Hari ni sudah masuk februari 2008. Terasa cepat sungguh masa berlalu sekarang ni. Semester ni walaupun mama hanya menjaga makmal, tapi sibuknya teruk juga. Banyak report lab tertangguh mama nak marking. Biasalah mama paling tak suka bab marking. Anyway mama enjoy menjaga lab.
Hari ni 2x mama balik ambil hero2 mama. mula2 pukul 11 pagi mama keluar ambil luqman dan hantar ke rumah mak lang. kemudia pukul 2 ptg pula pergi ambil muhammad hantar ke sekolah. Walaupun penat, rasanya mama puas hantar sendiri anak2 ke sekolah dan mengambil diorang. Tadi mama sampai awal sikit dekat tadika luqman. mama jenguk dekat tingkap kelas dia. Nampak luqman dah tak sabar nak balik. cikgu ajak menyanyi dia dah mengalas beg nak balik. lepas tu dia jenguk kot tingkap melihatkan mama sampai ke belum. Nampak ja mama dia senyum. Lepas tu mama bagi signal kat dia suruh nyanyi dan baca doa bersama2 cikgu. Agaknya dah tak boleh pay attention, sat2 dia gatal kepalalah, sat2 dia angkat kaki letak atas meja. habis je doa terus dia angkat kerusi letak atas meja dan meluru ke pintu. walhal masa tu kena baca selawat dulu baru boleh balik. terpaksalah dia berpatah balik ke tempat dia dan berselawat dulu :). Si adik pula sejak mama dan abah balik ni jadi manja pula bila ke sekolah. Rasanya masa dengan tok ayah dulu tak dengar pun cerita dia nangis kat sekolah. Sekarang ni almost every day dia nangis. kalau tak nangis pun, dia kata dia sedih. Dia teringat kat mama, abah, luqman dan mamat. Ada ke pula, dia siap plan nak nangis sebelum pi sekolah. Memang manja teacher dia kata. Hingus keluar pun, dia keluarkan tuala kecil dia dan pi kat teacher minta teacher lapkan hingus dia. Dia nak mama pi sekolah dengan dia. Teacher kat sekolah muaz ni baik orangnya. Nampak penyabar dengan kanak2. Mama harap lepas ni dia tak sedih dah pi sekolah. Kat rumah pun memang dia paling manja. nak tidur mesti nak abah temankan dia. Abang yong jd ketua darjah tahun ni. Tiap hari mesti nak awal sikit ke sekolah sebab nak kena ambil buku record dekat bilik guru. ketua kena pakai kopiah. Alhamdulillah sekarang ni dia nampak rajin sikit. Mama pesan jika nak ikut mama ke oversea, kena rajin dan berdikari.
Alhamdulillah minggu ni mama dapat tahu mama dapat offer ke Australia untuk phD mama. Insya-ALLAH mama akan ke melbourne. Mama merancang paling awal mama akan ke sana bulan ogos ni, paling lewat lepas raya ni. Muhammad paling seronok dengar. Tiap hari asyik tanya bila kita nak fly. Abah tak pasti lagi nak ikut ke tak. Tolong doakan abah dapat kerja bagus di melbourne dapatlah kami sekeluarga bermukim dekat melbourne buat beberapa ketika. Worst case abah tinggal di penang seorg or dengan muaz. Mama rasa nak bawa semua anak dengan mama. kesian pisahkan mereka. Tapi semalam adik muaz kata dia nak duduk dengan abah. Takut orang jahat ambil abah dia.
Thursday, January 31, 2008
Thursday, January 24, 2008
2008 dan kembara haji di tanah suci
salam pd semua. sudah lama mama tak menulis di blog ini. Hari ni jumaat 25 jan. Bila balik Malaysia ni terasa cepat betul masa berjalan. Moga dapatlah disempurnakan segala kerja yg perlu diselesaikan sbl pulang ke rumah hari ni. Semester ni mama diberi loading hanya lab dan projek. Seronok juga menjaga lab. Banyak aktiviti praktikal yg terlibat. Moga dapat 'sharpen' mama punya lab skills. Hari ni mama nak cerita sikit pasal pengalaman mama menjalani ibadat haji di Mekah baru2 ini.
Mama, abah, tok dan wan bertolak ke madinah dahulu pd 26 nov 2007. Alhamdulillah kami sampai di jeddah waktu malam. Urusan di lapangan terbang jeddah tidka mengambil masa yang panjang sgt. Lepas melalui pemeriksaan imegresen dan mengambil beg, kami terus solat jama di lapangan terbang. Kemudian kami di bawa ke bas no 1 untuk dibawa ke madinah. Perjalanan dari madinah ke mekah mengambil masa 5 jam. Bas yang di naiki agak sempit terutamanya untuk abah yang berkaki agak panjang. Namun dalam 5 jam tu kena bebanyak bersabar. Alhamdulillah dapat juga kami tidur dalam ketidakselesaan tu. Tak sabar mama nak melihat masjid nabawi. Kami sampai di Alharam hotel lebih kurang lagi 1/2 jam nak masuk subuh. Waktu tu memang nampak manusia ramai berjalan menuju ke masjid. Kami terus ke bilik hotel. masukkan beg kecil, kemudian ambil wuduk dan terus ke masjid nabawi. Alhamdulillah masjid hanya berjarak lebih kurang 30meter sahaja dari hotel. Kebiasaannya tiap pagi dalam pukul 230 tok dah bangun, kemudian mama pun bangun. dalam pukul 3 pg kami ke masjid untuk subuh. subuh masuk dalam pukul 515 pg. selepas subuh kami balik breakfast dan kemudian bermulalah aktiviti mama dan tok membasuh baju. dalam pukul 10 pagi kami ke masjid semula, solat dhuha dan baca Alquran sehinggalah masuk zohor dalam pukul 1215ptg. Kemudian kami balik makan tengahari. Lepas zohor dapatlah melelapkan mata sekejap sebelum pukul 230 ptg kami ke masjid semula untuk asar sehinggalah isya. Walaupun dekat , kebiasaannya kami tak balik dah ke hotel. Waktu kami di madinah selama 8 hari, jemaah haji sudah semakin ramai. Kebiasaannya kami menghabiskan masa membaca Alquran di dalam masjid. Alhamdulillah 3 kali dapat ke rawdah untuk solat sunat walaupun dalam keadaan menunggu sehingga kira2 2 jam.Jemaah wanita di beri waktu dan slot untuk ke rawdah. Jemaah lelaki 24jam boleh ke rawdah. Sekarang ni maqam nabi SAW sudah tidak nampak untuk jemaah wanita. Di sebalik maqam nabi SAW di letakkan rak2 Al-Quran. Di madinah , tok, wan dan abah berkesempatan menziarahi ladang kurma dan picnic kat padang pasir minum susu unta.mama tak sihat waktu tu, mama tak ikut. Alhamdulillah dapat juga mama merasa susu unta fresh. Memang sedap susu unta dan berkhasiat. cuma banyak angin keluar.
5 dec kami dibawa ke mekah. sekali lagi perjalanan lebih kurang 4 jam ke sana menaiki bas yang agak sempit. Kami singgah di masjid di bir Ali untuk niat umrah/haji. mama dan abah buat haji tamatuk dan tok n wan buat ifrad. Subhanallah tok n wan tabah sungguh berada dalam ihram haji lebih kurang 2 minggu. Sampai di mekah sudah maghrib. Di mekah kami tinggal di Aljanadiriah hotel yg berada disebelah bukit. Jauh jarak hotel ni dengan masjidil haram lebih kurang 760m. 15 minit berjalan kaki. Kesokan pagi kami ke masjidil haram untuk menyempurnakan tawaf umrah dan saie umrah. Kami masuk melalui bab Al fatah. Nampak2 saja kaabah, airmata mama terus mengalir. Mama rasa setiap orang juga begitu. terasa sayu melihat kaabah. Memang airmata sugguh murah kat tanah suci. ketika solat bila dengar imam maher baca ayat Alquran, mesti nangis tambah2 ayat yang memang mama faham isi kandungannya. Kat mekah dan madinah mama terasa sgt kekuatan doa. Terasa apa yg diminta ALLAH makbulkan. Mama berharap dibumi malaysia juga selepas ini dalam apa jua hal yang mama buat, mama akan sentiasa berdoa. Memang barakah bumi mekah dan madinah. Setiap hari berlalu terasa kepuasannya.
8 zulhijjah kira2 pukul 6ptg kami ke arafah. lebih kurang pukul 8 kami sampai. Tak sabar mama menunggu keesokkannya untuk berwukuf. Tak sabar rasanya nak berdoa pd ALLAH pada waktu wukuf. Mama mencari spot di luar khemah yang mama boleh nampak terus ke langit dan mengadap kiblat. mama hampar tikar dan mulalah berdoa dari pukul 2 sehinggalah dekat pukul 4 ptg. Menitis air mata berdoa di arafah. Bibir sentiasa menyebut ampunilah daku....Kemudian mama masuk ke khemah, 1/2 jam sbl maghrib mama keluar semula ke luar dan berdoa. saat2 terakhir sbl habis waktu wukuf. Sayunya hati berdoa waktu tu. Teringat mama telefon abg yong, dia tanya mama kat padang masyar ka? Mungkin begitulah agaknya keadaan manusia bila dihimpunkan di padang masyar nanti. pukul 11 malam kami dibawa ke muzdalifah dgn bas. Kami ditinggalkan di muzdalifah sehinggalah bas akan datang semula membawa ke mina pula. Kami terus mencari spot, hampar tikar dan mula mengutip batu. Selepas tu mama tertidur juga dlm keadaan duduk. ruang sempit sebab ramai sugguh manusia. Dekat 3 pg mama terjaga, mama ajak abah berjalan ke mina. Melihatkan manusia mama rasakan keesokan pagi pun belum tentu dapat di bawa ke mina. Tok pada mulanya menolak ajakan mama. Wan ok saja. wan kata kita ni memang macam Rasulullah SAW berjalan. akhirnya tok akur. Kami berjalan lebih kurg 1 1/2 jam dan sampai di mina. Alhamdulillah kami tak sesat dah berjaya sampai di khemah. Dapat rehatkan badan sekejap dan kemudian solat subuh. Selepas subuh kami terus ke jamratul aqabah untuk melontar pada hari 10 zulhijjah. Dlm hati memang mama takut sebab rata2 mengatakan waktu tu waktu yg sungguh ramai org dan bahaya. Mama tawakal pd ALLAH. Alhamdulillah walaupun perjalanan ke jamrah dgn lautan manusia, bila tiba di jamrah memang mama kat depan sekali dgn telaga tu. terus melontar dan dapatlah kami bertahalul awal. alhamdulillah jamrah sekarang sudah ok. traffic pun di jaga dgn cekap oleh pihak berkuasa arab. Kita nampak lauatan manusia, Insya-ALLAH untuk melontar tidak susah dan bersesak. Alhamdulillah setiap kali melontar mama berada di depan telaga. Selepas zohor kami bertolak ke mekah pula untuk menyempurnakan tawaf haji dan umrah. Subhanallah lautan manusia di masjidil haram. Mula2 kami cuba tawaf di dataran bawah. Mama macam nak lemas dah sebab dihimpit. Abah ajak tawaf di atas. Alhamdulillah kami dapat sempurnakan tawaf haji di atas dengan tenangnya. Selepas tawaf kami terus saie haji. Selepas saie kami dah boleh bertahalul sani. Alhamdulillah selesailah pekerjaan haji kami. Selepas saie kami bergegas mencari teksi untuk kembali ke mina untuk bermabit separuh malam. Baru terasa kepenatan kaki mama bila berjalan pulang ke mina. seharian berjalan kaki. Sampai di khemah semua rakan2 dah tidur. Alhamdulillah dapat jg mama ruang utk tidur setelah dikuis kaki2 rakan. memang terlalu sempit khemah di mina. Lena juga mama tidur mlm tu. Keesokkan paginya wan ajak kami semua ke rumah ayong wahida. rumah ayong kat syisyah. dekat juga dengan tempat melontar. Oleh itu pd 11, 12 dan 13 zulhijjah kami bermalam di rumah ayong. Tiap hari sbl maghrib kami berjalan ke mina, mencari spot yg sesuai , hampar tikar dan bermabitlah kami dgn beratapkan langit dan berlantaikan bumi. Malam ke12 zulhijjah terasa sgt kesejukan. Pd malam tu ramai sgt manusia sbb ramai yg buat nafar awal. 14 zulhijjah kami kembali ke hotel. Pada minggu 1 selepas haji manusia masih ramai di masjidil haram. Kebiasaannya kami melakukan umrah sunat pd awal pd. pukul 2 pg kami ke tanaim berniat. pukul 3 pg kami bnuat umrah. Alhamdulillah sbl subuh kami dapat sempurnakan umrah sunat. Minggu terakhir di mekah minggu paling seronok buat umrah sunat. baru terasa manusia dah kurang. 13 jan kami melakukan tawaf wadaa. terasa sayu sgt tika buat tawaf wadaa. sepanjang 7 pusing tawaf menitis air mata mama. waktu tu memang lengang kat dataran. di dalam hati berdoa moga Allah akan jemput lagi mama ke sana... Berjalan pulang meninggalkan kaabah dgn air mata...Sepjg perjalanan balik ke hotel tu terasa sunyi dan kosong. Sampai di hotel kami terus makan mlm dan bersiap naik bus utk di bawa ke jeddah. Di jeddah kami bermalam di madinatulhujjaj. Keesokkannya check in brg di situ juga. ALhamdulillah wan yg terlebih berat 7 kg tidak dikenakan bayaran. Mama rasa berkat doa semua. Ada yg terlebih 5 kg dikenakan 100riyal. Selepas itu kami dibawa ke lapangan terbang jeddah.
Di airport baru mama dah teringat sgt pd anak2 mama. terasa lama berada dlm flight. Di jeddah cuaca agak sejuk. mama dah mula batuk makin teruk. Sampai di malaysia lebih kurg pukul 11 pg. Mula2 tengok muaz nampak macam besarnya adik ni. Luqman biasalah memang nampak sihat walafiat. abg yong maintain hensemnya, hehe. Abg yong suka sgt minum air zam. sehingga ke hari ini, tiap hari mesti minta nak minum sampai ke sekolah pun di anak bawa bekal. adik muaz pun suka. oklah mama rasa dah pjg mama bercerita.

Subscribe to:
Posts (Atom)