Wednesday, April 23, 2008

computer or no computer...

ni cerita satu dugaan dalam membesarkan anak2, tiada apa sangat, tapi minggu lepas abg yong hangat dengan isu laptop, so memang abg amir dok berkira2 la nak beli kat depa tapi PC, bukan laptop. Selain soal duit, (actually duit is not a big issue) abg amir dok justify keperluan beli komputer untuk depa ni. Pada umur yg masih muda, penting sangat ka depa ni kenal komputer... untuk apa depa ni perlukan komputer... adakah mereka akan salah guna komputer (paling merisaukan)... dan tak kurang penting, berapa lama laa hayat komputer tu nanti... benda bukan murah.
abg amir ingat masa first time memiliki komputer dulu, masa masih student di UK, memang ada keperluan untuk kerja2 study, disamping main games. Dan hampir 60% daripada kegunaan komputer abg amir masa tu, ialah main games. Guna untuk study mungkin 10-20% aje. Dan bila difikirkan balik, 10-20% usage on sutdy tu dah justified untuk memilik komputer, sebab tanpa komputer, kerja2 study tu mungkin terencat atau tidak sempurna. lagi pun dah cuma banyak tu je keperluan komputer untuk kegunaan akademik, nak buat camna...
laptop mama dia pun dok guna cari teka-teki kat dlm internet je... last week abg yong ada assignment bahasa inggeris (BI), kena describe attires (pakaian) dalam BI. dia minta tolong abg amir, jenuh jugak lah kita pun nak describe in proper words. akhirnya abg amir dapat idea, buka laptop, tolong dia search wikipedia dan online dictionary untuk definition/description attires tu semua. so memang tinggi lah standard BI dia - untuk seorang budak melayu, yg hanya cakap loghat melayu penang (not even baku), sekolah di mana 99.99% peratus adalah budak melayu, dok dalam kampung melayu. anyway bukan bermaksud nak menipu dengan tahap bahasa yg begitu tinggi, tapi dah itu yg ditulis dalam internet. So abg amir kata kat dia, terus-teranglah dgn cikgu yg muhammad guna internet utk kerja rumah ni.

Dua perkara abg amir dapat dari insiden2 di atas, justification untuk beli komputer kat dia walaupun peratusan kegunaan yg berfaedah mungkin rendah, dan sekurangnya dapat ajar dia guna komputer untuk pembelajaran dia, hopefully menarik minat dia. Cuma yg masih membingungkan ialah adik2 dia yg dua orang lagi tu, apa komputer tu pada depa, mainan ka... satu mesin yg mahal ka... just another tv ka... luqman memang lekat depan komputer je bila balik kampung, tak kiralah KL ka, alor setar ka...
Anyway ni satu clip yg sempat dirakamkan tanpa dirancang. actually abg amir nak test samada camera abg amir boleh display life preview on tv, macam kedai2 selalu buat. so bila nampak muka depa kat tv, maka tergedik2 lah mereka.

Tuesday, April 15, 2008

happy birthday abah

happy birthday to abah. Hari ni genap umur abah 34 tahun. dah tua dah abah. Semalam petang balik dari kerja mama terus ke kedai kek belikan kek birthday untuk abah. Hujan lebat sungguh ms tu.
lepas tu mama rushing balik rumah dan ajak abg yong ke kedai belikan kad untuk abah.

mula2 mama plan nak ke sunway carnival. jauh sgt pula dan dah dekat maghrib. akhirnya mama ajak abg yong ke kedai tak jauh dari rumah sahaja. abg yong kata kita belikan hadiah pen kat abah. so abg yong pun pilihlah 3 pen, dia kt dr dia, luqman n muaz kpd abah. lepas tu kami pergi ambil luqman dan muaz. dalam kereta berebut dua org tu nak menulis kat kad abah tu dan nak lukis muka org senyum.
mama pesan kat 3 hero, esok pagi kita bg kad dan hadiah kat abah. balik rumah 3 hero tak sabaq nak tengok kek mama belikan. mama warn sekali lg jgn bgtahu apa2 kat abah. tgh mama mandi, abah balik dr kerja. Terdengar mama, luqman dan muaz jerit" abah, ada kek utk abah". muhammad frust terus bagitahu mama, adik2 dia dah pecah rahsia :). Pagi td sebelum pergi kerja mama keluarkan kek dan kami makan bersama. muhammad tak sabar dr subuh lg tanya mama bila nak mkn kek dan bg hadiah kat abah.
adik manja tgh sedih kena marah. tu yg masam je muka dia mkn kek...
sejak dua menjak ni, muaz dan luqman dihantui dengan cerita askar. ni penangan abah depalah yg download cite askar & burn kat CD. berulang kali hero ber2 ni menonton cite askar. selalu diorang berdua ni perasan jd askar. ahad bebaru ni mama ke Uitm sekejap, hero ber2 ni bw senapang. sampai uitm ja terus cari tiang dan bersembunyi dgn mengendong senapang dan nampak je student(org jahat kata depa) lalu lalang terus menembak. ada sekali tu, mama dok bilik belakg mengosok baju. hero berdua main askar: terdengar luqman kata jom kita tembak org jahat kat bilik belakang, kemudian adik menyampuk " kita tak boleh tembak org pompuan". sahla org jahat depa nak tembak tu adalah mama :). penuk aksi sungguh mereka menjadi org askar.
abg yong beriya nak laptop. weekend semlm ada PC fair dekat bertam. Sabtu sbl kami bertolak siap ajak abah dia singgah tabung haji dia nak ambil duit simpanan dia nak beli laptop. mama tanya nak buat apa laptop? dia kata nak cari teka teki, nak main game , nak tengok video kat you tube. jeles tengok mama ada laptop kot. ahad tu siap tanya mama, dah decide ka mama nak beli laptop yg mana sbb sabtu tu mama ambil pamplet n flyer byk2. hish beriya sungguh dia nak laptop. mmg mama n abah plan nak beli komputer. laptop rasanya tak robust utk anak2 mama yg tak reti dok diam ni. bersabar ye abg yong..
ni gambar muaz tgh gunting rambut. dia nak jd org askar. kena rambut botak dia kata...