Thursday, February 9, 2012

Alhamdulillah


Lama sungguh mama tidak menulis. Di pagi jumaat yang penuh keberkatan ini, mama ingin menulis sedikit. Setinggi-tinggi kesyukuran mama panjatkan pada ALLAH di atas segala nikmat yang telah ALLAH kurniakan pada mama. Moga ALLAH ampuni kita atas kelalaian kita dalam mensyukuri nikmat2 yang diberiNYA, lalai dalam mengingatiNYA dan lalai dalam memperelokkan ibadat kita padaNYA. ALLAHUAKBAR, besar sungguh nikmat iman dan islam yang kita perolehi.

Feb 2011, Alhamdulillah mama telah selamat melahirkan seorang mujahidah, maryam namanya. Feb 2012 ini, akan genaplah setahun umur maryam. Maryam sangat comel, aktif dan cerdik. Malam tadi dah bertambah langkah di aturnya. Umur 3 bulan, Maryam sudah meniarap, 6 bulan sudah merangkak, kelihatannya setahun maryam sudah mahu bertatih dan berjalan.
Alhamdulillah di atas anugerah yang sangat besar ini. Abang yong, abang ngah dan abang cik sangat sayangkan maryam. Antara 3 abang, maryam paling manja dengan abang yongnya. Pantang nampak abang yong berbaring, maryam akan mendekati dan menyandar di tepi abang kesayangannya itu. abang ngah dan abang cik suka sangat menyakat maryam, tu yang maryam geram dan marah dengan mereka. Namun abang cik pandai buatkan maryam ketawa selalu dan abang ngah rajin tengokkan maryam yang tak dok diam barang seminit.


Penghujung 2011, Alhamdulillah abang yong dikurniakan ALLAH 5A di dalam UPSRnya. Mama terharu dan tidap dapat menahan air mata mengenangkan perjalanan hidup abang yong ini. Bila diimbas kembali....abang yong hanya pelajar yang biasa-biasa sahaja. Bersekolah di sekolah kampung. Tidak pernah memperolehi 5A sebelum ini. Sangat suka pada sukan dan permainan sehinggakan mama pernah merajuk hati kerana tindak tanduknya yang leka dengan mainan dan hiburan. Namun dalam rajuk mama, mama selalu mengingatkannya buatlah apa yang ALLAH suka, bukan yang nafsu kita suka. Di saat2 akhir abang yong seperti tersedar, tampak dirinya dekat dengan ALLAH, bangun dipenghujung malam memohon padaNYA. Usaha di gandakan. Jauh di sudut hati mama terdetik, adakah ALLAH akan terima usahanya di saat akhir ini. ALLAHUAKBAR, ALLAH terima dan dengar. Alhamdulillah kini, abang yong meneruskan kehidupan barunya di MRSM Kepala Batas, Program Ulul Albab. Semalam hati mama sangat merindui abang yong. Mama tahu perjuangan abang yong di ulul albab sangat berat. mama tahu anak mama, anak manja. Mama serah anak mama ini pada ALLAH. Peliharalah anakku, bimbinglah anakku dekat denganMU. Abang yong, jadikanlah Al Quran pendampingmu. Bacalah, hafazlah, fahamlah dan amalkanlah. Moga ALLAH berkati kita semua. Moga kita senantiasa mensyukuri, mengingati dan memperelokkan ibadat kita padaNYA. Ampuni kami Ya ALLAH..

Thursday, February 10, 2011

dah hampir


35 minggu mama dah makin sarat. dah nak cukup term dah.Pergerakan mama pun dah makin terbatas. Kalau dulu balik dari belajar, mama terus marathon membuat kerja rumah dengan pantasnya. Kalau boleh semua nak diselesaikan sebelum maghrib berkumandang agar selepas maghrib banyak sikit masa bersama 3 hero. Namun sekarang...semua terpaksa dilakukan perlahan-lahan. Tak mampu dah nak marathon. Itulah nikmat kesihatan dan ujian.

Tak sabar menanti si kecil comel ini keluar. Tahun ni tahun sibuk bagi mama dan anak2. mama di tahun akhir pengajian, abah tengah menyempurnakan tesis masternya dan abang muhammad pula akan menduduki peperiksaan UPSR. Moga kehadiran si kecil nanti menambah seri di dalam kesibukan keluarga kita. Berita terbaru, mama di jangka melahirkan mujahidah pula setelah di scan doktor pada usia kandungan 32 minggu. Pelbagai nama di cadangkan oleh abang2, abang muhammad mahukan nama glamor seperti irdina batrisya katanya, luqman tak kisah, muaz mencadangkan nama kawannya di sekolah. Mama kata mama ingin namakan dari nama2 srikandi2 islam seperti fatimah, aisyhah, maryam,sumayyah dan sebagainya. Tatkala di katakan maryam, terus 3 hero kata, apa ....meriam mama??? huih takut kami. dia bom kami nanti. sabaq jalah dengan abang2 kamu yang loyaq buruk tu. Moga jika benar perempuan, moga anak mama nanti menjadi anak solehah, dekat dengan ALLAH dan menjadi peneman kepada mama. Jangan join bergomoi dengan abang2 udahla.

Monday, December 20, 2010

Impian

Apabila mempunyai anak, mama memasang satu impian ini. Ingin satu hari nanti, kalau tidak semua, seorang pun jadilah memenuhi impian satu ini. Ingin benar mama melihat anak mama menghafal Al-Quran dan menguasai Bahasa Arab dan memahami AL-Quran. Sekarang mama dikurniakan 3 anak lelaki, tidak lama lagi menyusul seorang lagi mujahid, Insya-ALLAH. Doa mama agar impian yang satu ini akan dikabulkan ALLAH. Anak2 mama hanya menerima pendidikan awal di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di kawasan kampung saja. Di sini , Alhamdulillah mereka sudah didedahkan dengan pendidikan awal bahasa arab, solat dan hafazan surah2 lazim beserta hadis2 pendek. Alhamdulillah abah juga rajin menyuruh dan menyemak hafazan surah2 lain di dalam juz 30. Alhamdulillah muhammad sudah menghafal kesemua surah di dalam juz 30, cuma perlu sentiasa di semak semula oleh abahnya.
Masuk ke pendidikan rendah kesemua anak mama memasuki Sek Keb Permatang Pasir yang hampir dengan rumah kami. Sekolah ini jua kategori sekolah kampung. Namun mama menaruh harapan agar walaupun di desa, selain belajar ilmu formal, mama ingin mereka belajar tentang kehidupan di sini. Bercampur gaul dengan anak2 kampung, tinggal bersama makcik kampung, aktiviti mainan di kampung(mengail ikan di ban), harapan mama moga mereka membesar menjadi hamba ALLAH yang dekat denganNYA. Terbaru mama mendengar MRSM Ulul Albab di zon utara di kepala batas akan mengambil pelajar pertama 2011. Mama terus mengutarakan keinginan mama melihat muhammad memasuki MRSM Tahfiz ini. Dalam lawaknya muhammad berkata: kalau di interview dan ditanya kenapa kamu ingin memasuki sekolah ini? muhammad akan jawab no 1. mama saya tu nak sangat saya masuk sini :):). Tak palah mama pun akan doa agar muhammad pun ingin ke arah ini dengan rela hati.

Namun di zaman ini, banyak sungguh ujian persekitaran yang mempengaruhi anak2. Dengan facebook, dengan komputer games etc etc..penat menegur dan mengajar etika berinternet kepada anak2. Moga anak2 mama dilindungi dari faktor2 tidak sihat di zaman IT ini. Kanak2 di zaman kini terlalu ke hadapan dan banyak sungguh cabaran di dalam mendidik mereka. Bila anak mama sudah memasuki usia awal belasan ini, mulalah kedengaran cerita chatting, cerita cinta etc etc..., mama tersenyum mendengar abah kata " La Taqrabuzina..." apabila mama menegur muhammad chatting dengan rakan perempuan di facebook. Ya ALLAH lindungilah anak2 kami dari fitnah dunia ini.

Thursday, November 18, 2010

Anugerah yang tidak ternilai

Hujung minggu yang lepas mama berkesempatan mendengar ceramah keibubapaan dari Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, Mudir Pusat Tahfiz Al Barakah, Manjoi Perak di Masjid Perda. Program ini dibuat khas untuk ibubapa dan anak2 dari Sekolah Rendah Bandar Baru Perda, namun mama men'yeludup' ingin mendengar beberapa tips keibubapaan dari ustaz ini. Alhamdulillah pengisisan 2 jam bersama ustaz ini amat menyentuh hati mama. Mama cuba ringkaskan apa yang diceritakannya.
Ustaz memulakan ceramahnya dengan mengajak kita sebagai ibubapa mensyukuri akan nikmat yang satu ini, iaitu anak. Walaupun anak kita comel, huduh, masam, keteqaq(degil), nakal, tak pandai, bijak dan sebagainya, marilah kita sama2 bersyukur atas kurniaan yang satu ini, besar anugerah ini hatta setelah kematian kita, doanya(anak yang soleh) masih terus diterima sebagai amal dan didengari ALLAH SWT. Ada yang diuji dengan ketiadaan anak, ada diuji dengan anak istimewa. Jika kita diuji dengan anak yang nakal dan tidak mendengar kata, namun sihat, bersyukurlah, kenakalan , kebodohannya boleh diperbetul, Insya-ALLAH.
Keduanya, ustaz berkata, anak adalah ujian/fitnah kepada kita. Sejak dari awal mengandungkan lagi, kesusahan , kepayahan ditanggung si ibu adalah satu bentuk ujian. Ketika melahirkan ia umpama antara hidup dan mati dan kiranya kematian yang mengundang, ia dikira sebagai syahid yang kecil. Subhanallah. Kemudian membesarkan anak2 ini penuh dengan manis dan pahitnya. ustaz kata, zaman sekarang ramai anak2 yang "terpilih"( nakal). cikgu paling hebat untuk mereka adalah kita, iaitu ibubapanya. ustaz menceritakan pengalamannya mendisiplinkan anak2 dan murid2 di sekolahnya. Dipesannya cikgu tidak akan mula mengajar jika masih ada yang bercakap2, selepas habis qada hajat, pastikan tiada sisaan hatta sebutir tanah pun ditinggalkan di dalam tandas, tahi cicak, sampah dikutip apabila dilihat, barangsiapa yang menconteng meja, maka belajarlah di atas lantai etc etc. Alhamdulillah berkat disiplin yang di ajar ini, isu kebersihan dan kekemasan tidak menjadi masalah di rumah dan disekolah. Ibubapa perlu "spot check" pembelajaran anak2, rakanya, mainannya, tidurnya, beg sekolahnya. Bapa boleh mengajak anak membuat kerja sekolah disebahnya tatkala dia berehat membaca akhbar. Ustaz menceritakan akan kenakalan anak lelakinya tatkala berumur 7-11 tahun, asyik nak main saja. tersenyum mama sebab anak2 mama jua begitu. kedudukan di kelas tercorot, namun berkat keperihatinan dan doa dari beliau dan isteri, pada umurnya 12 tahun, dia punya kesedaran dan Alhamdulillah memperolehi keputusan cemerlang di dalam akademiknya. Anak lelaki , inilah ujiannya, kenakalan, keaktifan melampau mereka. Namun semua ini boleh dirai dan diperbetul, Insya-ALLAH. Walaupun ustaz seorang yang sibuk, beliau tidak pernah lupa untuk mendoakan anak2nya tatkala beliau pulang lewat malam dari aktiviti ceramahnya. Akan di datangi setiap dari anaknya dan diusap dan dibacakan doa di ubun2 mereka, dan dibisikkan kata2 yang indah ditelingannya.Pengalaman mama, pernah suatu malam, tatkala adik sudah tidur2 ayam, mama membisikkan "adik soleh, adik rajin solat, adik rajin baca quran , etc etc" , dalam keadaan mata terpejam, adik mengangguk2 kepalanya. sungguh comel dan terharu mama. mindanya masih sedar.
Ketiganya, sibukkan anak. Sempena cuti sekolah, sediakan aktiviti untuk anak2. Ustaz memberi tugasan hafazan kepada anak2nya di masa cuti sekolah ini. Mama jua bersyukur, abah rajin menyuruh dan menyemak hafazan anak2, walaupun tidaklah satu AL-Quran, namun surah2 di dalam Juz 30 akan dipastikan dapat dihafaz mereka sebaiknya. Kebiasaannya untuk mengurangkan aktiviti gomolan/gusti mereka di dalam kereta, abah akan menyemak hafazan mereka. Alhamdulillah aktiviti ini berjaya menurunkan tahap gula di dalam badan mereka, :).
Keempatnya, jangan bagi anak keluar malam. Ustaz menceritakan dari maklumbalas pusat2 serenti dan sekolah tunas bakti, masalah2 remaja bermula apabila di izinkan keluar malam. Izinkan hanya untuk ke masjid bersolat jemaah. Jika untuk hal2 lain, kita hantar dan kita ambil.


Akhirnya, beliau menegaskan pendekatan agama berkesan melahirkan qurrata ayyun, Insya-ALLAH. Beliau smepat mengajar kan doa untuk melembutkan hati anak/berdepan dengan anak yang tidak mendengar cakap/melawan cakap iaitu bacakan ayat 15 surah, Ash-Shura. dan ayat 154 surah Al-A'raaf untuk meredakan kemarahan.


Thursday, September 30, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah mama dah rasa sihat sekarang. Besar sungguh nikmat sihat ini. Oleh itu marilah kita mengambil peluang di kala dikurniakan kesihatan ini untuk beribadat sebaiknya kepada ALLAH. Benar, BESAR sungguh nikmat yg satu ini.

Minggu lepas kami keluar untuk shopping barang2 rumah yang dah lama tak dibeli sejak mama tak sihat. Lama benar mama tak masak memasak. rindu benar nak memasak walaupun mama tak pandai memasak. Alhamdulillah dua tiga hari ni mama bersemangat nak memasak untuk hero2 kesayangan mama di rumah. Satu kepuasan bila memasak dibandingkan dengan membeli. Moga ALLAH terus mengurniakan mama dengan kesihatan agar mama dapat berbakti sebaiknya untuk abah dan 3 hero mama.

Alhamdulillah kandungan mama jua sudah memasuki usia 5 bulan. pantas benar masa berlalu. mama jua sudah semakin membesar. Di minggu ke-14 scan, doktor mengkhabarkan,Insya-ALLAH mujahid juga di dalam perut mama ni. Subhanallah semua mujahid2 yang ingin ALLAH anugerahkan buat mama dan abah. Alhamdulillah mama menerima apa jua yang ALLAH berikan. 3 hero teruja mendengarnya. Muaz terutamanya sangat menginginkan adik lelaki. Pelbagai nama dicadangkannya. Muaz jua suka benar mencium perut mama, :) , sayang benar dia pada bakal adiknya. Insya-ALLAH ahad, 10 oktober ini, Muaz @ abg cik bakal mewakili kawasan permatang pauh untuk pertandingan khutbah lagi. Insya-ALLAH mama doakan untuk abg cik sorang ni. Moga apa yang dikhutbahkan memberi manfaat pada abg cik dan yang mendengarnya.

mama teringat akan cerita luqman bebaru ni. Rambut luqman agak tebal. Disebabkan kesibukan raya kemudian sekolah buka, muaz pula dimasukkan ke hospital disebabkan jangkitan di matanya. Mama tak sempat nak bawa luqman untuk mengunting rambutnya. Sehinggalah satu hari dikhabarkannya, "mama cikgu kata rambut man macam sabut nyioq!!"..hehe nak tergelak mama.luqman memang simple orangnya. Tak pandai bergaya. Pagi2 kadang2 dia lupa menyikat rambutnya.Pakai bedak apatah lagi. Tak macam abang yongnya yang cukup bergaya.

Sunday, August 8, 2010

Anugerah dan ujian

Lama sungguh mama tidak menulis. pantas masa berlalu. Banyak perkara telah berlaku. Jun mama sibuk dengan PTK, 3 hero mid term exams, dan keje2 phd. Kesian 3 hero tidak kemana2 cuti sekolah 2 minggu, hanya berkesempatan pulang menziarahi tok di alor setar dan opah di KL. Alhamdulillah julai ALLAH izinkan mama dan abah membawa 3 hero berjalan2 ke Jakarta, puncak dan Bandung. Alhamdulillah 4 hari ke sana, 3 hero seronok dan mama jua seronok, seketika dapat merehatkan minda.
di kawah domas, Tangkuban perahu, kawah gunung berapi masih aktif
Animal show yang menghiburkan di Taman Tema di Jakarta
Pulang dari percutian, mama mendapat perkhabaran yang sangat mengejutkan mama. Saat mula mendapat berita ini, mama agak kesedihan dan ketakutan. Macam2 bermain di fikiran mama, semua kerisauan berkisar tentang phd mama yang belum selesai sepenuhnya, masih dipertengahan perjalanan. namun jauh di sudut hati mama, merasakan ini benar2 anugerah dan ujian dariNYA. DIA ingin memberikannya pada mama sekarang. Bukan nanti2 yang mama rancangkan. Akhirnya mama dapat menerima kenyataan yang mama kini bukan berseorangan. ada insan sedang membesar di dalam rahim mama yang perlu mama pelihara sebaiknya. Mama pohon pada semua mendoakan mama agar sihat, kuat dan bertenaga untuk menempuh hari2 mendatang terutamanya Ramadan yang bakal tiba dua tiga hari lagi. Sedih juga pabila terkenangkan dahulu, mama cergas ke sana sini, membaca AL-Quran siang dan malam,bisa bangun di awal pagi sujud dan merintih padaNYA. namun kini tubuh mama terasa sangat lemah. Lain benar mengandung di usia 20an dan 30an ini. Di usia kini mama terasa sangat lemah. Terima kasih pada abah dan 3 hero yang banyak membantu menguruskan rumah tatkala kini mama lemah. Maafkan mama dan doakan mama.

adik bersama orang utan di Mini Zoo, Taman Safari, Puncak Bogor

Pagi ini adik bangun awal dan ke sekolah awal. Adik mewakili tadikanya di dalam pertandingan membaca khutbah. ALhamdulillah sebentar tadi mama mendapat perkhabaran dari guru adik menyatakan adik mendapat tempat pertama, Insya-ALLAH akan ke peringkat seterusnya. Insya-ALLAH bakal imam kenit :). Mama selalu menyatakan akan hasrat mama ingin melihat adik menjadi imam, macam imam muda tu, hehe....pagi semalam adik solat dhuha di sebelah mama. Bersama2 mama memohon ALLAH mudahkan dan memberikan kejayaan pada adik. Alhamdulillah ALLAH makbulkan doa mama dan adik. Insya-ALLAH mama akan terus mendoakan adik dan abang2. akhir kata mama pohon pada semua, doakan mama sihat untuk beribadat padaNYA dengan sempurna....

Sunday, May 2, 2010

Hujung minggu yang mendamaikan

Alhamdulillah hujung minggu ini benar2 mendamaikan. Sabtu pagi selepas mama selesai dengan tugasan rumah, mama benar2 ingin keluar dari penang untuk mencari sedikit ketenangan. Tekanan dan bebanan phd benar2 menganggu fikiran mama. Mama lantas mengutarakan pada abah akan hasrat mama ingin keluar sekejap dari penang, ke taiping cadangan mama. Alhamdulillah abah setuju. Mama terus ke internet mencari penginapan yang sesuai di taiping.



Rakan mama mencadangkan kamalodge, sebuah chalet di tengah2 ketenangan yang sangat mendamaikan di jalan bukit larut. Tidak jauh dari taman tasik, zoo taipng dan jua bukit larut. Kamalodge ini hanya mempunyai beberapa unit sahaja penginapannya, jadinya tidak crowded, tenang dan sunyi. Kami menginap di suite 7-4. mini banglo, dengan satu ruang tamu di tingkat bawah dan bilik di tingkat atas. cukup luas dan amat comel. suite ini mengadap swimmming pool yang sangat cantik dan pemandangan hijau dan bukit larut yang sangat mendamaikan. Harganya jua amat berpatutan(328 termasuk 2 tilam extra), untuk kakitangan kerajaan 20% discount diberikan. Tiba saja kami di kamalodge, 3 hero terus ingin terjun ke swimming pool. Petang itu kami menuju ke taman tasik, kami mengambil peluang berjalan2 di tepi tasik dan menaiki itik kayuhan sambil menikmati pemandangan tasik yang indah. dari sini kelihatan bukit larut yang berkabus, subhanallah sungguh mendamaikan( abang yong kayuh itik, mama seronok menikmati pemandangan). Malamnya kami menikmati makan malam di bomba. Alhamdulillah sungguh menyelerakan, ice cream abc special bersama yong tau fu, satay dan nasi ayam. Ahad pagi setelah sekali lagi 3 hero berendam di kolam renang, kami menuju pula ke zoo taiping.

All in all, only one word can decribe what mama feel, Alhamdulillah di atas kesempatan ini. Insya-ALLAH kami ingin lagi berkunjung ke sini dan menginap di kamalodge.