Setiap hari, mama akan keluar menghantar 2 hero ke tadika PASTI mereka kira-kira pukul 750 pagi sebelum mama menuju ke USM atau uitm perda belajar. Kebiasaannya , sebaik saja masuk ke dalam kereta pasti akan kedengaran luqman berkata: mama nak lima kosong(duit belanja) dan seringgit(duit tabung) dan nak nasi lemak dan roti sosej 2(bekalan). adik muaz tiada permintaan apa2. pagi tadi adik kata dia tak mahu duit langsung. Mama dapat rasakan luqman yang menguruskan kewangan adik juga. luqman memang advance bab ini. adik masih belum pandai dengan duit dan aktiviti belian.
semalam luqman pulang membawa borang permohonan derma untuk pembinaan taman permainan ditadikanya. luqman berkata: mama boleh derma 10, 20, 50, 100 atau seribu. mama nak derma seringgit , boleh dak? dia muncung mulut sambil berkata: cikgu kami dah order dah nak buat taman mainan tu. mana nak cukup seringgit. hehe... saja mama menyakat luqman lagi, la mama tak dak duit dah ni, tiap hari luqman asyik minta lima kosong , seringgit lps tu nak nasi lemak + sosej lagi. kesian mama tau,habis duit mama. sampai saja ke tadika luqman terus meluru serahkan sampul putih derma dari abah kepada cikgu kelasnya. Pagi tadi luqman berkata: ha tulah tempat depa nak buat taman mainan tu. kalau mama nak main nanti :), kena parking kat sebelah tu. Bersemangat sungguh luqman bercerita hal taman mainan tu. mama doakan moga sempatlah taman itu siap sebelum luqman meninggalkan alam persekolahannya di situ.
Tadika PASTI tanjung putus , permatang pasir luarannya nampak agak dhaif, tiada kemewahan, kelas2nya berada di dalam bangunan 2 tingkat( bawah simen, atas papan) wakaf dari hamba ALLAH. Namun mama amat sukakan guru2nya(cikgu asnida, faridah,normah dan 2 org lagi ) yang begitu dedikasi mendidik anak2 di situ melalui pendekatan islam. Moga tadika ini menjadi "syurga buat anak2" kecil ini menuntut ilmu dan membesar. Moga dengan adanya taman mainan itu nanti, anak2 kecil ini bertambah ceria ke tadika belajar sambil bermain.
mama amat menyukai kawasan sekeliling tadika ini yang diliputi oleh sawah padi yang cantik menghijau. Rasa tenang melalui kawasan ini tiap pagi. Mama berangan ingin memiliki tanah dan sebuah rumah kecil di kawasan yang tenang ini. mama sememangnya sukakan kehidupan di kampung. Hijau, semulajadi, tenang, aman, tidak terkejar2.
2 comments:
wokeh la man. mak lang train jadi accountant berjaya. hehe. dari kecik dah nampak bakat ni. tak jd accountant pun takpe. tp kene amanah dgn duit.
aa mmg ada gaya akauntan dia. boleh kawan dgn mak lang.
Post a Comment