Sunday, August 8, 2010

Anugerah dan ujian

Lama sungguh mama tidak menulis. pantas masa berlalu. Banyak perkara telah berlaku. Jun mama sibuk dengan PTK, 3 hero mid term exams, dan keje2 phd. Kesian 3 hero tidak kemana2 cuti sekolah 2 minggu, hanya berkesempatan pulang menziarahi tok di alor setar dan opah di KL. Alhamdulillah julai ALLAH izinkan mama dan abah membawa 3 hero berjalan2 ke Jakarta, puncak dan Bandung. Alhamdulillah 4 hari ke sana, 3 hero seronok dan mama jua seronok, seketika dapat merehatkan minda.
di kawah domas, Tangkuban perahu, kawah gunung berapi masih aktif
Animal show yang menghiburkan di Taman Tema di Jakarta
Pulang dari percutian, mama mendapat perkhabaran yang sangat mengejutkan mama. Saat mula mendapat berita ini, mama agak kesedihan dan ketakutan. Macam2 bermain di fikiran mama, semua kerisauan berkisar tentang phd mama yang belum selesai sepenuhnya, masih dipertengahan perjalanan. namun jauh di sudut hati mama, merasakan ini benar2 anugerah dan ujian dariNYA. DIA ingin memberikannya pada mama sekarang. Bukan nanti2 yang mama rancangkan. Akhirnya mama dapat menerima kenyataan yang mama kini bukan berseorangan. ada insan sedang membesar di dalam rahim mama yang perlu mama pelihara sebaiknya. Mama pohon pada semua mendoakan mama agar sihat, kuat dan bertenaga untuk menempuh hari2 mendatang terutamanya Ramadan yang bakal tiba dua tiga hari lagi. Sedih juga pabila terkenangkan dahulu, mama cergas ke sana sini, membaca AL-Quran siang dan malam,bisa bangun di awal pagi sujud dan merintih padaNYA. namun kini tubuh mama terasa sangat lemah. Lain benar mengandung di usia 20an dan 30an ini. Di usia kini mama terasa sangat lemah. Terima kasih pada abah dan 3 hero yang banyak membantu menguruskan rumah tatkala kini mama lemah. Maafkan mama dan doakan mama.

adik bersama orang utan di Mini Zoo, Taman Safari, Puncak Bogor

Pagi ini adik bangun awal dan ke sekolah awal. Adik mewakili tadikanya di dalam pertandingan membaca khutbah. ALhamdulillah sebentar tadi mama mendapat perkhabaran dari guru adik menyatakan adik mendapat tempat pertama, Insya-ALLAH akan ke peringkat seterusnya. Insya-ALLAH bakal imam kenit :). Mama selalu menyatakan akan hasrat mama ingin melihat adik menjadi imam, macam imam muda tu, hehe....pagi semalam adik solat dhuha di sebelah mama. Bersama2 mama memohon ALLAH mudahkan dan memberikan kejayaan pada adik. Alhamdulillah ALLAH makbulkan doa mama dan adik. Insya-ALLAH mama akan terus mendoakan adik dan abang2. akhir kata mama pohon pada semua, doakan mama sihat untuk beribadat padaNYA dengan sempurna....

Sunday, May 2, 2010

Hujung minggu yang mendamaikan

Alhamdulillah hujung minggu ini benar2 mendamaikan. Sabtu pagi selepas mama selesai dengan tugasan rumah, mama benar2 ingin keluar dari penang untuk mencari sedikit ketenangan. Tekanan dan bebanan phd benar2 menganggu fikiran mama. Mama lantas mengutarakan pada abah akan hasrat mama ingin keluar sekejap dari penang, ke taiping cadangan mama. Alhamdulillah abah setuju. Mama terus ke internet mencari penginapan yang sesuai di taiping.



Rakan mama mencadangkan kamalodge, sebuah chalet di tengah2 ketenangan yang sangat mendamaikan di jalan bukit larut. Tidak jauh dari taman tasik, zoo taipng dan jua bukit larut. Kamalodge ini hanya mempunyai beberapa unit sahaja penginapannya, jadinya tidak crowded, tenang dan sunyi. Kami menginap di suite 7-4. mini banglo, dengan satu ruang tamu di tingkat bawah dan bilik di tingkat atas. cukup luas dan amat comel. suite ini mengadap swimmming pool yang sangat cantik dan pemandangan hijau dan bukit larut yang sangat mendamaikan. Harganya jua amat berpatutan(328 termasuk 2 tilam extra), untuk kakitangan kerajaan 20% discount diberikan. Tiba saja kami di kamalodge, 3 hero terus ingin terjun ke swimming pool. Petang itu kami menuju ke taman tasik, kami mengambil peluang berjalan2 di tepi tasik dan menaiki itik kayuhan sambil menikmati pemandangan tasik yang indah. dari sini kelihatan bukit larut yang berkabus, subhanallah sungguh mendamaikan( abang yong kayuh itik, mama seronok menikmati pemandangan). Malamnya kami menikmati makan malam di bomba. Alhamdulillah sungguh menyelerakan, ice cream abc special bersama yong tau fu, satay dan nasi ayam. Ahad pagi setelah sekali lagi 3 hero berendam di kolam renang, kami menuju pula ke zoo taiping.

All in all, only one word can decribe what mama feel, Alhamdulillah di atas kesempatan ini. Insya-ALLAH kami ingin lagi berkunjung ke sini dan menginap di kamalodge.

Sunday, April 11, 2010

anak2 dan sukan

Tiap petang muaz la ni sibuk berlatih bola sepak. Insya-ALLAH 18 April ni ada perlawanan peringkat kawasan permatang pauh. Tahun ni kelihatannya pasukan bola sepak kurang tajam sikit dari pasukan yang diwakili luqman tahun lepas. Kebanyakan pemain adalah "adik"= anak bongsu rasanya, dan manja sikit.Tak macam luqman, berani tak kena gaya, abis dah pecah lampu siling rumah tok dan tingkap kaca rumah pengasuh dek sepakan kuat bolanya. Muaz jadi gollee. Semalam perlawanan persahabatan di antara pasukan PASTI kawasan Batu Kawan, pasukan muaz kalah 1-0. Walaupun pasukan muaz banyak kali menyerang, namun serangan tidak dapat disempurnakan dengan gol yang tepat. Akhirnya Muaz terlepas bola di tangkapnya dari pasukan lawan dan bola perlahan2 masuk ke dalam gol. Suspen betul bila muaz jadi gollee. Harapnya muaz dapat menjaga golnya dari ditembusi 18 April nanti.
Pagi tadi masa mama menghantar muaz ke sekolah, mama memesan " petang ni adik main baik2 tau, tangkap bola elok2 tau", Dengan sengihnya dia menjawab " adik nak tangkap kepala oranglah hari ni, tak pun adik nak tangkap kaki orang, senang sikit depa tak bolehlah sepak bola masuk gol". Sabaq jelah golle sorang ni.
Abang yong pula minggu ni sibuk pula dengan practice bola balingnya. Hari tu dia sibuk dengan practice bola sepaknya, akhirnya pasukannya terkandas di semi final, mama pun legalah sebab dah tak payah berleter lagi. tup tup di pilih pula untuk mewakili sekolah dalam bola baling. Mama cuba ingin menyokong minat anak2 mama dalam sukan, namun dalam hati risau bebenor sebab mereka tak pandai nak menyeimbangi antara belajar dengan bermain. Abislah lepas ni mama akan mula pula berleter pasal bola baling vs ponteng tution.

Wednesday, March 31, 2010

ambillah ia sekadar bekal pengembara

Alhamdulillah tiap selasa malam kami sekeluarga jika tiada apa mengikuti kuliah mingguan dari Dr asri(kitab umdatul ahkam) di institut Al-Qayyim. Sekarang ni membincangkan tentang bab munakahat, eddah secara spesifiknya. Tiga hero kurang memahaminya. Sekejap2 menganggu mama dengan pelbagai soalan. Biasanya mama akan siapkan bekal air, makanan dan buku2 aktiviti buat mereka. Satu hobi luqman, beli pen cenderahati inst Al-Qayyim. Selalu minta duit kat mama, katanya nak derma kat masjid ni mama, banyak pahala tau. Dia teruja membeli pen dan memasukkan duit di dalam kotak sendiri tanpa penjual :).
Semalam muqadimahnya Dr asri menceritakan pengalaman mengerjakan umrah baru2 ni. katanya zaman sekarang ramai orang sudah mampu. Namun pelbagai macam ragamnya jemaah ke sana. Moga jika kita dijemput ke sana, hati kita benar2 ingin dekat padaNYA. Diselang seli pula dengan penceritaan betapa tingginya iman umat islam dahulu( cth imam as-syafie, ibnu abbas), keyakinan mereka yang tinggi pada ALLAH dan rasulnya menyebabkan doa mereka mustajab. `Ikramah meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas apabila minum air zamzam berdoa (ertinya): "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepada-Mu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." Diceritakan, Ibnu Abbas ialah sahabat yang sangat mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua. Oleh itu bagaimana iman dan keyakinan kita tatkala kita meminum air zam2 dan berdoa padaNYA.
Kemudian Dr asri bersambung bercerita tentang kehidupan dunia yang sementara berdasarkan Sabda Nabi s.a.w: "Beradalah engkau di dunia ini seolah-olah engkau itu seorang dagang atau pengembara." tatkala baginda menasihati ibnu umar r.a. Ulas Dr asri, ambillah dunia sekadar bekalan pengembara. Dr asri memberi contoh, bagaimana kita berhutang ratusan ribu atau jutaan membuat rumah yang besar dan indah walhal islam menyuruh kita membelanjakan harta kita kepada islam. Berapa banyakkah dah kita ambil dunia ini.....
”Ya Tuhan kami,ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”(3:147)

Friday, March 26, 2010

Bulan tiga ni musim bola hero2 kecuali luqman. Muhammad Torres masuk team bola sekolah pmtg pasir, Muaz Kuszcak baru terpilih jadi goalkeeper tadika pasti dia. Luqman Ronaldo gantung boot jap, tiada kejohanan utk budak darjah satu. Team sekolah Muhammad terkandas peringkat semi-final, utk liga permatang pauh-bukit mertajam-seberang jaya. Muaz Kuscak masih baru training, actually Muaz volunteer utk jadi keeper. Ni gambar muaz tengah training, gambar kamera handphone je. Yg kecik kemetot tengah2 gawang gol tu lah muaz, jegil2 lah mata tu nak tengok... soundtrack clip ni suara itik angsa, training pun belakang rumah orang kampung

Thursday, January 7, 2010

2010

salam tahun baru pada semua. Pantas sungguh masa berlalu. Pengajian mama pun sudah berlalu setahun. Doakan masa2 mendatang yang bakal mama lalui diberkati, diberkati usia, diberkati kerja2 penyelidikan yang dilakukan, diberkati tugas2 rumahtangga yang dijalankan.
Alhamdulillah luqman memulai persekolahan barunya dengan tenang. Nampak luqman mudah menyesuaikan diri berbanding abang yong dahulu. Hari pertama rehat di sekolah, licin pinggan nasi lemaknya. Luqman memang tidak menolak rezeki. mama pula yang takut luqman jadi montel nanti, hehe..Malam2 pun dia ingat homeworknya.
Abang yong pula memulakan persekolahan tahun ni dengan menjadi pengawas sekolah. Hari pertama dia ditugaskan menaikkan bendera ketika perhimpunan pagi. Hari kedua kedengaran ngomelan dia, penat juga jadi pengawas, kena marah pun ada. Moga abang yong terus berkhidmat dengan penuh amanah kerana ALLAH, bukan kerana sijil semata2.
adik muaz dah sembuh sepenuhnya dari bersunat. Hari pertama kelihatan berat nak ke sekolah. Dia kata takut kawan tertendang "nonen" baru dia nanti sakit pula. sebenarnya dia seronok bercuti, malas nak kembali ke sekolah. Alhamdulillah setelah dipujuk dia ok ke sekolah.
okes, lets move on. All the best. May ALLAH bless ur life.

Thursday, December 17, 2009

magic by muhammad

minggu ni 3 hero berada di alor setar. Jumaat lepas muaz selamat disunatkan. Namun sehingga hari ini, dah 8 hari katanya masih berkain pelikat dengan pendedahan depannya. Alhamdulillah ketiga2 hero mama berani. Di usia 5 tahun semuanya telah bersedia untuk disunatkan. Cumanya 3 hero mama kurang sikit sifat kemaluannya. Mungkin mereka masih kecil belum lagi punya sifat malu yang tebal, sifat takut dan kesakitan masih tebal.
Sunyi pula dirasakan malam2 tanpa 3 hero. ada mereka mama pastinya tidak henti2 bercakap. Satu tinggalan karya dari abang yong benar2 membuatkan hati mama terhibur. Abang yong memang kelakar orangnya dan suka sangat perasan akan kehensemannya(yang dinyatakan dalam nada lawaknya). Rupanya macam2 aktiviti mereka buat dengan handphone mama. salah satunya yang mencuit hati mama adalah karya magic dari abang yong seperti di bawah.

Cuti sekolah dah hampir ke penghujungnya. Mama sedih juga cuti kali ni mama tidak dapat membuat perancangan untuk membawa 3 hero jalan2. Mama ke melaka tempoh hari atas urusan menghadiri konferen pun mama berat untuk membawa mereka bersama. Mama ingin memberi tumpuan pada kerja penyelidikan mama. sehingga ke saat ini mama masih lagi terikat dengan kerja. Doakan ya mama dapat sempurnakan dalam minggu depan, kemudian mama akan cuba cari masa untuk bawa 3 hero jalan2, Insya-ALLAH.