Sunday, August 2, 2009

ALLAH speaks to us in different ways...

Alhamdulillah hujung minggu semalam mama, 3 heros dan abah diberi kesempatan oleh ALLAH mendengar percakapan yang sungguh indah dari brother idris tawfiq. mama masih teringat kata2nya, "ALLAH speaks to everyone of us in different way". Yes, true, ALLAH speaks to mama last saturday thru this brother. ALLAH tells mama how beutiful Islam is. Thanks ALLAH. Islam is so sweet and beautiful. Sepanjang ceramahnya, bahasa digunakanya mudah dan begitu menyentuh hati. Brother idris menceritakan tentang keindahan islam, perjalanannya dari vatican ke al Azhar(pengislamannya) dan pelbagai penceritaan pengalamannya di dalam hidupnya. Memang meyentuh hati. Pelbagai lapisan pendengar hadir, muslim, non-muslim. Alhamdulillah doa mama(agar ALLAH memberikan keselesaan kpd 3 hero mama) ALLAH makbuli, 3 hero amat baik sepanjang ceramah berjalan, luqman mendengar sekejap dan kemudian tidur di ribaan mama, muaz melukis2 dan abg yong membaca buku cerita sambil sekejap2 bertanyakan mama apa yg diperkatakan oleh brother idris). Jika abg yong memahami bahasa inggeris pastinya abg yong juga akan tersentuh mendengarnya.


Brother idris menyatakan "never forget about "Ahmad" in our life, in whatever we do" . Rasulullah saw is the greatest man sent by ALLAH to us. Ahmad meninggalkan satu kesan yg mendalam pd kehidupan brother idris. Pengislaman brother idris juga ada kaitnya dgn kanak kecil bernama Ahmad. Brother idris merupakan bekas paderi. Katanya beliau kesunyian di rome sehingga memaksa beliau untuk mengembara. Beliau memilih egypt kerana ketika itu lawatan ke sana kosnya termurah. diceritakannya, satu hari ketika beliau keluar dari hotelnya, beliau di sapa oleh Ahmad yang menjual pisang. Ahmad memberi salam kepadanya dan menyebut subhanallah tatkala melihat raut muka idris yg putih(takjub). dan ayat2 yg keluar dari mulut ahmad selepas itu indah menyebut pujian2 kpd ALLAH, the one God. Brother idris amat tersentuh dengan tindak tanduk ahmad. Indahnya Islam katanya. Ketika ingin menaiki bas, kalimah Bismillah kedengaran disebut. Brother idris amat tertarik dengan akhlak masyrakat muslim di sana. Di egypt inilah yang telah membawa kpd bagaimana pengislaman dan kecintaan beliau kepada Islam. Islam sangat indah berulangkali dinyatakan beliau. beliau menceritakan juga pengalaman 4 jam bersama penduduk palestine di cairo ketika pengeboman kejam israel dec08-jan09 yang lalu. 4 jam yang begitu menghiris hatinya. Tidak mampu lagi beliau utk lama di sana. Diceritakan tentang pertemuannya dengan seorg kanak2 bernama yahya, 9 tahun yg telah 26 kali menjalani pembedahan. Yahya sejak dari dalam kandungan ibunya lagi telah terkena kesan racun pengeboman israel. Dia lahir kedunia dengan kecacatan akibat kesan racun ini.
Brother idris menyatakan this is the "people of faith". Tidak didengarinya rungutan dan sesalan, apa yang didengarinya di hospital tersebut hanyalah...subhanallah, Alhamdulillah, La IlahaIllallah, Allah hu Akbar. Yes, this is the people of faith. teringat mama akan petikan hadis rasulullah saw ....

...akan tetap ada segolongan dari umatku yang tetap tegak membela kebenaran, dan mereka selalu mendapat pertolongan Allah taala, mereka tidak tergoyahkan oleh orang-orang yang menelantarkan mereka dan memusuhi mereka, sampai datang keputusan Allah s.w.t....

Banyak lagi penceritaan2 darinya yang begitu meyentuh hati, beliau pernah bertemu dengan seorang hamba ALLAH yang mengatakan padanya " I'm born muslim and i want to become one", such a beautiful words, he say. Ya.. kita dilahirkan muslim sepatutnya menjadi muslim yang sebenar2nya. Islam means submission and peace....Submission to ALLAH, this is what islam offer to us.

5 comments:

Amalina said...

so nice! menahan air mata sambil baca di lab. terharu...

Hasfazilah said...

alhan, sangat menyentuh hati kisah dia, akak pernah terbaca kisah dia ni. Akak pun pernah terbaca quote ni, tak ingat kat mana "I ask for strength, Allah gives me test..." dan ada lagi. Indeed, Allah speaks to us in different ways, only for those who can understand.

alhan said...

tersentuh akak mendengar brother idris bercakap. bahasanya cantik. Indahnya Islam.
Benar akak, tiap saat ALLAH bercakap dengan kita.

cahayaqalbi said...

salam alhan.memang tersentuh dengan cerita ini. Terutama kalau cerita2 dari muslim convert. Teruja membacanya dan akan compare dengan diri sendiri yang dilahirkan Islam yang kadangkala lalai melihat kurnia Allah dengan mata hati.

alhan said...

benar albi.