Wednesday, January 14, 2009

teratur kehidupan vs penampilan

Sudah masuk minggu kedua januari 2009. Cepat sungguh masa berlalu. Tiap hari membaca berita palestin hati sebak dan sakit. Ya ALLAH bantulah pejuang mujahidin di palestin. berilah kemenangan kepada ISLAM. kuatkanlah iman dan istiqamah umat islam di jalanMU. Lindungilah umat islam di palestine dan di seluruh dunia. Semalam mama membeli makanan di restoran sejati indah di perda, mama lihat nota putih tertulis boikot barangan amerika dan yahudi di kaunter bayarannya.Tiada lagi kelihatan kitkat, gula-gula, coklat etc etc. kelihatan tong ais krim nestlenya kosong. Mama rasa bersyukur di atas kesedaran restoran ini mengajak orang ramai memboikot barangan amerika dan yahudi. mama amat tertarik dengan artikel tulisan saiful islam berkenaan jihad ekonomi . Jom kita berjihad ekonomi.hari ni mama baru mendaftar semula sebagai ahli HPA. Insya-ALLAH lepas ni boleh membeli barangan HPA yang halalan toyyiban pula.
3 hero menjalani rutin harian mereka dengan pagi ke sekolah kemudian petangnya mengaji di surau. Mama perhatikan luqman agak teratur dalam menjaga barang sekolahnya. balik sekolah di letakkannya kopiah(dia n adiknya) dan lencana di dalam beg. pensel warna dan bekas pensel teratur elok di dalam satu sudut beg. pensel warnanya pun yang tahun lepas, masih elok dijaganya. cuma penampilan dirinya sahaja yang kurang di ambil berat,butang baju senget atau kopiah senget pun tak kisah. Hmmm lain betul dengan adik muaz yang tidak pandai menjaga barangnya. 2 hari lepas di tinggalnya kotak pensel di sekolah, kemudian semalam 2 kotak pensel warnanya pula tiada dalam beg, dimana hilangnya tidak diketahui. dia selalu kehilangan pemadam pensel. adussss pening mama dengan muaz. Tiap hari pelbagai pesanan mama kepada adik muaz manja ini. Muhammad pula oklah. Di tengah2 antara adik dan luqman. Tak teratur sangat dan tak serabut sangat , yang penting baginya penampilan mesti OK.

3 comments:

Pencinta Alam (Nature Lover) said...

k.ilah dah lama beli barangan2 hpa..ayam, daging, minuman dsbnya. muaz mcm kakak, barang2 asyik hilang...penampilan pun dia tak kisah hehehe. Adik lain pulak, agak tersusun, penampilan, nak yg lawa saja.

Amalina said...

tulah, mmg menyayat hati tgk berita palestine. ada satu website ttg atlas ina simpan lama, baru2 ni buka website tu nk cari map palestine n israel, takde tulis palestin langsung.

part luqman tak kesah appearance tu ada kesamaan dgn mak ngah, butang senget? mmg pernah experience, pak ngahla tukang tgk appearance mak ngah.

alhan said...

semalam saya membeli belah di HPA perda. begitulah ragam anak2, macam2 feelnya.
isu palestin, isu yg kita kena peduli.
mak ngah ok jg rasanya. luqman ni sampai jika dia berus gigi,dia basuh cincai ja, belemoih(paham dak?)ubat gigi kat tepi pipi pun dia tak peduli. nasib baik muka comei, belemoih pun masih comei, hehe..