Luqman sakit mata. Ceritanya, mulanya sepupu luqman, aliah dan nurul di jangkiti sakit mata, kemudian mereka dijaga oleh tok. kemudian tok dan wan pula dijangkiti sakit mata dan akhirnya luqman yang dijaga tok sepeninggalan mama menunaikan umrah jua dijangkiti sakit mata. Virus infection kata doktor. Sekarang mama dan abah jenuh menjaga 3 hero. Setiap sentuhan jenuh suruh depa basuh tangan. Satu lagi depa suka bergomol. Jenuh mama "increase"kan volume menghalang mereka dari gomolan. sudah seminggu luqman tidak ke sekolah. Minggu ini pun nampak gayanya ponteng lagi.
Sakit demam dari ALLAH. ALLAH yang mendatangkan penyakit dan padaNYA jua kita memohon kesembuhan. Moga luqman segera sembuh. Dalam kesakitan mata pun, luqman aktif. Sabtu semalam kami menghadiri Hari Keluarga JIM di mengkuang dam. Luqman, muhammad dan abah menjuarai acara walkathon yang diadakan. Ada satu acara tu, acara membawa bola di celah kaki, comel je mama lihat luqman melompat2 mengepit bola. Lepas dari tu kelihatan peserta2 seterusnya mengikuti teknik luqman membawa bola. hehe...
Sedikit perkongsian dari tazkirah Dr Danial Zainal Abidin, pendakwah dan pakar motivasi terkenal semasa hari keluarga tersebut, Dr Danial menyatakan keperluan kita menyertai atau terlibat dengan kerja dakwah. Satu kerja yang sangat mulia. tugas amar makruf nahi munkar ini sangat mulia. Dalam apa jua posisi kita, ambillah peluang untuk terlibat dalam tugas mulia ini. Satu lagi mama tersentuh apabila Dr Danial menceritakan perihal Rasulullah SAW, umur 40 tahun dilantik sbg rasul, 13 tahun berada di mekah, kemudian baginda SAW berhijrah ke madinah, maknanya ketika itu umur baginda SAW 53. 2 tahun kemudian perang pertama di dalam Islam berlaku, ketika itu pastinya umur baginda SAW 55 tahun. Lihatlah betapa mulia dan bersemangatnya Rasul SAW kita berkorban utk Islam. Ketika usia lanjutnya, 55 tahun baginda SAW terjun ke medan peperangan. Kita di sini Dr Danial kata, umur 55 nak pencen dah, nak rehat rehat dan rehat. huhu... nampaknya kena berfikirlah apa plan selepas pencen, moga kita aktif mencurahkan bakti untuk Islam.
3 comments:
tq. betulla kak alhan, kita kena sentiasa ada plan utk aktifkan minda. kalu pikir pencen nak rehat tidur je, tu yg byk penyakit nak dtg kut.
ish..ish.. baca pasai sakit mata pun boleh jangkit tak. terasa sengal2 je mata pagi2 ni.hehe..
betul. nak kena plan prog lepas pencen.
pakai spek mata hitam ok kot. abg mir nak belikan google(betui ka ejaan ni???) untuk luqman. dia suka tenyeh mata dia.
Post a Comment