mai dah mai dah, lari hehe....
sawah padi di padang matsirat
kuah jetty
I love nature
Hari-hari mama bersama 3 hero kesayangan mama...
Jambatan gantung dari hentian pertama
menuruni anak tangga ke jambatan gantung. semput bila nak ragas balik tu
Jambatan gantung dari hentian kedua(kalau guna SLR mak usu aini mesti lawa ni)
mama and 3 heros on jambatan gantung. Boleh terasa goyangannya.
kelihatan pulau2 kecil di sekitar langkawi dari atas gunung mat cincang
3 heros makan ais krim( setiap kali berhenti kat mana2 pun depa asyik minta aiskrim)
Selepas itu kami menuju ke Langkawi Boutique Resort untuk mendaftar masuk ke biik hotel. Hotel ini kelihatan agak lama, namun OKlah utk harganya, RM178(family room, 2 queen bed, luas biliknya, ada swimming pool and breakfast for 5 of us). Hotel ini terletak kira2 5 minit berjalan kaki ke underwaterworld. Terdapat banyak hotel2 dari 1 bintang ke 5 bintang di kawasan pantai cenang. Gerai2 makan juga banyak terdpat di sini, dari masakan melayu, arab, thai, barat dan sebagainya. Suasana malam di kawasan ini agak meriah dan happening.
Selepas makan tengahari, kami menuju ke cable car yang terletak di gunung mat cincang. Menariknya pemandangan kehijauan gunung ganang, sawah padi dan kebiruan pantai sepanjang perjalanan ke sana. Alhamdulillah kami tidak menunggu lama untuk menaiki kereta kabel. abah telah membeli tiket dari pakcik fuad penyewa kereta dgn harga Rm15 dewasa, utk kanak2 Rm5. Seronok naik kereta kabel.Yang pastinya mama gayat sgt2. asyik pejam mata saja, takut melihat ke depan, maupun ke belakang, ke bawah lagilah menyeramkan. Subhanallah cantik sungguh pemandangan gunung ganang di sini. Dari kereta kabel, kelihatan gunung ganang, hutan rimba dan juga air terjun telaga tujuh. Terdapat 2 perhentian. Kami berhenti di hentian pertama utk menghilangkan rasa gayat. Di hentian tekahir kami menuruni anak tangga menuju ke jambatan gantung. Sejuk dan berangin di jambatan ini. Terasa jambatan ini bergoyang. hmm gayat lagi. Namun puas hati melihat pemandangan cantik lagi indah dari sini.