Thursday, November 18, 2010

Anugerah yang tidak ternilai

Hujung minggu yang lepas mama berkesempatan mendengar ceramah keibubapaan dari Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, Mudir Pusat Tahfiz Al Barakah, Manjoi Perak di Masjid Perda. Program ini dibuat khas untuk ibubapa dan anak2 dari Sekolah Rendah Bandar Baru Perda, namun mama men'yeludup' ingin mendengar beberapa tips keibubapaan dari ustaz ini. Alhamdulillah pengisisan 2 jam bersama ustaz ini amat menyentuh hati mama. Mama cuba ringkaskan apa yang diceritakannya.
Ustaz memulakan ceramahnya dengan mengajak kita sebagai ibubapa mensyukuri akan nikmat yang satu ini, iaitu anak. Walaupun anak kita comel, huduh, masam, keteqaq(degil), nakal, tak pandai, bijak dan sebagainya, marilah kita sama2 bersyukur atas kurniaan yang satu ini, besar anugerah ini hatta setelah kematian kita, doanya(anak yang soleh) masih terus diterima sebagai amal dan didengari ALLAH SWT. Ada yang diuji dengan ketiadaan anak, ada diuji dengan anak istimewa. Jika kita diuji dengan anak yang nakal dan tidak mendengar kata, namun sihat, bersyukurlah, kenakalan , kebodohannya boleh diperbetul, Insya-ALLAH.
Keduanya, ustaz berkata, anak adalah ujian/fitnah kepada kita. Sejak dari awal mengandungkan lagi, kesusahan , kepayahan ditanggung si ibu adalah satu bentuk ujian. Ketika melahirkan ia umpama antara hidup dan mati dan kiranya kematian yang mengundang, ia dikira sebagai syahid yang kecil. Subhanallah. Kemudian membesarkan anak2 ini penuh dengan manis dan pahitnya. ustaz kata, zaman sekarang ramai anak2 yang "terpilih"( nakal). cikgu paling hebat untuk mereka adalah kita, iaitu ibubapanya. ustaz menceritakan pengalamannya mendisiplinkan anak2 dan murid2 di sekolahnya. Dipesannya cikgu tidak akan mula mengajar jika masih ada yang bercakap2, selepas habis qada hajat, pastikan tiada sisaan hatta sebutir tanah pun ditinggalkan di dalam tandas, tahi cicak, sampah dikutip apabila dilihat, barangsiapa yang menconteng meja, maka belajarlah di atas lantai etc etc. Alhamdulillah berkat disiplin yang di ajar ini, isu kebersihan dan kekemasan tidak menjadi masalah di rumah dan disekolah. Ibubapa perlu "spot check" pembelajaran anak2, rakanya, mainannya, tidurnya, beg sekolahnya. Bapa boleh mengajak anak membuat kerja sekolah disebahnya tatkala dia berehat membaca akhbar. Ustaz menceritakan akan kenakalan anak lelakinya tatkala berumur 7-11 tahun, asyik nak main saja. tersenyum mama sebab anak2 mama jua begitu. kedudukan di kelas tercorot, namun berkat keperihatinan dan doa dari beliau dan isteri, pada umurnya 12 tahun, dia punya kesedaran dan Alhamdulillah memperolehi keputusan cemerlang di dalam akademiknya. Anak lelaki , inilah ujiannya, kenakalan, keaktifan melampau mereka. Namun semua ini boleh dirai dan diperbetul, Insya-ALLAH. Walaupun ustaz seorang yang sibuk, beliau tidak pernah lupa untuk mendoakan anak2nya tatkala beliau pulang lewat malam dari aktiviti ceramahnya. Akan di datangi setiap dari anaknya dan diusap dan dibacakan doa di ubun2 mereka, dan dibisikkan kata2 yang indah ditelingannya.Pengalaman mama, pernah suatu malam, tatkala adik sudah tidur2 ayam, mama membisikkan "adik soleh, adik rajin solat, adik rajin baca quran , etc etc" , dalam keadaan mata terpejam, adik mengangguk2 kepalanya. sungguh comel dan terharu mama. mindanya masih sedar.
Ketiganya, sibukkan anak. Sempena cuti sekolah, sediakan aktiviti untuk anak2. Ustaz memberi tugasan hafazan kepada anak2nya di masa cuti sekolah ini. Mama jua bersyukur, abah rajin menyuruh dan menyemak hafazan anak2, walaupun tidaklah satu AL-Quran, namun surah2 di dalam Juz 30 akan dipastikan dapat dihafaz mereka sebaiknya. Kebiasaannya untuk mengurangkan aktiviti gomolan/gusti mereka di dalam kereta, abah akan menyemak hafazan mereka. Alhamdulillah aktiviti ini berjaya menurunkan tahap gula di dalam badan mereka, :).
Keempatnya, jangan bagi anak keluar malam. Ustaz menceritakan dari maklumbalas pusat2 serenti dan sekolah tunas bakti, masalah2 remaja bermula apabila di izinkan keluar malam. Izinkan hanya untuk ke masjid bersolat jemaah. Jika untuk hal2 lain, kita hantar dan kita ambil.


Akhirnya, beliau menegaskan pendekatan agama berkesan melahirkan qurrata ayyun, Insya-ALLAH. Beliau smepat mengajar kan doa untuk melembutkan hati anak/berdepan dengan anak yang tidak mendengar cakap/melawan cakap iaitu bacakan ayat 15 surah, Ash-Shura. dan ayat 154 surah Al-A'raaf untuk meredakan kemarahan.


3 comments:

Hasfazilah said...

terima kasih alhan di atas perkongsian ini. Besar manfaatnya untuk membesarkan anak-anak di zaman yang serba mencabar ini

K-Baby said...

Salam Mommy,
Nak invite Mommy untuk join contest dan menang cute slogan tees for your kids sempena pelancaran blog kami!
Thanks ya.
mykedaibaby.blogspot.com

Min said...

tq kak alhan atas perkongsian yg bermakna ni...