Thursday, May 21, 2009

masbuq

Sekarang ni mama tengah melatih muaz dan luqman bersolat 5 kali sehari. Tiap kali masuk waktu solat mama masih perlu mengingatkan dan mengajak mereka untuk bersolat bersama2 abah, mama atau abang muhammad. Luqman agak pantas responsenya apabila di suruh berbanding muaz yang selalu ek ok ek ok(macam liat ja). Muhammad pula suka benor menjadi tukang report ketidaksempurnaan solat adik2nya. Ada2 saja reportnya, adiknya solat bercakaplah, adiknya solat tak cukup rakaat la, adiknya solat lajulah etc etc.
Semalam semasa solat isya, mama ajak luqman dan muaz solat sekali. Luqman kata nak jadi imam, mama biarkan luqman di sejadah hadapan menjadi imam. mama dibelakang mengikut(niat tak ikutla imam kecik tu:)). muaz yang ek ok ek ok tu datang kemudian, kelihatan muaz terus laju rakaat pertamanya dan kemudian terus berada bersama2 mama n luqman di rakaat kedua. dan akhirnya muaz selesai solat bersama2 kami. Imam Luqman terus mereport mengatakan muaz solat tak cukup rakaat. muaz menjawab cukup. Pagi tadi pula,luqman solat berimamkan muhammad. Ketika dia masuk berimam, muhammad sudah masuk ke rakaat kedua, luqman terus meniru seperti apa yang muaz lakukan malam tadi dan akhirnya dia selesai 2 rakaat bersama2 imam muhammad. Adusss kedua hero mama ni, lersalah konsep masbuq rupanya. BTW, Buku karangan ustaz zaharuddin, Formula solat sempurna amat bagus untuk panduan kita.

2 comments:

mama syaza said...

halamak. teringat mak lang sima kecik2 dulu. tp tak la kecik sgt pun.. pun buat masbuq mcm hero 2 org tu. zaman jahiliah btul.. good for them to have early exposure. bertuah btul..

alhan said...

hehe...sama no mak lang dgn 2 hero. Alhamdulillah, pendedahan awal akak pd mereka. akak takut bila memikirkan bab anak2 ni. teringat kata2 dari guru pasti luqman. ada anak2 umur 12 tahun masih belum tahu membaca tahiyat, bagaimana mereka nak solat? . ni tanggungjawab kita as parents. jgn lepaskan t/jwb ini pd sekolah atau guru semata2.