Lama sungguh mama tidak menulis. Di pagi jumaat yang penuh keberkatan ini, mama ingin menulis sedikit. Setinggi-tinggi kesyukuran mama panjatkan pada ALLAH di atas segala nikmat yang telah ALLAH kurniakan pada mama. Moga ALLAH ampuni kita atas kelalaian kita dalam mensyukuri nikmat2 yang diberiNYA, lalai dalam mengingatiNYA dan lalai dalam memperelokkan ibadat kita padaNYA. ALLAHUAKBAR, besar sungguh nikmat iman dan islam yang kita perolehi.
Feb 2011, Alhamdulillah mama telah selamat melahirkan seorang mujahidah, maryam namanya. Feb 2012 ini, akan genaplah setahun umur maryam. Maryam sangat comel, aktif dan cerdik. Malam tadi dah bertambah langkah di aturnya. Umur 3 bulan, Maryam sudah meniarap, 6 bulan sudah merangkak, kelihatannya setahun maryam sudah mahu bertatih dan berjalan.
Alhamdulillah di atas anugerah yang sangat besar ini. Abang yong, abang ngah dan abang cik sangat sayangkan maryam. Antara 3 abang, maryam paling manja dengan abang yongnya. Pantang nampak abang yong berbaring, maryam akan mendekati dan menyandar di tepi abang kesayangannya itu. abang ngah dan abang cik suka sangat menyakat maryam, tu yang maryam geram dan marah dengan mereka. Namun abang cik pandai buatkan maryam ketawa selalu dan abang ngah rajin tengokkan maryam yang tak dok diam barang seminit.
Alhamdulillah di atas anugerah yang sangat besar ini. Abang yong, abang ngah dan abang cik sangat sayangkan maryam. Antara 3 abang, maryam paling manja dengan abang yongnya. Pantang nampak abang yong berbaring, maryam akan mendekati dan menyandar di tepi abang kesayangannya itu. abang ngah dan abang cik suka sangat menyakat maryam, tu yang maryam geram dan marah dengan mereka. Namun abang cik pandai buatkan maryam ketawa selalu dan abang ngah rajin tengokkan maryam yang tak dok diam barang seminit.
Penghujung 2011, Alhamdulillah abang yong dikurniakan ALLAH 5A di dalam UPSRnya. Mama terharu dan tidap dapat menahan air mata mengenangkan perjalanan hidup abang yong ini. Bila diimbas kembali....abang yong hanya pelajar yang biasa-biasa sahaja. Bersekolah di sekolah kampung. Tidak pernah memperolehi 5A sebelum ini. Sangat suka pada sukan dan permainan sehinggakan mama pernah merajuk hati kerana tindak tanduknya yang leka dengan mainan dan hiburan. Namun dalam rajuk mama, mama selalu mengingatkannya buatlah apa yang ALLAH suka, bukan yang nafsu kita suka. Di saat2 akhir abang yong seperti tersedar, tampak dirinya dekat dengan ALLAH, bangun dipenghujung malam memohon padaNYA. Usaha di gandakan. Jauh di sudut hati mama terdetik, adakah ALLAH akan terima usahanya di saat akhir ini. ALLAHUAKBAR, ALLAH terima dan dengar. Alhamdulillah kini, abang yong meneruskan kehidupan barunya di MRSM Kepala Batas, Program Ulul Albab. Semalam hati mama sangat merindui abang yong. Mama tahu perjuangan abang yong di ulul albab sangat berat. mama tahu anak mama, anak manja. Mama serah anak mama ini pada ALLAH. Peliharalah anakku, bimbinglah anakku dekat denganMU. Abang yong, jadikanlah Al Quran pendampingmu. Bacalah, hafazlah, fahamlah dan amalkanlah. Moga ALLAH berkati kita semua. Moga kita senantiasa mensyukuri, mengingati dan memperelokkan ibadat kita padaNYA. Ampuni kami Ya ALLAH..
1 comment:
lama dah tak baca blog ni. ada update rupanye.. hehe.. adeh.terharu plak baca cite k alhan kali nih.. huhu.. tomei sungguh dik yam nih.. abg yong.. gambatte!
Post a Comment