Friday, March 28, 2008

Muhammad terlanggar hantu

Last week , hari apa ntah, muhammad terlanggar hantu waktu malam ketika dia solat isya'. Masa dia tengah solat, kak farhana tutup lampu, gelap satu rumah. Tiba2 dengar dia jerit, mama!, lepas tu ada bunyi kelekung! lepas tu muhammad nangis dan abg amir cepat2 buka lampu dan ternampaklah muhammad dok peluk lutut dia sambil teriak sepenuh hati...

punya la takut gelap, terus nak tinggal solat, haa lepas tu lutut cium tiang katil (bukan hantu :))

Sabtu lepas, kilang amir, (bukan amir punya kilang) buat program untuk budak sekolah, "agilent After School". Agilent jemput budak2 sekolah sekitar penang mai agilent untuk buat aktiviti reka kereta roket. Anak2 staf agilent pun ada, so amir pun bawak la muhammad, dan dua orang hero lagi tu. Program tu kononnya nak inculcate minat budak2 dalam sains, so rekaan kereta roket tu berdasarkan 'Newton's 3rd Law' - every reaction there's an equal and opposite reaction. tapi sayanya budak2 tu lebih sibuk buat kereta roket tu dpd paham apa bendanya newton's 3rd law tu.
So muhammad pun join la. Ntah camana, dia ditempatkan dengan kelompok budak2 dari sekolah tamil, walaupun dia sepatutnya duduk dlm kelompok anak2 staf agilent. Tapi tak apa lah, kasi dia bergaul sikit - dok sekolah melayu, tak berapa bergaul dgn bangsa lain. Setiap seorang budak dapat buat satu kereta roket, actually powered by compressed air dari belon je. Sila lihat gambar. Terima kasih kepada kakak yg memberi tunjuk ajar, yg tengah menggunting untuk adik2 tu (dlm gambar di bawah ni).Luqman dgn Muaz pun teringin, so Amir bagi la satu kit extra untuk depa buat kereta roket, tapi depa main gunting2 je, kereta tak siap2 pun. Lepas tu bila budak2 sekolah tu dah siap dan nampak rupa bentuk kereta roket tu, Muaz pun merengek nak sebijik. Nasib baik ada kit yg lebih2, so amir pun membidan terjun buat kereta rolet tu cepat2, dah tu bukan boleh buat sebijik je, kena buat sama untuk luqman.Oleh kerana ramai sangat peserta, perlumbaan dibuat berperingkat2. Saringan pertama ,muhammad menang, kereta dia not bad, laju gak. gambar kat bawah ni, di garisan mula, atas lantai je. Mana tak laju, belon muhammad paling besar.
so dapat la masuk second round. 2nd round di buat atas litar lumba special. malangnya kamera amir habis bateri, tak dak gambar. anyway, pada awal2 sebelum mula sempat la ambil gambar litar tu, so kalau nak tengok, kat bawah ni. muaz & luqman cukup takjub tengok litar tu, naik risau amir takut depa bagi rosak. dah la depa berdua ni dok tak diam.Dalam saringan kedua, muhammad kurang bernasib baik, walaupun kereta dia agak laju tapi gelong sikit. Kereta dia terlanggar dinding tepi litar dan terus tersangkut. Dia terus ajak balik.
gambar terakhir ni, aksi muhammad tengah 'isi minyak' kat kereta dia. high octane tuh!

7 comments:

Unknown said...

adeh,tertipu rupernya.mula2 mkndak baca tajuk tu,igtkn betoi!hehe.mamat2..mama kena selalu main2 tutup lampu lagi ni:)
apapun,tahniah abg yong!walaupun x menang,dpt g second round tu not bad.
usaha lagi!,makndak balik nanti,muhammad buat satu keta roket kat makndak tau.

Cookie Monster said...

fuyo..bukan main lagi muhammad.ada gaya jadi engineer tu.lama tak dengar berita alhan.tak sangka bila arni browse2 internet terjumpa blog alhan nie.

apa2 pun semoga maju jaya dlm kehidupan dan kerjaya.

alhan said...

mama mmg suka tutup lampu sbb bila cerah 3 hero suka bergusti dan suka semakkan rumah :). masa tu luqman n muaz dah ready nak tidur, so mama pun terus tutup lampu, ingat nak g buka lampu bilik air lps tu. tutup2 je terus abg yong terlompat langgar besi katil, hehe...
aaa mmg ada gak gaya nak jd engineer abg yong tu. ms g mekah tempoh hari mama ada beli buka sains, byk experiment simple2 boleh buat. abg yong suka jg try. bebaru ni dia try buat intruder alarm.
thanks arni for visiting my blog, lama tak dengar berita dari awak.take care

Amalina said...

tuuu dia bersungguh2 abg yong isi minyak, sampai nk terkeluar bijik mata.

Missa said...

A'kum Cik Al...Dah besar dah hero2 cik al nie....lama sungguh tak jumpa ..missa la nie kat NZ hubby sambung belajar..buat masa nie missa full time housewife la...

alhan said...

aaa missa cepat sungguh masa berlalu. apa email missa? boleh access internet dekat rumah? bestnyeee jd housewife. mesti anak2 seronok. updatelah kat blog awak. nak tengok gambar awak n anak2 kat NZ yg cantik tu. yg sulung tu bulatnye muka dia.mcm muka awak. no 2 mcm muka hubby awak.

Missa said...

Cik Al...nie e-mail amissa76@gmail.com
Nanti cik Al mail la kay..leh bercerita panjang sket..
Cik Al dah start PhD blum?