pula yang excited hehe). Semoga dipermudahkan.

Ariff Budiman said...

Salam. tahniah dari WN. Semoaga Allah memberi puan dan seisi keluarga menyambut Ramadhan Al-Mubarak

alhan said...

Terima kasih banyak akak. doakan saya ya.
Terima kasih juga pada ariff. Moga saudara dan keluarga juga diberkati dan dilimpahi rahmat ALLAH dibulan ramadan yang mulia ini.Insya-ALLAH moga kita semua dapat melalui ramadan yang sangat mulia ini dengan sebaiknya. Redha dan cinta ALLAH yang kita cari

maza said...

wahduh.. wahduh... jelesnya dpat jalan sampai ke jakarta dong..

tapi maza ini penakut mau naik pesawat.. huhuhu

kalau berenang mungkin sampai kah ke jakarta itew? hmmm