Wednesday, November 14, 2007

Luqman bergraduasi

Hari ni awal pagi lagi mama dah kejutkan luqman. Hari ni hari graduasi luqman. Pukul 7 pagi kami dah keluar ke depan tadika. Rupa2nya ramai lagi yang belum sampai. pukul 8 baru semua sampai. Kami bertolak ke sunway carnival mall. Jabatan perpaduan mengadakan hari graduan ni untuk semua tadika perpaduan daerah seberang perai tengah. 36 tadika terlibat. Dapat bayangkanlah betapa 'meriah'nya suasana kat open space kat sunway mall. pukul 9 baru acara bermula. Pengarah bagi ucapan, kemudian persembahan kanak2 dan penyampaian sijil dan hadiah. Luqman tak masuk apa2 persembahan. Yang buat persembahan kebanyakannya murid 5 tahun dan 6 tahun. Kesian luqman yang tak tahu duduk diam ni, dari pukul 7 pagi dah bersiap, dekat pukul 12 baru naik pentas menerima sijil dan hadiah.
Rata2 kanak2 dah hilang kesabaran menunggunya. Ramai yang dah mula buat aktiviti sendiri. Luqman antara yang tak duduk diam barang seminit pun. kejap dia buka topi dia, kejap dia buka kasut, kejap dia buka jubah dia. Lepas tu dia lari2 n sliding. Mama dah tak larat nak kata apa dah. Bahaya juga suasana kat mall tu sbb dia open. Alhamdulillah mama datang hari ni. Jika nak mengharapkan cikgu mengawal kanak2, tak terkawal rasanya. oklah nanti mama suruh abah post satu gambar luqman the naugthy boy bergraduasi.
Hari ni mama masuk kerja lewat sikit. Alhamdulillah tadi dah validasi markah student. Esok mama nak edit phD proposal untuk interview minggu hadapan. lepas tu habislah kerja2 opis mama harapnya. Alhamdulillah malam tadi mama dah siap packing baju2 hero2 mama untuk ke KL minggu hadapan. Mama asingkan dalam 3 beg. Senang sikit nanti opah nak cari baju2 hero2 mama. Malam ni mama plan nak packing beg haji mama n abah pula.
pening juga memikirkan bila nak start cuti. Rupa2nya mama dah tiada cuti. baki cuti tahun ini hanya 4 hari. nak pergi mekah 51 hari. uitm bagi cuti haji hanya 40 hari. lagi 11 hari mama kena ambil cuti rehat. nampaknya mama tak dapat nak bercuti awal sbl pergi haji. Insya-ALLAH 23 atau 24 nov ni mama akan balik gombak dengan abah n hero2 mama sekali. 26 Nov kami akan berangkat ke madinah.
Alhamdulillah makcik yaya ada nanti untuk bantu opah n tok ayah jagakan hero2 mama. Sekarang ni cuma tgh menunggu kabinet dapur disiapkan. lepas tu nak kemas rumah dan bolehlah kami berangkat ke gombak dengan tenangnya.

2 comments:

Amalina said...

Tahniah yokman dah graduate 1st year tadika...kan? Sama cam mak ngah, 4thn dah masuk tadika. Lama belajar. Seronok tu, tapi mak ngah tadika saja ada 3. Semoga yokman rajin ke sekolah dan belajar.

Amalina said...

Cute dalam jubah.