Hujung minggu lepas berlangsung majlis perkahwinan mak ndak wani dengan pak ndak shazwan. Jumaat malamnya berlangsung majlis pernikahan di masjid bukhari. Kemudian sabtu siangnya berlangsung kenduri di rumah tok. Alhamdulillah ramainya tetamu yang hadir . Habis makanan yang dihidangkan, nasi kenduri dan juga laksam, menjelang petang di tambah lagi dengan laksa pun hampir habis. Alhamdulillah.
Selesai upacara akad nikah di masjid bukhari
Mak ndak wani yang bahagia
The girls, mak ndak, mama, ayong, mak lang dan mak njang
Ahad pagi kami bertolak ke kuala terengganu untuk mengiringi mak ndak ke kenduri menyambut menantu di Jerteh pada hari selasa. Kata abah, jarak alor setar-KT lebih kurang macam AS-KL, tetapi disebabkan jalannya yang melewati banjaran titiwangsa dan jalan kampung, perjalanan mengambil masa hampir 7 jam. Walaubagaimanapun pemandangan yang cantik menghijau di dalam perjalanan sedikit sebanyak menghilangkan keletihan dan menyegarkan mata dan fikiran. Kami tiba di KT sudah pukul 815 malam, terus menuju ke Rumah Rehat Desa Bakti. Cantik juga rumah rehat ini. Malam tu kami keluar menikmati makan malam di Restoran gelas besar. Sedap sangat2 jus buahannya. Mama menempah 3 jag besar. Habis di nikmati kami. Keesokan pagi kami menuju ke pantai teluk ketapang bermain air di pesisir pantai. Ombak kuat dan mengganas. Takut mama melihatnya ditambah pula dua tiga hari mendengar berita tragedi lemas di pantai di TV. Kemudian kami menuju ke Pulau wan man, melihat monumen tamadun islam dan berjalan2 di taman itu dan melihat masjid kristal. Panas dan terik cuaca di KT. Petangnya kami ke pantai batu buruk dan pasar payang. Malamnya kami bermalam di homestay di bukit kluang pula.
Rumah rehat di Teluk Ketapang
Jus Tembikai susu, sedapnyeeee
2 hero bersama pak ucu menanti ombak membasahi kaki
3 hero bersama sepupus
Tarikan kanak2 di taman tamadun islam, pulau wan man
abah dan adik di depan replika dome of rock, Al quds
Pagi selasa sempat lagi kami ke pantai bukit kluang. Cantik juga pantai ini , ada gua. 3 hero dan sepupu2nya mengambil peluang membasah kaki dan bermain di tepi pantai lagi. Ombak di sini juga kuat dan bahaya. Tepat jam 12 kami berangkat ke Kampung Denger utk kenduri menyambut menantu. Ringkas sahaja kenduri di sini, namun sedap masakannya. Tahniah mak ndak, moga bahagia melayari bahtera rumahtangga. Moga diberkati.
Trek pejalan kaki di tepi gua dan pantai di bukit kluang
main air lagi di pantai bukit kluang
majlis menyambut menantu di kampung denger
muhammad kusyuk menikmati hidangan
Singgah di pulau banding makan ais krim