Thursday, July 31, 2008

abg yong

mama teringat semalam semasa mama tengah memasak(kupas bawang), abg yong datang pada mama.
abg yong: awat mata kita menangis bila kupas bawang? adakah kita teringat pd arwah tok kita ke, opah kita ke, mak kita ke????
mama: abg yong g tanya cikgu sainslah kat sekolah. mama tak tahu. bukan kita sedih, ada benda dirembeskan oleh bawang nih yg menyebabkan mata pedih n menangis, hehe...( mama teka je nih, mak ngah tahu kot sbb org dlm bidg kimia)
kat rumah dan juga sekolah abg yong sgt tak suka pada seorg budak perempuan ni, namanya kamilia. kamilia ni suka memanggil abg yong dgn panggilan yg dia tidak suka. antaranya orang cina, orang jepun, botak dan yang terbaru madu tiga(pelik bin ajaib). sehinggakan abg yong minta mama tukarkan tempat mengaji dia sbb tak mahu sekali dgn budak perempuan ni. mama selalu tersengih je bila abg yong balik menceritakan perihal kamilia mengata pd dia ni. mama pesan pd abg yong, lain kali bila kamilia mengata, abg yong ckp Alhamdulillah sjlah. diam tak payah balas. sekali tu abah mencadangkan, lain kali bila kamilia mengata, cakaplah kat dia" awat hang suka kat aku ke!!!" abg yong terus cakap, eeee tak sanggup nak ckp mcm tu, hehe....teringat mama di zaman sekolah dulu mama juga tak lari dari perkara mcm ni. mama dulu mangsa usikan budak2 lelaki nakal di dalam bas sekolah. selalu panggil mama, alahan, arahan, ikan pirana sekolah mat cirit(sekolah mama dulu, Sek keb mohd shariff). Mama tahu mrk suka nak tengok response mama bila mama dipanggil begitu. most of the time mama diam sj n lastly mama tak naik bas dah. jalan kaki sj.
pagi tadi sebelum keluar pergi keje, mama suruh luqman ambil ketayap dan pakai. luqman tak mahu pakai. mama pun pegilah dekat dia dan doa2 n hembus kat kepala dia. masih dgn muka dan mulut chongnya. mama katalah apalah ada dlm badan luqman ni, mama doa pun tak mahu dengar cakap mama. terus adik muaz kat sebelah meyampuk, ada syaitan dalam badan luqman!!. aduss vocabulary hero2 mama ni dashyat juga. macam orang tua.

cabaran mendidik anak

tadi tengahari mama keluar lunch dengan untie rin dan ila. kami makan di cafe pusat urus zakat. mama suka minum apple kasturi kat situ sedap. dalam perjalanan untie rin menceritakan perihal anak2 dia, shireen n faris(10 n 8 tahun). Mereka sudah pandai ke kedai yg jauh sendiri. bibik larang pun tak mahu dengar katanya. untie rin seakan ingin memarahi tukang kedai :). balik sekolah anak nak ke kedai, balik mengaji nak ke kedai. Kedai kelihatan mempunyai tarikan yg kuat pd anak2 ini. sebagai ibu pastinya untie rin amat risau. terutama di zaman sekarang ini yang keselamatan di sekeliling sudah tidak dpt di jamin. mama memikirkan apakah kaedahnya yang patut ibu2 lakukan jika anak2 berdegil tidak mendengar nasihat. Keadaan berlaku di luar pantauan ibubapa. ibubapa ke tempat kerja. Jika mama di tempat untie rin, mama hanya mampu menasihat dan terus menasihat dan berdoa pada ALLAH moga melindungi anak2 mama. Moga ALLAH melindungi untie rin dan anak2nya.
ALhamdulillah teringat di rumah abah ada ajarkan doa melindungi diri pada 3 hero. kekdg kedengaran adik muaz membacanya. Mama harapkan hero2 mama mengamalkannya. hero2 mama juga mencabar didlm mendidiknya. terutamanya luqman. dia terlalu berani. Pagi tadi mama jumpa ustazah zah yg bawa van dan mengambil luqman dari sekolah. semester ni mama tak dpt nak lari mengambil luqman slps sekolah pukul 1230 thr. mama ada kelas. jadinya mama minta van ustazah ambilkan luqman. pagi mama hantar luqman. mama kalau boleh biarlah mama yang hantar dan ambil hero2 dr sekolah ke rumah pengasuh. baru hati mama rasa lega. di samping lega keselamatan mrk, dpt jg bersembang wpun sekejap menanyakan aktiviti mrk di sekolah. tadi ustazah cerita ada satu hari tu, luqman kata dia tak mahu balik dgn van ustazah, dia nak balik dgn van cik jat. dia nak beli coklat(van cik jat belum sampai ketika itu). Dia kata" tak pa nanti luqman habaq kat cik jat suruh hantar luqman kat rumah mak(panggilan pd pengasuhnya)". Ustazah pujuk2 minta dia balik, dia bg pula cdgn ajak ustazah bawa dia pergi ke kedai runcit dekat rumah, adusss hero mama seorang ni. abah selalu cakap pd mama tak payahlah bg duit pd luqman. mama bagi sbb attraction pd van cit jat tulah. jika mama tak bagi, luqman akan minta pd kawannya. mama selalu pesan pd luqman sayangilah gigi luqman. luqman beli roti telur tak apa kat cik jat tu, mama tak marah. inilah cabaran mama dgn luqman yang berani ni. abang yong ok dah sbb dia dah besar.

Monday, July 28, 2008

perkahwinan

Jumaat semalam kami sekeluarga bergegas pulang ke alor setar selepas solat jumaat. Pak njang faiz akan mengakhiri zaman bujangnya selepas solat asar. Abg yong cakap tinggal 3 org lagi bujang lapok(mak ndak, pak teh n pak usu). Alhamdulillah dgn sekali lafaz selamatlah pak njang n mak njang aini memasuki dunia baru mereka sbg suami isteri. di doakan moga mereka berbahagia dan diberkati rumah tangganya. ni skrip abg yong dlm kad kahwin yg diberikan pd pengantin: "tahniah pd pak njang dan maknjang kerana telah selamat berkahwin. Berdoalah pada Tuhan untuk mendapat anak yang baik, soleh dan solehah." lepas tu dia lukis gambar perempuan n lelaki pegang tgn, hehe...abg yong ni jiwang juga orang nya. dia sgt meminati cerita melayu, cerita cinta, hantu,. hairan bin ajaib. abah dia mmg selalu kutuk cerita melayu, mama dia pula tak suka nonton TV. dia ikut sape yek..

Dalam perjalanan balik slps nikah dan makan di rumah pengantin perempuan, adik muaz di dalam kereta bertanya:

muaz: bila adik besaq mcm pak njang adik boleh kahwin juga kan?
mama : boleh
muaz: kalau camtu adik nak kahwin dgn isteri pak njang.
mama: mana boleh. pak njang dah kahwin dgn dia
muaz: adik tak kira, adik nak kahwin jg dgn isteri pak njang sbb dia lawa.

sabtu kenduri di rumah mak njang aini. cuaca mendung dari pagi. Alhamdulillah ketibaaan rombongan kami hujan belum turun, cuma tgh mkn hujan turun dgn lebatnya. hujan rahmat. Alhamdulillah hero2 mama ok. cuma biasalah bila masuk dlm rumah pengantin, sibuk nak bergusti. sekrg mama rasa relax, hero2 mama dah besar. semua dah pandai bw diri, semua dah diuruskan sendiri, mandi, pakai n berak. mama tak susah dah. kesian mama tengok mak lang najwa dan ayong wahida dgn anak2 kecil yg bila keletihan mulalah meragam. moga mereka bersabar dlm fasa2 anak2 membesar dgn pelbagai kerenah ini.
Ahad kenduri di rumah tok pula. Alhamdulillah cuaca elok. mendung tetapi tidak hujan. Ramai juga jemputan yg hadir. mama pun kepenatan kejap di luar kejap di dalam. hero2 mama mula2 tu bersemangat nak bawa bakul nak berikan cenderahati gula2 kepada tetamu. aduss pening mama, abis berterabur kotak gula2 yg di kendung adik muaz. hero2 ni jg yg tlgmembungkuskan gula2 sambil pau gula2 ni utk mrk. hr jumaat tu mama lihat kembong poket seluar luqman, rupanya dia pau gula2 simpan dlm kedua2 poket seluar dia. semalam dia bwkan gula2 yang lebih ke tadika dia. dia cerita dia kata: "jual2 coklat, sapa nak beli" . mama tanyalah berapa dia dapat, dia kata dapat sampah. kwn2 dia x bayaq. depa ambil free, hehe....

lastly tahniah to pak njang n terima kasih pd kakak2(me, najwa, k.chaq n wani) yg x kreatif langsung, hehe .. for the beutiful pelamin n bilik pengantin. a very simple one n yet beutiful...

okes, next is mak nadak wani this coming december, Insya-ALLAH...

pak njang masih bujang

pak njang kusyuk mendengar khutbah nikah

mak njang tersenyum bahagia di luar masjid

bergambar ramai2 di rumah mak njang

tok n wan mengapit pengantin

mama, abah n hero ber3 bersama pengantin

kakak2 n pengantin

mama n anak2 sedara

ayong n puteri2nya

pengantin tua

bilik pengantin nukilan k.chaq n mak ndak

hero sulung mama yang suka perasan hensem

Monday, July 21, 2008

mak ndak kembali ke malaysia

mama mencuri masa sekejap pagi ini. pukul 2-5 nanti mama ada kelas. Sejak sabtu semlm mama pening kat muka(pelik?), kat pipi especially. mama rs resdung kot. sebenarnya mama stress sabtu semalam. paginya ada gotong royong perdana di ofis. lepas habis gotong royong mama bergegas ingin menyiapkan soalan peperiksaan akhir. ada 18 soalan kesemuanya mama kena buat. sekejap2 mama melihat jam di komputer. terasa nak balik ke rumah bersama 3 hero. mama target nak siapkan juga soalan dan solutionnya pd hari tersebut. Alhamdulillah tepat jam 5 ptg mama berjaya siapkan :). petang sabtu dan ahad tu memang mama habiskan waktu meluangkan masa bersama 3 hero. Ahad tu mama masak nasi berlaukkan sayur +ayam masak merah dan pulut kuning dgn kari daging. Seronok mama lihat abg yong menjamah pulut kuning. sebelum ni abg yong ada minta mama buatkan pulut mkn dgn buah durian. dia bg mama B- waktu. dia kata tak sama mcm tok masak. ahad semlm dia bg A kat pulut kuning+kari daging mama, hehe ... dia kata boleh suruh mama buat kenduri kat tempat mengaji dia. abg yong ni byk cerewet sket dan busy bodier(suka pasang telinga bila org tua berckp). luqman Alhamdulillah jrg menolak rezeki. tu yg mama pesan pd abg yong la ni, jgn ckp apa depan rezeki. bersyukur dgn apa yang ada.
Awal pagi semalam mak ndak selamat tiba di malaysia. Mak ndak pulang ke kedah dengan pak njang faiz. pak njang faiz sudah mula bercuti utk persiapan perkahwinan nya pada hujung minggu akan datang ni. pukul 930 mlm mak ndak telefon mama," hero ber3 dok buat apa? mak ndak nak singgah tengok depa, jgn bagi depa tidoq lagi tau". hehe mama dah siap tutup lampu waktu tu. pukul 10 mak ndak sampai. mak ndak makin slimmmm. ni yg jeles nih. abg yong n muaz dah tidur, luqman masih terkebil2 lagi. mama buka lampu , luqman n muaz bangun. mak ndak mencium mrk sambil kejut mrk bangun. hehe abg yong tidur mati. tak sedar langsung. pg td bgn tanya: "adik mama mai tak mlm td?rs mcm dia pegang2 kepala muhammad".mak ndak tanya luqman, tahu tak pak njang nak kahwin. luqman: "tahu, dia nak kahwin dgn marka(awek) dia" . fuh terkejut mama dengar. mana dia tahu sebut marka ni. okes mak ndak see u again friday ni. slamat bersiap faiz, sorry akak tak sempat nak balik tolong. akak balik friday ni before upacara nikah tu... all the best.

Tuesday, July 15, 2008

hujung minggu

12 Julai semalam mama organize career talk: how to secure and win in an interview untuk pelajar tahun akhir diploma dan degree dari fakulti kejuruteraan elektrik dari pukul 9-12 t/hr. Alhamdulillah walaupun notis agak singkat di pamerkan kehadiran pelajar amat mengalakkan. dan mama bersyukur dari maklumbalas yang diberikan pelajar mereka inginkan agar program ini dibuat untuk j/waktu yg agak lama dan mereka ingin penjelasan lanjut tentang career marketing system. Terima kasih kepada uncle yusuf kerana sudi berkongsi ilmu ttg proses pencarian kerja ini. Mama bawa bersama hero berdua kerana hari cuti. abah pun turut bersama di dalam program ini. Yang pastinya luqmanlah participant yg paling active pd hr itu. Setiap soalan penceramah dia yg jawabkan, cthnya penceramah tanya: are you clear or not? dgn suaranya yg kuat dijeritnya CLEAR!!!. lepas tu kejap2 dia menjawab YES!!!. Sebelum berakhir program ini mama menjemput en asri utk memberikan cenderahati kepada penceramah. Dengan kuatnya luqman tepuk tangan sambil mengucapkan TAHNIAH!!! dengan kuatnya. Moga hero2 mama juga nebdapat manfaat dari program ini, hehe...
Petang sabtu tu mama ke hotel equotorial jumpa kawan mama, untie na. Lama sungguh mama tak jumpa untie na ni. rasanya dah hampir 10 tahun slps abis belajar dulu.seronok bersembang dgn untie na. yg tak syoknya hero 3 orang tak boleh dok diam dan tak abis2 nak pergi kolam.

mama dan untie na

Ahad lepas subuh kami keluar berjogging ke mengkuang dam. Minggu lepas kami berjogging muhammad n luqman insist nak pakai kasut tok ayah mrk beli yg ada roda tu. mama ckp tak payahlah sbb kasut tu x sesuai utk jogging dan berat. at last kerana degil mrk pakai jg dan hari tu turn out to be mama jog lagi laju dr depa berdua, hehe...
depa asyik tarik tgn baju mama tak bg mama jalan laju. ahad semalam mrk pakai selipar sj and its turn out to be depa lg laju dr mama. mama di tinggalkan dibelakang jalan sorg2 :(.
mengkuang dam selepas subuh
hero bertiga membaling roti pada ikan di tasik mengkuang
ikan-ikan menikmati roti yang dibaling

petang ahad luqman main bola di halaman mini rumah

pokok mama tanam di halaman mini depan rumah

Thursday, July 10, 2008

Seminar Perubatan islam

Alhamdulillah sepjg hr ini mama berkesempatan mengikuti seminar perubatan islam. Dititipkan sedikit di sini dr ilmu yg diperolehi:

antara rahsia/syarat pengamal perubatan islam:
1.Beragama islam
2.Berilmu
3. yakin segala penyakit ada ubatnya dan ALLAH berkuasa berikan kesembuhan[ayat 82,al-isra]
4. hadis nabi SAW yg bermaksud: "hendaklah kamu menggunakan 2 penawar: madu lebah dan Al-QURAN"
5.kena berniat bila merawat
6. ikhlas, jgn ada riak
7.Redha, penyembuhan adalah hak mutlak ALLAH
8.Nafas, kekuatan dlmn perawat
9. aspek rohani: nur akan berperanan apabila berlakunya doa yg ikhlas dr perawat
10. personaliti &perwatakan perawat: akhlak mulia & islam yg mukmin
11. Tawakkal

sesungguhnya byk dr kejadian ALLAH di muka bumi ini adalah penawar kpd penyakit. td ustaz bg cth pokok betik, dari daunnya sehingga akarnya ada gunanya sbg penawar:
daunnya - kencing manis, darah tinggi, kolestrol
bunga - gastrik, keputihan, senggugut
akar - luka dalaman & buasir

kemudian di sesi kedua membincangkan tentang sihir dan makhluk halus. sihir dlm masyarakat melayu, jenis sihir, peralatan pemujaan dan akhirnya sihir adalah dosa besar seperti disebut ALLAH SWT di dalam ayat 6 surah Al-Jin dan juga rasulullah SAW bersabda: Jauhilah 7 perkara yg membinasakan, sahabat bertanya: apakah dia wahai rasulullah, rasulullah menjawab: syirik kepada ALLAH, sihir, membunuh manusia yg diharamkan ALLAH tanpa hak, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari drpd medan pertempuran dan menuduh perempuan baik berzina."

Disebelah ptg diadakan bicara ilmu, 2 panel dari perubatan islam darussyifa dan darussalam dan seorg doktor perubatan moden(Dr Jamnul Azhar). Alhamdulillah menarik sesi petang ini. Antara yg dibincangkan:
1. Dr Jamnul mengatakan sistem perubatan moden sbnrnya asanya adalah perubatan islam. katanya dlm Al-Quran, ayat asar(madu lebah/campuran) sebenarnya ubatan moden jg adalah hasil campuran2 bhn2. Alangkah cantiknya jika doktor2 kita memahami Al-Quran dan Islam. Di akhir rawatan sepatutnya doktor patut menyebut: bahawa kesembuhan adalah dr ALLAH. Berdoa dan makanlah ubat sebaiknya. Doktor kena mendoakan kesembuhan pesakitnya.
kemudian ada pertanyaan dr peserta kenapa perubatan islam menggunakan air mineral/air tak masak. kerana air yg di masak hilang zat2nya dan melalui pengalaman kurang mujarab. telah berlaku perubahan pd molekul air. Diceritakan juga pengakuan pakar sains dr Jepun bahawa air zam2 adalah air yg terbaik. dan ustaz jg menceritakan perihal forum di mana ketua2 pelbagai agama di undang dan dimohon berdoa/jampi pd air yg disediakan. maka air yg di doakan oleh ustaz(dibacakan Al-Fatihah) adalah air yg terbaik melihatkan pd molekul airnya yg berkilauan seperti mahkota. kemudian isu histeria, penyakit schizoprenia, tanda kena sihir, kaitan magnet dgn perubatan & isu gatal.
Byk lagi, serba sedikit itu sjlah yg dpt mama kongsikan di sini. Wallahualam

Wednesday, July 9, 2008

minggu yang sibuk dan hero belajar mengaji

aduss masa berlalu terlalu cepat. dah lebih 1/2 tahun. minggu ini semster jul-nov 08 bermula. hmm kelas mama semester ini tak berapa cantik. bila mama fikir2 cantik jg sebenarnya. isnin awal pg pukul 8-10 mama ada kelas. nampak dlm jadual semua hari ada kelas/makmal. dah tu byk pula kelas yg mulanya petang dan habis pukul 7. Alhamdulillah wpun nampak kasarnya tidak menarik tapi menarik. pelajar mama hanya 9 org semuanya. satu kelas tu hanya 3 org shj dan satu lg subjek pula hanya 6 org pelajarnya. mama nampak kesannya nanti bila tiba masa marking, Insya-ALLAH ringan sikit bebannya. Apa2 pun mama enjoy mengajar. minggu ini mama teramatlah sibuknya. Dengan tugasan membuat soalan peperiksaan 3 set, nak mengajarnya, nak siapkan spec pemberian barang penyelidikan, nak siapkan paper utk conference. Ya ALLAH rs spt tak mampu nak siapkan semuanya. Moga ALLAH membantu.
Sudah 2 minggu luqman dan muaz belajar mengaji dgn ustaz. Alhamdulillah hero berdua nampak gembira. Mama sangat berterima kasih pd "mak" dan "ayah" (babysitter 2 hero) yang sanggup bersusah payah menghantar dan mengambil 2 hero mengaji pd sebelah ptg. Sekarang ini disamping ke surau mengaji dgn ustaz, hero berdua mengaji dgn abah selepas subuh. Mama perhatikan bagus jg abah mengajar di waktu subuh ini. nampak ada konsentrasi lebih sikit dr dua hero walaupun luqman selalu sebek je bila kena tegur kuat dgn abah. jika di waktu malam hero2 ini seperti teruja utk bergomol-gomolan. jadi kebiasaannya konsentrasi mereka agak kurang dan mama dan abah pun mulalah nak naik marahnya. satu lagi mama perhatikan hero berdua ni suka sgt menyanyi terutamanya si luqman. oleh itu bila sj mereka menyanyi abah denda suruh membaca iqra :) hehe..di rumah pengasuh mereka memang suka sgt menyanyi, angah, anak remaja mak suka menyanyi. sebab tu mereka suka menyanyi agaknya kerana di rumah mmg tak pernah mama buka radio. lagi satu abah pun mama rasa suka menyayi/mendengar radio juga mama rasa...hmm oleh itu kemana tumpahnya kuah kalau tidak...hmm hanya mama yang kurang suka pd bunyi bunyian ...

Thursday, July 3, 2008

abg yong pandai melukis

Gambar di atas adalah hasil lukisan muhammad. mama perhatikan anak mama yang sulung ni seperti berbakat melukis. ada juga diturunkan skill abahnya . Sekarang ni mama perhatikan abg yong suka melukis robot dan kereta. kebanyakannya adalah daripada siri TV yang di tontonnya. bila di lihat pada lukisannya ada seninya. cantik. kalau mama mesti tak cantik langsung. adik2nya pun suka menyuruh abg yong lukiskan robot untuk mereka. selalunya bila dilukis, bag yong akan photostatkan dan berikan pd kwn2nya atau adik2nya untuk diwarnakan.
Semalam luqman n muaz demam. Alhamdulillah pagi ni dah sihat hero berdua tu. malam sebelum semlm mama bawa hero berdua ke klinik. masa tu luqman yg panas betul. muaz masih sihat waktu tu. mama hairan hari tu muaz bercakap tersangatlah banyaknya. tak berhenti bercakap. dari rumah ke klinik pot pet pot pet. kat klinik sampai di kaunter pendaftaran dia suruh mama angkat dia, nak tengok doktor dia kata. hehe mana ada doktornya kat situ. lps tu sementara dipanggil masuk. dia tengok pokok buluh kat klinik tu di komplennya pokok ni nak mati. dia nak patahkan. mama kata "jgn nanti doktor marah, tak pa sat g doktor bg ubat kat pokok tu tak matilah pokok tu". dia setuju dgn jawapan mama, hehe. lepas tu dia meniarap kat kerusi klinik sambil beraksi seolah askar tgh merangkak sambil memegang senapang. lepas tu kejap2 dia nyanyikan lagu "KL drift". setelah dipanggil masuk terus muaz menuju pd tempat timbang berat dlm bilik doktor. luqman diam shj, dia demam teruk ms tu. dah lembik. tetiba dengar muaz kata" dua kosong mama". hehe memberitahu beratnya 20kg? lepas tu mama minta doktor check muaz jg. mama dah dpt rskan dia pun akan demam jg. panas sikit. kelihatan doktor tersengeh melihat gelagat muaz yg bercakap non stop. pandai je dia menerangkan pada doktor tentang demamnya, batuknya etc etc. walhal sbl tu nampak sihat sgt.muaz ni ikut sapa ye....