Sunday, February 24, 2008

mama seronok menerima tetamu

Malam ni hero2 mama tidur awal. Keletihan agaknya siang tak tidur. Hujung minggu ni terasa cepat berlalu. Sudah 2 minggu mama sibuk melayan tetamu. Hujung minggu yang lalu tok dan mak lang sekeluarga datang makan t/hari. mama masak ringkas shj. Mama tak pandai masak.

Alhamdulillah baby adlan pun dah sihat. Dia suka senyum.

Sabtu semalam pula mama menerima kunjungan kawan2 mama dari Silterra. Kalut mama dari awal pg menyediakan lunch utk tetamu sambil di'bantu' 3 hero mama. Lepas maghrib kami bergegas keluar ke airport utk mengambil abah. Alhamdulillah abah kata interview berjalan lancar.

Hari ni pula kami menerima kunjungan untie noni n uncle roy sekeluarga. Seperti biasa hero2 mamalah yg paling kalut menyambut tetamu. Kali ni adik n luqman menyambut tetamu dgn tembakan senapang yg baru dibeli t/hr td dekat sunway mall. Mereka tekun menembak alia n afiq. Kesian alia n afiq terkejut dgn gelagat luqman n muaz ni. Sejak dari mall lagi mereka sibuk menembak orang. siap dengan gaya berperang mereka... mcm abah mereka suka tengok cerita perang..

Thursday, February 21, 2008

happy 5th birthday to luqman

Esok birthday luqman. semalam mama belikan kek untuk di bawa ke sekolah luqman hari ni. seronok dia. tak sabar pagi tadi nak ke sekolah bawa kek spiderman dia. muaz pun beriya minta mama belikan kek batman pula kat dia nanti. muhammad monyok je. dia macam jeles mama belikan kek dekat luqman untuk diraikan dekat tadika dia. dia kata mama ni tak pernah pun belikan kek utk dia bawa ke sekolah dia. oklah mama promise tahun ni mama belikan utk abg yong celebrate dgn cikgu n kawan2 class dia. Alhamdulillah abg yong cemerlang dalam peperiksaan sekolah dia bebaru ni. Seingat mama ada 5 subjects out of 6 yg dia bagitahu mama dia dapat highest. seronok dia balik sekolah inform mama. Asyik bertanya mama nak hadiahkan apa. mama hadiahkan ucapan tahniah sj. sj mama tak mahu ajar budaya bg hadiah pd abg yong. Ini br ujian bulanan. Mama harap abg yong terus rajin belajar dan cintakan ilmu.

Pagi td mama kalut sikit. sebab abah tak ada. Abah sekarang dekat Adelaide, Australia tengah berinterview. Mama harap semua tolong doakan yg terbaik buat abah ya. Doakan yg terbaik buat kami sekeluarga. Terima kasih abah....

Luqman paling awal bangun pg tadi. Mama bangun pukul 530 tu dia pun terus bangun mandi dan bersiap. Bersemangat dia nak ke sekolah pagi ni. Abang yong seperti biasa nak kena kelui beberapa kali baru bangun. Nampak dia solat lama pagi ni. Berdoa utk abahnya kot. Adik muaz pula nak susu milo dulu. Lepas tu nak mama jiruskan mandi. manja sungguh. Rupa2nya setiap pagi abah hantar adik ke sekolah kena duduk dulu dengan adikdekat kerusi menunggu depan tadika adik. Tadi adik ajak mama duduk dulu. Saja duduk sambil bersembang2. Selepas beberapa ketika baru adik bersedia nak masuk ke kelas . Waktu tu cikgu pun datang greet dia :).

Wednesday, February 13, 2008

luqman naughty hari ni

mama baru balik dari ambil luqman dari tadika sebentar tadi. mama sampai di tadika 5 minit awal sebelum luqman keluar. Tersenyum luqman nampak mama. Hari ni luqman nampak aktif semacam sj. Dia tak duduk diam. Sekejap dia angkat kerusi letak atas kepala dia dan jalan2 , kemudian kerusi tu jatuh ke lantai. Nasib baik tak kena kawan2 dia. Kemudian dia pegi dekat kawan dia dan ambil ketayap kawan dia dan baling. hmmm berkerut mama bagi signal kat luqman jangan buat macam tu kat kawan. Ustazah tengah mengajar kawan luqman iqra masa tu. Luqman dah selesai tasmi'. Then tiba2 mama nampak luqman tgh mengenyit mata sebelah. Alamak luqman kenyit kat sapa pula ni. mama terus ke satu sudut nak intai luqman kenyit pada siapa. La dia kenyit pd ustazah. nasib baik ustazah tgh tekun mengajar kawan dia masa tu. Luqman dah hilang konsentrasi belajar agaknya. dah mood nak balik rasanya. Lepas bc doa dan salam dgn ustazah, luqman meluru keluar. sekarang ni luqman dah tahu ada satu van kat luar tu jual mknn ringan. terus dia minta mama belikan mknn utk dia. mama kata hr ni mama tak mau beli sbb denda luqman naughty kat kelas tadi. Dia pun akur dan sedih. Terus menangis kat dalam kereta. Dalam kereta promise tak mahu naughty lagi. Dalam hati mama kesian pula denda luqman comel ni...

ampai rumah b/sitter, adik terus me'report', " hari ni adik nangis kejap saja, lepas tu adik tak nangis dah". hai mama ingat dah lepas dah fasa homesick adik ni, ada lg. Dah 2 mlm adik nak tidur dgn mama n abah. terlebih manja. Lepas tu yg mama heran tu dia suka panggil nama baby mak lang najwa, " adlan iman". asyik dok ulang panggil nama baby tu.

Monday, February 11, 2008

hujung minggu yg panjang


weekend semalam cuti lama sikit sbb raya cina. Khamis 7 feb tu, kami tak kemana pun. Awal pagi tu kami keluar ke mengkuang dam untuk berjogging. Seronoknya pagi tu sebab tak ramai orang. Luqman ajak berjalan masuk ke hutan kali ni. Seronok juga berjalan melalui tasik dan hutan dekat situ. tenang dan aman sambil mendengar bunyi cengkerik. Adik muaz dan luqman asyik berlumba lari siapa yang cepat dan menang. Abang yong surrender hari tu sebab dia sakit kaki. Dia berjogging perlahan2 saja. Abang yong terseliuh kaki sebab kena tendang dengan budak perempuan kat sekolah pd hari selasa tu. Dia main aci ligan agaknya dengan budak2 perempuan sebelum balik sekolah hari tu. Tulah abah dia kata"sapa suruh buat maksiat" :). Balik dari jogging tu, Mama seperti biasa busy dengan kerja-kerja rumah.

Jumaat awal pagi, mama bangun awal siapkan beg dan bekalan. Abah nak bawa kami ke cameron highlands. Hero2 pun bersemangat nak pergi berjalan. Spot pertama kami singgah dekat perhentian ladang teh cameron valley. sedapnya minum teh berperisa strawberry dengan karipap dan sandwich. nak makan scones mahal sgt. 2 ketul kecil sampai rm12.


Selepas itu kami bertolak ke brinchang. kami mula menelefon dan bertanyakan hotel dan chalet. Hampa semua sudah penuh. kami terus ke tanah rata.adik muaz asyik bertanya" kita nak pi manaa lagi ni". Boring agaknya kami dok berpusing2 mencari hotel. sampai di tanah rata abah ajak makan di marry brown. Tiga hero dah tak sabar nak ke taman mainan dekat tanah rata tu. Selesai makan kami ke masjid solat. sejuknya air dekat cameron. slps itu kami terus ke taman mainan dekat tanah rata. Lama juga kami duduk di situ. mama pula sibuk menelefon hotel2 di sekitar tanah rata. hampa lagi semua hotel penuh, kecuali cameron inn ni ada bilik mcm asrama. bilik airnya di luar. Mama yang tak sanggup nak stay dekat hotel ni. 3 hero lagilah kecewa tak dapat menginap di cameron. sebut hotel saja ,diorg terbayang kolam mandi dah, hehe... akhirnya abah kata kita menginap dekat "hotel taman ara indah", hehe balik rumahlah kami malam tu. sampai di rumah sudah pukul 11 malam.

Sabtu pula kami ke Sg Petani. mama ingat abah nak pergi melihat sj rumah kami tu. Rupanya rajin pula abah nak membasuh rumah. adik muaz asyik bertanya" kita nak pindah rumah baru ni ka? rumah kita kat pulau pinang dah buruk ka?" . adik ni kekadang dia ada tabiat suka mengulang soalan yang sama. penat nak menjawab soalan yang sama ni. Lama juga kami membersih dan membasuh rumah Sg petani tu. Tah bila kami nak duduk situ....sayang rumah tu besar dan cantik. cuma jauh sikit dari tempat keje mama dan abah.

Hari ni adik kembali ke sekolah setelah cuti lama. Bersemangat nampak dia hari ni nak ke sekolah. siap dah galas beg dalam rumah lagi. Lepas tu dia sedih sebab abah tak hantar dia. Dia memang manja sungguh dengan abah dia. tidur pun nak bah teman, mandi pun nak abah mandikan. Luqmanlah yg paling ok bab ke sekolah ni. no complaint. bangun tidur terus mandi sendiri, gosok gigi sendiri, pakai baju sendiri, pakai ketayap terus. satu je dia malas nak sikat rambut. selalu bila balik sekolah mama ambil dia, mesti ketayap dah tak dak kat kepala dia :).

Sunday, February 3, 2008

muaz homesick

hari ni minggu pertama bulan feb. Minggu ni cuti semester di uitm. walaupun student cuti, mama terlibat dgn workshop. Jadinya kalut sikit mama pagi tadi. Weekend semalam berlalu sungguh cepat. Hmmm tak sempat mama nak merehatkan badan mama. Sabtu slps kemas rumah dan gosok baju dan masak, abah ajak keluar ke rumah kawan abah tengok baby dia baru lahir. Lepas tu kami ke rumah nenek tam kat pulau pula. Kebetulan hari tu nenek punya birthday. abg li belikan kek untuk nenek. Yang tak sabarnya bukan nenek, tapi luqman dan muaz. Bila kek dikeluarkan je , diorang cakap" ala kek kecik ja pun" . tapi habis juga hero ber2 tu makan siap nak bunga hiasan tu. Ahad petang kami pergi ziarah anak mak lang najwa. Dia admitted sbb jangkitan kuman dekat paru2. Kesian kat baby adlan yg br 3 bulan. nampak dia bernafas sungguh laju. Malam tadi menangis mak lang telefon mama tanya nak buat mcm mana baby adlan asyik menangis dari maghrib sehinggalah pukul 12 mlm. sedih dengar suara baby adlan. Tak selesa agaknya byk wayar2 di sambung di badan dia.

Pagi tadi bangun tidur muka adik nampak monyok je. ni mesti nak sedih pergi sekolah lagi ni. Dah janji dia kata tak mau sedih dah. cuti 2 hr semalam ceria sj. Dia rajin buat kerja. Di rumah, tak di suruh pun, dia akan buka buku2 sekolah dia dan dia akan buat. Tadi cikgu dia telefon bagitahu hr ni ada kelas iqra. balik lewat sikit. Teacher dia kata ni adik muaz ada kat sebelah teacher. Dia homesick teacher kata. sampai sekolah buat kerja sekejap dia akan dtg kat teacher minta teacher hantarkan dia balik rumah. Teacher kata dia buat semua kerja dan aktiviti cuma dia homesick. Walaupun teacher panggil dia muaz, dia still membahasakan diri dia adik. Memang manjalara sungguh adik muaz sorang ni.

Luqman pula, terbalik dari muaz. Tadi mama dengar kawan dia panggil dia "luqman tomato". Tersenyum mama sebab memang muka luqman bulat mcm tomato. hai budak2 zaman sekarg baru 5 tahun dah pandai mengelar.