Monday, December 20, 2010

Impian

Apabila mempunyai anak, mama memasang satu impian ini. Ingin satu hari nanti, kalau tidak semua, seorang pun jadilah memenuhi impian satu ini. Ingin benar mama melihat anak mama menghafal Al-Quran dan menguasai Bahasa Arab dan memahami AL-Quran. Sekarang mama dikurniakan 3 anak lelaki, tidak lama lagi menyusul seorang lagi mujahid, Insya-ALLAH. Doa mama agar impian yang satu ini akan dikabulkan ALLAH. Anak2 mama hanya menerima pendidikan awal di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di kawasan kampung saja. Di sini , Alhamdulillah mereka sudah didedahkan dengan pendidikan awal bahasa arab, solat dan hafazan surah2 lazim beserta hadis2 pendek. Alhamdulillah abah juga rajin menyuruh dan menyemak hafazan surah2 lain di dalam juz 30. Alhamdulillah muhammad sudah menghafal kesemua surah di dalam juz 30, cuma perlu sentiasa di semak semula oleh abahnya.
Masuk ke pendidikan rendah kesemua anak mama memasuki Sek Keb Permatang Pasir yang hampir dengan rumah kami. Sekolah ini jua kategori sekolah kampung. Namun mama menaruh harapan agar walaupun di desa, selain belajar ilmu formal, mama ingin mereka belajar tentang kehidupan di sini. Bercampur gaul dengan anak2 kampung, tinggal bersama makcik kampung, aktiviti mainan di kampung(mengail ikan di ban), harapan mama moga mereka membesar menjadi hamba ALLAH yang dekat denganNYA. Terbaru mama mendengar MRSM Ulul Albab di zon utara di kepala batas akan mengambil pelajar pertama 2011. Mama terus mengutarakan keinginan mama melihat muhammad memasuki MRSM Tahfiz ini. Dalam lawaknya muhammad berkata: kalau di interview dan ditanya kenapa kamu ingin memasuki sekolah ini? muhammad akan jawab no 1. mama saya tu nak sangat saya masuk sini :):). Tak palah mama pun akan doa agar muhammad pun ingin ke arah ini dengan rela hati.

Namun di zaman ini, banyak sungguh ujian persekitaran yang mempengaruhi anak2. Dengan facebook, dengan komputer games etc etc..penat menegur dan mengajar etika berinternet kepada anak2. Moga anak2 mama dilindungi dari faktor2 tidak sihat di zaman IT ini. Kanak2 di zaman kini terlalu ke hadapan dan banyak sungguh cabaran di dalam mendidik mereka. Bila anak mama sudah memasuki usia awal belasan ini, mulalah kedengaran cerita chatting, cerita cinta etc etc..., mama tersenyum mendengar abah kata " La Taqrabuzina..." apabila mama menegur muhammad chatting dengan rakan perempuan di facebook. Ya ALLAH lindungilah anak2 kami dari fitnah dunia ini.

2 comments:

K-Baby said...

Salam Mommy,
Nak invite Mommy untuk join contest dan menang cute slogan tees for your kids sempena pelancaran blog kami!
Thanks ya.
mykedaibaby.blogspot.com

Min said...

ya kak, mcm2 ujian buat parenting skrg ni. moga kita & anak2 kita berjaya mengharunginya... amin...