Wednesday, November 14, 2007

Luqman bergraduasi

Hari ni awal pagi lagi mama dah kejutkan luqman. Hari ni hari graduasi luqman. Pukul 7 pagi kami dah keluar ke depan tadika. Rupa2nya ramai lagi yang belum sampai. pukul 8 baru semua sampai. Kami bertolak ke sunway carnival mall. Jabatan perpaduan mengadakan hari graduan ni untuk semua tadika perpaduan daerah seberang perai tengah. 36 tadika terlibat. Dapat bayangkanlah betapa 'meriah'nya suasana kat open space kat sunway mall. pukul 9 baru acara bermula. Pengarah bagi ucapan, kemudian persembahan kanak2 dan penyampaian sijil dan hadiah. Luqman tak masuk apa2 persembahan. Yang buat persembahan kebanyakannya murid 5 tahun dan 6 tahun. Kesian luqman yang tak tahu duduk diam ni, dari pukul 7 pagi dah bersiap, dekat pukul 12 baru naik pentas menerima sijil dan hadiah.
Rata2 kanak2 dah hilang kesabaran menunggunya. Ramai yang dah mula buat aktiviti sendiri. Luqman antara yang tak duduk diam barang seminit pun. kejap dia buka topi dia, kejap dia buka kasut, kejap dia buka jubah dia. Lepas tu dia lari2 n sliding. Mama dah tak larat nak kata apa dah. Bahaya juga suasana kat mall tu sbb dia open. Alhamdulillah mama datang hari ni. Jika nak mengharapkan cikgu mengawal kanak2, tak terkawal rasanya. oklah nanti mama suruh abah post satu gambar luqman the naugthy boy bergraduasi.
Hari ni mama masuk kerja lewat sikit. Alhamdulillah tadi dah validasi markah student. Esok mama nak edit phD proposal untuk interview minggu hadapan. lepas tu habislah kerja2 opis mama harapnya. Alhamdulillah malam tadi mama dah siap packing baju2 hero2 mama untuk ke KL minggu hadapan. Mama asingkan dalam 3 beg. Senang sikit nanti opah nak cari baju2 hero2 mama. Malam ni mama plan nak packing beg haji mama n abah pula.
pening juga memikirkan bila nak start cuti. Rupa2nya mama dah tiada cuti. baki cuti tahun ini hanya 4 hari. nak pergi mekah 51 hari. uitm bagi cuti haji hanya 40 hari. lagi 11 hari mama kena ambil cuti rehat. nampaknya mama tak dapat nak bercuti awal sbl pergi haji. Insya-ALLAH 23 atau 24 nov ni mama akan balik gombak dengan abah n hero2 mama sekali. 26 Nov kami akan berangkat ke madinah.
Alhamdulillah makcik yaya ada nanti untuk bantu opah n tok ayah jagakan hero2 mama. Sekarang ni cuma tgh menunggu kabinet dapur disiapkan. lepas tu nak kemas rumah dan bolehlah kami berangkat ke gombak dengan tenangnya.

Tuesday, October 30, 2007

25 hari lagi

isnin semalam mama dapat tahu mama akan berangkat ke tanah suci pada 26 november ini. maknanya tak beberapa hari lagi,insya-ALLAH. MOga mama dapat sempurnakan keje2 yang ditinggalkan di sini sebelum berangkat. Pada 26 oct lepas, opah raihan kembali ke Rahmatullah. Al-Fatihah untuk opah. Malam lepas tahlil kami balik ke penang semula. Sabtu mama n abah ke dewan millenium untuk kursus haji perdana. intensive program. ramai juga jemaah dari penang , 1500 org. Buat praktikal umrah n haji. malam tu ada ceramah , falsafah n haji mabrur. syahdunye ustaz elias zakaria dari USM sampaikan. menitis air mata dengar dia bagi ceramah tentang kembara hati.... Ustaz rosli pun bagus dalam memberi panduan kerja haji, katanya berulang kali jangan gadaikan haji mabrur, seperti contohnya jika makanan tak sedap, janganlah merungut, jika bas lewat jangan marah2. Mohon semua mendoakan mama n abah n tok n wan diberi kesihatan, kekuatan dan kesabaran yang amat tinggi dalam mengerjakan haji nanti. Doakan kami dapat haji mabrur. Isnin n selasa wiring man datang buat wiring kat rumah. Alhamdulillah keje mama sebagai lecturer ni ada kerja boleh bawa balik buat kat rumah. Mama tak banyak cuti dah. nak kena simpan untuk persiapan nak berangkat nanti. Sangat berdebu rumah selepas keje2 wiring dibuat. mama tak sangka sebegitu debunya. menangis mama tengok rumah. moga cepatlah siap kabinet dapur ni.

Ahad semalam, kami pegi beli beg haji dekat sunway dgn biafan(tak tahu dari mana dia dapat nama ni, dari movie askar dia tengok rasanya, sekarang ni pula dia suruh cakap" mama, kalau ada orang jahat panggil biafan soh terbee(lastik)"). weekend semlm abg yong n luqman balik alor setar dgn mak lang najwa. Ayong akan kembali ke mekah setelah cuti 3 minggu. Tengah mama n abah intai2 beg nak beli, biafan kata" eeee busuknyee ,abang ni kentut ke" . Malu mama dibuatnya, biafan cakap kuat n jelas pada sorang budak lelaki cina ni dengan daddy dia.Budak2 memang tak tahu nak tipu.

semalam biafan balik ke rumah dengan benjol kat tengah dahi. dia terjatuh. Alhamdulillah tak teruk sangat. teringat antara 3 hero, abg yonglah juara dahi jendol. 3x rasanya dahi dia jendol. Luqman tak pernah kena. Abg yong dapat no 5 exam kali ni. Menurun. Nway mama pun kali ni x sempat betul nak buat revision dengan dia. Mama admit salah mama juga. Terlalu sibuk dengan urusan kerja pejabat. balik ke rumah sibuk pula menguruskan rumah. memang abg yong pun x study. Itu sjlah bahagian dia kali ni.Alhamdulillah

Wednesday, October 17, 2007

syawal 1428H

hari ni mama dah start kerja. boring juga semua org masih bercuti. kejap td mama sibuk marking. sekarang ni mama rehat kejap. tahun ni pagi raya kami dekat alor setar. kami solat raya dekat masjid bukhary. 3 hero pun ikut juga ke masjid. luqman solat dengan mama n tok. muaz n abg yong bersama dgn abah, wan n pak njang. tengah mama solat raya , tiba2 luqman buat muka berkerut kat depan mama n cakap dia nak terberak. tak kusyuk mama solat jadinya. nasib baik sempat jg mama habiskan solat. lps tu terus bw dia pegi tandas. balik solat kami terus ke Langgar, ziarah tok or nenek 3 hero. lps tu jalan2 kami ke rumah pak teh n mak ngah. Antara 3 hero, manlah mama paling risau sbb mulut dia 'laser' sikit. tahun ni jika org salam dgn dia terus dia tanya mana duit raya or jika mama bg duit raya dekat org dia akan kata balik, " ha org dah bg duit raya tu awat tak bagi duit raya balik(maknanya kena bg balik dekat dia sbb mma dia dah bg kat org tu)". lps dpt duit raya biasanya dia terus buka sampul n check berapa. kalau dapat seringgit je mesti dia komplen. sabar jelah. adik muaz pun dah terikut2 abg man tu. pukul 1 t/hr kami bertolak balik ke taiping pula. Pukul 3 ptg kami sampai. mak lang syima dah sampai. fuh! baby syaza makin sihat n bersemangat dia. Aktif sungguh dia. Rasa mama syaza lg aktif dr abg yong dulu2. Lps tok yah n opah sampai, kami terus ke umah tok chu n kemudian ke rumah k.seha ziarah mak ngah siah. ramai sungguh org kat rumah k.seha tu.
hero2 mama terpacak kat depan tv menonton "zombie kampung pisang". Malam tu kami bermlm dekat rumah tok lang. Rumah nenek dah penuh. risau mama sbb hero2 mama bukan reti dok diam. Rumah tok lang pula teramatlah lawa n bersih n teraturnya. Raya kedua kami ke kuak, rumah tok ngah pa. dekat situ jumpa pah teh n anak2. lama juga kami kat situ menunggu pak cik lit . cantik sungguh pemandangan kat kuak tu. sempat juga kami ke tasik raban jap. Mlm raya kedua kami bermlm kat rumah nenek. oklah ada spot utk kami tidur. pagi2 raya ke3 tok yah n opah dah berkemas nak balik KL dah. so kami pun ikut berkemas gak balik ke alor setar semula.

dalam pukul 930am kami dah sampai AS. Lps siap2 tok ajak g beraya ke kpg tok kat kangkung. Tok teh bedah buat kenduri. sedpa sungguh nasi beriani n lauk dia. Lps tu kami pegi rumah tok njang lah. hero2 dok kat luar je. depa syok dok kat buai tu. kat blakang dia ada sawah padi.
cantik sgt. syoklah balik kpg wpun penat jalan2 raya. tp very relaxing lihat pemandangan kampung. Raya ke4 pula kami ke gurun rumah tok lang. lps tu kami patah balik ke sala ziarah nenek2 sedara kat situ. raya ke5 kami ke kulim ziarah nenek ali pula. lps tu pegi tengok rumah baru mak lang najwa n ayong wahida. cantik rumah diorg. Mlm semua ke rumah mama pula. mama jamu mee udang pak ngah. sedap tau. riuh kat rumah mama, nurul dok berebut mainan ngan man. adik muaz pula kata" dia nak buang nurul dalam lori sampah" sebab amik mainan abg man dia, hehe...adik muaz ni sokmo nak buang org dlm lori sampah. abg yong n man balik semula ke aloq star. nak cuti lg. so ahad ni diorang balik ke penang dgn pak njang . adik muaz si manjalara mmg tak mau ikut. dia suka dok bawah ketiak abah dia sj.

Saturday, September 29, 2007

askar yang peluru banyak

muhd ajak abah dia pergi cari ikan. dia teringin nak beli ikan. jap lg kot abah dia bawa ke kedai cari ikan. mama cam x setuju je, bukan senang nak jaga ikan. nak kena cuci air dia etc etc. umah kecik ni pun mama dah x terlarat nak handle. baru kul 10 pagi. mama dah settle masak. masak simple je. buat sambal tumis udang n udang goreng je. lps tu buat kuah kacang nka mkn dgn nasi impit. adik dah tertidur. semlm sabtu dia x tidur siang pun. hr ni awal lak dia tidur siang.
semalam kami melawat anak sepupu mama, abg azhar tu. anak dia cedera kat mata kena close range peluru pistol mainan, kawan dia main2 acu n tertembak. teruk juga. dah 9 hr kat wad. kena tepat kat biji mata hitam. berlaku pendarahan dlm mata. tula mainan kanak2 ni kena perati tahap keselamatannya. nasib baik mainan senapang kat rumah jenis yg keluarkan bunyi je. la ni adik la paling suka main senapang. dia selalu minta mama panggil dia " askar yg peluru banyak". dia siap inform kat mama, kalau ada org jahat panggil "askar yg peluru byk" . so mama pun berlakonlah konon2 ada org jahat. lps dia tembak org jahat kena cakap " tima kasih askar peluru byk" :). semalam abg yong check hafazan mama. mama ni dah byk lupa surah2 yg di hafal. semalam surah Al-Fajr. abg yong pepagi lepas subuh abah suruh dia hafal surah2 dlm juz amma tu. byk juga dia dah boleh hafal. malu mama kat dia. td pg dia kata nak check Al Balad pula kat mama. mama x ready lagi. selalu isya n terawih dia ikut abah ke surau. selalunya bila dia balik mesti mama dah habis terawih kat rumah, ada sekali tu dia cakap, mama ni mesti baca fatihah je solat terawih. luqman pula semlm mama temankan dia perabis homework dia. dia tanya pd mama awat dia susah nak ingat. Lps tu tetiba dia sebut "Ka Ka Ka" dan dia cam ambil tulisan tu kat buku dia n sapu kat kepala. dia kata so that dia tak lupa dah. dia nak masukkan dlm otak dia, hehe...4 thn baru nak belajar baca. mama kekdg terfikir teringin nak antar dia ke tempat yg sesuai dgn feel dia. dia jenis x boleh concentrate lama. kena dicampur main2 n aktiviti lain.

Tuesday, September 25, 2007

buka puasa di hotel uitm

ptg sat g ada buka posa kat hotel uitm dianjurkan oleh fakulti mama. mama dah bookkan utk kita sekeluarga. pg td dah sempatlah pesan kat hero2 tu soh ptg sat g bersiap pakai baju lawa, mama balik terus ambil diorg bw ke hotel uitm. bersemangat diorg bila sebut nak g hotel. ok juga menu kat hotel ni. kitaorg dpt diskaun, utk mama cuma rm11, abah rm16, abg yong rm8. luqman n adik muaz free. hopefully hero2 mama behavelah ptg sat g.
semlm mama interview 1st stage phD. panel2 bg feedback pd proposal yg mama buat. bagus juga feedbacknya. next 2nd interview br dgn pengurusan. yg ni baru menentukan depa akan hantar mama ke mana local or oversea. sebelum bertolak ke KL tu mama ckp kat hero2 soh doakan kat mama. kat luqman n muaz, mama kata doakan mama dpt present ok n dpt naik k/trbg besar :). kat abg yong(yg dah faham), mama minta dia doakan mama dpt ke Uk utk sambung phD. abg yong kata" mana pengeras?" ciss mana dia blajaq ni, org suruh doa, nak kena bg pengeras pula. semlm dah balik semula ke penang mama tanya, abg yong doa apa? abg yong kata dia doakan supaya semua boleh pergi UK, mama, abah, n 3 hero :). Insya-ALLAH.

Friday, September 21, 2007

luqman n homeworknya

semalam mama balik keje awal sket.Semalam buka posa dgn spaghetti carbonara. Hehe masak instant je. beli prego carbonara kat C4. Then rebus spaghetti, tambah bawang sket. jdlah masakannya. abah n abg yong makan byk. mama x makan pun sebab kesian pula tengok abah dan muhammad tgh lazat menikmatinya. mama mkn nasi. Semlm relax sket sbb kain tak de nak kena lipat. cuma rutin keje mama tinggal, basuh baju, sidai baju, kemaskan meja lps mkn, mop lantai, siapkan tempat tidur diorg then mama dah settle. awal jglah mama settlekan keje2 umah semlm. Lps tu dlm kul 830pm mama pun checklah beg luqman, tanya dia ada homework tak? seperti biasa dia kata ada. Tapi tak mahu buat. Beg abg yong x yah check dah. dia dah besar, tahu nak settlekan homework n siapkan buku ikut jadual. luqman nilah nak kena check selalu. pensil dah tumpullah, color dah hilanglah etc. Setelah pujuk elok2, mama pun ajaklah dia buat h/work sama2. mcm2 feel, suruh buka air condlah. nak buat sket sj. bila di selak buku keje dia, rupanya dia buat yg dia suka nak buat je, yg dia tak suka dia tinggal. cikgu pun lipatlah mukasurat yg nak kena siapkan tu. muaz n abg yong ikut abah ke surau terawih. luqman x sedar muaz ikut abah. akhirnya dia buat jugalah homework dia dlm malas n byk kerenah tu. nak tahu dia suruh mama buat apa, tlg buatkan"tiang" n "perut buncit" spt contohnya kalau nak tulis huruf "d", mama kena buatkan perut buncit "c" then yukman akan completekan tiang je. kalau huruf R, mama buatkan tiang "" dia akan buat buncit kat atas n garis senget sket kat bwh. punyelah tensen mama melayan dia buat h/work. abg yong dulu x mcm ni pun. Tak dpt mama bygkan kat sekolah dia mcm manalah agaknya.adik pula kalau tengok mama melayan luqman buat h/work, dia pun mencelahlah" adik dah siap dah h/work" (w/pun dia x sekolah lg).

Monday, September 17, 2007

seminggu tinggalkan hero

Mlm td mama sampai airport penang pukul 1030pm. 3 hero mama dah tidur dlm kereta. Luqman dlm sedar tak sedar tanya mana mainan mama kata mama belikan tu. Tak sabar2 dia. Sampai rumah, spt biasa hobi mama terus mencapai penyapu, sapu rumah dan mopkan lantai. Biasalah seminggu mama tinggalkan rumah. Memang mama dah set mind dah sbl sampai kena expect rumah mcm tongkang pecah, hehe.... tu kira tinggal abah n abg yong sj kat rumah. kalau abah + 3 hero, tak taulah jd apa rumah tu. Pagi td bgn sahur, mama terus sambung kemas brg lg. Pagi td punye class pun mama terpaksa cancelkan. Mama tak seronok masuk class x ready. Jumaat ni mama akan gantikan. Pagi tadi mama ckp kat adik lepas ni mama nak naik k/trbg lagi, nak ke Mekah pula. Adik terus tanya" mama nak tinggalkan adik kat sapa pula?" ala sedihnye.... macam tahu-tahu je dia akan kena tinggal.
Hmm next week 25 sept mama ke shah alam pula. kena bentangkan proposal phD kat faculty, sort of 1st interview for biasiswa staf.
munich story pula, conference tu best. Terasa kerdil je diri mama ni. Dasyhat sungguh research org luar. Hopefully mama akan berada dgn group ni nanti masa phD, Insya-ALLAH. Di samping conference sempat jg mama jalan2 kat munich. Lama dah mama kuburkan hobi(jalan2) ni sejak sibuk dgn kerja.
Hari ke2, Mama pergi Salzburg, Austria. ikut sound of music tour film tu. Subhanallah cantik sgt salzburg. Hari lain pula, mama pergi melawat top of germany, Zugspitze. ada snow!!!. boleh nampak 4 negara dr atas puncak tu(Italy, Austria, Swiss, bayern).

mama on top of germany!!

Hari lain pula, mama pergi Fussen, lawat Neuswantein castle(famous castle yg disneyland tiru, byk dlm fairy tale). mama tabik pd org tua2 disana. suka berjalan kaki. Sihat sungguh mereka ini. Di m'sia ni tak boleh la nak jalan2, udara tak bersih. Hari lain pula, mama jalan2 sekitar city of munchen. Cantiklah germany ni. Nway, mama x boleh lama2, rindu sgt pd abah n hero2. Rasanye mama tak sangup nak pergi oversea untuk phD tanpa 4 hero ni. Doakan yek , semua dapat ikut mama nanti,Insya-ALLAH.
hmmm very hectic time waiting for mama after this, interview, teaching, marking, raya, haji preparation, haji, then phD!!!

Sunday, September 9, 2007

T'ganu vacation

ni gambar-gambar dari percutian di T'ganu. Sepatutnya posting ni awal dari kisah "mak N'dak balik Novgorod", tapi sebab abah sibuk kat ofis, kat rumah lak sibuk dengan hiro-nakamuras (hero-hero tu la), so lewat la nak update. Abah tolong tampal gambar-gambar ni je, tak pi pun...
ni gambar matahari naik, so sapa solat subuh masa ni, dapat title 'subuh gajah' - jangan amalkan. Daratan di sebelah kiri tu pulau kapas. Ni shot dari pantai, di chalet keluarga kami menginap.
ni gambar chalet tempat keluarga kami menginap - yg belah kiri. yang di kanan tu, minibar, tapi jual benda2 halal je kot.
somehow adik muaz (aka manjalara) takut air. Pak N'jang kena ko'kong masuk air. Kat rumah pun kalau bagi adik mandi, dia tak bagi jirus kepala dia, tapi paksa jugak la. On the contrary, abang-abang dia terlalu 'mesra air', pantang nampak air.
mama, pak su, luqman (yokman), wan dan adik dari kiri - mak n'dak, wan & mama (farhana aka cik al - nama glamor masa kat So'ton). Tengok gambar ni, abah teringat gambar kumpulan Wings dalam album Hukum Karma, he.. he.. zaman sekolah menengah dulu, circa 1988
Dari kiri - mak n'dak, adik, mama dan tok. Tok mandi pakai baju kurung lengkap ka???
ni yokman, suka lompat masuk air, tapi asyik off target, agaknya dia payah nak budget bila gigi air tu undur ke belakang
ni yokman lagi, gila punya off target...

Tuesday, September 4, 2007

Mak ndak dah balik Novgorod

Penat rasanya 2 minggu kebelakangan ni. 23-25 ogos bebaru ni ke Terengganu. Saja bawa anak-anak mama berjalan masa cuti sekolah. Cantik sungguh pantai di Terengganu. Puas hati rasanya bercuti ke Terengganu ni walaupun perjalanannya sungguh memenatkan. Abg yong siap cakap nak propose kat cikgu sekolah dia buat lawatan ke Pulau Kapas!!! Kebetulan chalet yang kami menginap, mengadap betul2 pulau kapas. Disebabkan penuh kami stay kat chalet paling murah, tak ada air-cond, tak ada TV. Hehe sampai2 je kat chalet tu, 1st word dari tiga hero mama ni, 'Hotel Koman', lps tu malam2 pun 3 hero mengungkit lagi kata hotel koman tak dak TV. Anyway ok jg chalet tu, windy dan nyaman je. tak perlu air cond pun. kesian pd abah tak dapat turut serta sebab nak simpan cuti nak ke Mekah Disember nanti, Insya-ALLAH.

Weekend merdeka semalam pula bertambah lagi kepenatan mama. Jumaat merdeka tu abah ajak pergi shopping baju raya hero2 ni. Lepas jumaat tu, kami pun keluarlah ke Sunway Carnival Mall. Memang dah expect dah ramai sangat orang. Biasalah shopping dengan 3 hero ni bukannye boleh duduk diam. orang nak beli baju raya , nak baju tidoqlah., nak toys. Anyway, dapat jugalah beli baju raya kat hero2 ni dalam kekalutan tu. Mama tengok muka bapa2 sepesen je stressnye. Yelah dalam sesak ramai orang, anak2 pula buat perangai. mana boleh sabaq. Abah adik pun sama. Terus pening kepala balik dari shopping tu.

Sabtu pagi pula mama bangun awal siapkan barang nak balik alor setar pula. Mak ndaklah nak spend lagi masa dengan anak2 sedara dia ni. Tak puas2 lagi gi bercuti bersama kat Terengganu tu. Tiga hero mama selalu cakap " mak ndak ni tak de keje lain,asyik nak amik gambaq org je, org tgh makan pun nak ambik". Begitulah mak ndak korang yg sungguh nostalgic tu, hehe..
Ahad pagi kami terus ke Taiping pula. Mak cik izah bertunang. Dapatlah jumpa tok ayah, pah, mak usu, mak lang n syaza yang semakin macho. Sekejap je kat Taiping, pukul 3 ptg kami bertolak balik ke penang.

Isninlah hari mama paling tak suka. Mama ada class advance electronics dari kul 8-11pg. Abis je class, mama terus balik rumah. Tutorial class ptg tu mama cancel since nak pergi hantar mak ndak ke airport. Abg yong sedih je tak dapat hantar mak ndak ke airport. mak ndak pun hantar abg yong sampai ke class hari tu. Pukul 330pm kami keluar dari rumah terus ke airport. Seperti biasa, sampai sj di airport, luqman n adik muaz dah ajak ke kedai. nak beli toys n coklat. Mama belikan coklat je. Dah habis tu, dia pi minta kat tok pula minta belikan. habislah gigi anak mama nanti. Kul 545pm mak ndak dah nak masuk. Mak ndak nangis, biasalah sedih nak berpisah dgn tok, wan n anak2 sedara yg di kasihi. Next year, Insya-ALLAH mak ndak balik for good n jadi doktor!!!!

Setiap minggu , rabu n khamis mama tak ada class. bolehlah curi masa menaip sket. Tadi mama call Shah Alam katanya permohonan mama ke munich mungkin besok boleh tahu. Hmmm tak tahulah dapat ke tak. Dah 2 bulan submit. Conferencenya next week dah. rasa cam tak logik je UiTM ni.

Semalam juga dapat regret letter dari Khazanah Nasional. Mama tak dapat ke next stage interview biasiswa phd tu. Yang ni mama tak sedih sgt sbb mmg mama dah expect. Dan rasanya mama tak layaklah. Tak pelah doakan mama dpt biasiswa staf dr UiTM utk further pHD.

Wednesday, August 29, 2007

Our Heroes: attempts to take a good shot




first shot attempt, adik muaz and luqman were not ready - actually can never get them 'ready'

3






second shot, abg yong boleh control macho lagi, adik still unaware that there's a photography session, luqman was testing my patience
4





then abg yong tried to get all of them together - cannot tahan anymore...
OK, 1... 2...

3






"OK, I'm done" 4







...end of photo session
(err... did I get the right shot? luckily no film roll was wasted, thanks to digital)

Birthday Party at McD Juru

Assalamualaikum semua,
dah lama keinginan mama nak create blog ni asyik tertangguh je. Since pagi ni mai keje awal, terus mama cuba createkan juga. Alhamdulillah this is mama 1st posted article, hehe... Mama tak pandai berkarya, mama hanya ingin berkongsi cite2 tentang 3 hero mama, muhammad(abg yong), luqman(man) dan muaz(adik).

Semalam kekawan mama kat silterra ajak ke McD Juru sambut birtday party. Memula balik keje tu, mama cakap nak ajak 3 hero mama ke kenduri, depa nampak tak berminat :).

Lepas solat maghrib baru mama bagitahu nak gi kenduri kat McD. seronoklah 3 hero. Sampai kat McD dalam pukul 815pm tu kekawan mama tak sampai lagi. Mama bawalah 3 hero kat playland dalam McD dulu. Antara kebanyakkkan budak2 yang tengah main tu, abg yong nampak paling besar. Baru mama sedar abg yong rupanya kelihatan dewasa dari umurnya(dari segi percakapan dan juga fizikalnya). Orang pun tak peraya bila mama kata dia 8 tahun. ingat dah 12 tahun ke.

Dalam mama dok bersembang dengan kawan-kawan tu, terjadi jugalah accident. adik lah selalu sgt accident. Adik selalu careless dalam pergerakan dia. Alhamdulillah tak ada apa. Dia naik kat tempat orang simpan kasut. Naik2 jatuh tergolek. Risau mama, kekdang mama rasa macam tulang adik ni fragile je. dah 2 kali dah patah sebelum ni.

Dekat pukul 10 kami baliklah. Sampai rumah 3 hero terus tukar baju n mama suruh tidur. mama paling suka tengok response luqman sebelum dia tidur. Kebiasaannya sebelum tidur, mama akan pi dekat 3 hero dan bacakan doa dan mama hembus kat kepala dan muka . Luqman ni kalau nampak mama pergi kat dia je dan nampak mulut mama tengah terkumat kamit dok baca doa, dia terus sembamkan muka dia kat bantal. Saja je tak mau bagi mama hembus kat muka dia, hehe...

okes, jumpa lagi di lain kesempatan. take care. wassalam.

warmest rgds,
mama of 3 heroes