Alhamdulillah semalam muhammad mewakili sekolahnya memasuki pertandingan menghafaz surah-surah Al-Quran(dari juz 30) di Sek Ren Keb Tanah Liat. Muhammad mendapat tempat ketiga. Mama doakan Insya-ALLAH satu hari nanti ,muhammad , luqman dan muaz akan dapat memahami bahasa Al-Quran. Lebih bermakna jika dapat menghafaz dan memahami setiap ayat yang dibaca. Teringat mama cerita seorang ustaz tentang sahabat rasulullah SAW, saidina abu bakar r.a, beliau digelar Rojulun Hakiy (orang yang senantiasa menangis) oleh puterinya Saidatina Aisyah r.a. kerana beliau gagal membendung air mata saat mendengarkan ayat-ayat Allah di dalam solat bersama Rasulullah s.a.w. Insya-ALLAH mama doakan kita semua akan dapat memahami dan menghayati ayat2 ALLAH dan moga keimanan kita bertambah.
Dan apabila dibacakan ke atas mereka ( orang-orang beriman) ayat-ayat Allah maka bertambah-tambah lagi keimanan bagi mereka.Firman Allah dalam surah Al Fath:4
mama juga pernah belajar bahasa arab. Disebabkan kurang menggunakannya mama tidak dapat menguasai bahasa ini sepenuhnya. Namun mama bersyukur dengan kesempatan itu, dapat juga mama memahami sedikit ayat2 Al-Quran. Sekarang ini, rakan penyelidikan mama datangnya dari iraq, kadang2 mendengar mereka berbicara , mama cuba ingin menangkap maksudnya, namun mama gagal memahami percakapan mereka yang teramat laju itu :).
akhir kalam, tahniah dari mama untuk muhammad.